Cara guna Grab

Grab merupakan satu aplikasi yang dibangunkan bagi memberi perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sapu. Dahulunya Grab dikenali sebagai MyTeksi dan kini semakin mengorak langkah jauh ke hadapan. Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan kos pengangkutan yang sangat minimum.

Selain perkhidmatan pengangkutan, Grab turut menawarkan beberapa perkhidmatan lain seperti GrabFood, GrabDelivery serta GrabPay yang memudahkan pengguna membuat pembayaran menggunakan sistem digital melalui aplikasi mudah alih. Syarikat Grab ini pada mulanya beroperasi di Malaysia, namun telah berpindah ke Singapura dan turut memiliki cawangan di Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Kemboja.

Setiap pengguna Grab mestilah mempunyai aplikasi Grab terlebih dahulu. Ia boleh dimuat turun ke telefon pintar anda secara percuma menggunakan Google Playstore atau Apple Store.

 

Cara Memuat Turun Aplikasi Grab

  • Pengguna perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi Grab dari Google Playstore atau Apple Store secara percuma. Pastikan logo Grab Malaysia dipaparkan sebelum memuat turun aplikasi kerana Grab beroperasi di kebanyakan negara.
  • Pastikan GPS anda diaktifkan bagi memudahkan aplikasi menyemak lokasi tepat anda.
  • Setelah memuat turun aplikasi Grab, daftar ID sebagai pengguna aplikasi Grab. Anda boleh memilih samada log masuk menggunakan akaun Facebook, akaun Google atau menggunakan nombor telefon bimbit.
  • Kod verifikasi akan dihantar ke telefon pintar anda dan masukkan kod tersebut ke dalam aplikasi Grab.
  • Setelah berjaya mencipta akaun Grab, anda telah boleh mula menggunakan aplikasi Grab ini.

 

Perkhidmatan Menggunakan Aplikasi Grab

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi Grab ini untuk semua pengguna. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :

 

    • GrabCar
    • GrabFood

 

  • Grab Delivery
  • GrabPay

 

 

  1.     GrabCar

       GrabCar merupakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi yang ditempah 

       secara online sahaja. Ia menggunakan kereta persendirian bagi mengambil penumpang.   

       Ia lebih menjimatkan kos kerana harga tambang yang dikenakan adalah lebih murah dan 

       tetap malah perkhidmatan GrabCar mampu memberi keselesaan kepada para      

       pengguna. 

 

  1.   GrabFood

       GrabFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang ditempah dari 

       pelbagai restoran tempatan mengikut pilihan pengguna.

 

iii.   GrabDelivery

       GrabDelivery merupakan perkhidmatan penghantaran yang memudahkan anda    

       menghantar dokumen, parcel serta hadiah kepada rakan, ahli keluarga serta rakan niaga 

       dengan cepat.

      

  1.   GrabPay

       GrabPay membolehkan pengguna membayar bil, menambah nilai kredit serta membuat 

       tempahan hotel dengan mudah.

 

Cara – cara Menggunakan Aplikasi Grab

  1. Log masuk ke aplikasi Grab dan pastikan GPS telah diaktifkan.
  2. Masukkan lokasi pick-up anda dan pilih destinasi untuk drop-off. Aplikasi Grab akan mencari lokasi anda berdasarkan lokasi semasa GPS bagi memboleh pemandu Grab datang ke lokasi anda.
  3. Sekiranya anda mempunyai kod promo, masukkan kod promo di ruang yang disediakan bagi mendapatkan diskaun.
  4. Pilih jenis kenderaan yang diperlukan samada JustGrab, GrabCar Plus, GrabCar Economy, GrabCar Premium atau GrabTaxi. Setiap perkhidmatan menawarkan harga yang berbeza dan pilih mengikut kesesuaian anda.
  5. Sekiranya telah bersedia untuk membuat tempahan, tekan butang book dan tunggu pemandu Grab datang ke lokasi anda.
  6. Anda boleh terus bookmark “star” bagi lokasi pick-up atau drop-off bagi memudahkan tempahan berikutnya.

 

Jenis – Jenis GrabCar

Terdapat beberapa jenis GrabCar yang boleh dipilih oleh pengguna sebelum membuat tempahan. Antaranya adalah seperti berikut:

 

JustGrab 

Menawarkan perkhidmatan dengan harga yang sangat berpatutan.

 

GrabCar Plus atau GrabTaxi

Menawarkan kenderaan yang lebih besar dan selesa seperti Toyota Vios, Honda City, Altis dan banyak lagi.


GrabCar Premium

Menawarkan kereta – kereta mewah bagi kegunaan semasa melancong dan biasanya kereta jenis ini terdiri dari kereta Toyota Camry, Mercedes dan sebagainya.

 

Perkhidmatan GrabCar beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Harga yang dikenakan adalah berbeza terutama di waktu puncak. Walau bagaimanapun, harga yang dikenakan adalah jauh lebih murah berbanding perkhidmatan teksi yang menggunakan meter sebagai menentukan harga tambang.

 

Mod pembayaran yang boleh digunakan adalah secara tunai, GrabPay dan juga kod promo. Pemilih mod pembayaran boleh dibuat di dalam aplikasi Grab. Sekiranya perjalanan anda mempunyai tol, maka kos pembayaran tol adalah di bawah tanggungjawab penumpang. Pemandu Grab akan memasukkan kos tol di akhir perjalanan nanti.