Cara guna GrabPay eWallet

Negara Malaysia kini semakin berkembang pesat dan maju di dalam pelbagai bidang. Malah, turut sama – sama mengorak langkah ke dunia IT yang begitu membangun. Kini, di Malaysia orang ramai sudah mula menggunakan perkhidmatan di dalam talian yang lebih memudahkan pelbagai urusan termasuklah transaksi pembelian online tanpa menggunakan wang tunai. Perkhidmatan ini semakin mendapat sambutan di Malaysia, malah menjadi medium alternatif serta trend masa kini.

Apa itu GrabPay Wallet ?

Grab, merupakan salah satu syarikat perkhidmatan yang menyokong penggunaan e-wallet dan syarikat ini sangat inovatif dalam melengkapkan penggunaan e-wallet digital di dalam kehidupan seharian pengguna. Hal ini kerana Grab telah menaiktaraf serta mengemaskini ciri – ciri GrabPay yang boleh menghubungkan penggunaan kad kredit serta kad debit pada aplikasi Grab serta turut memperkenalkan ciri – ciri baru yang sangat efektif bagi transaksi harian.

Inovasi ciri Grabpay termasuklah perkhidmatan tambah nilai GrabPay Credits yang membolehkan pengguna menikmati pelbagai perkhidmatan daripada Grab seperti tempahan GrabRides, GrabFood, serta membuat pembayaran di kedai dengan hanya menggunakan telefon pintar anda. Terdapat sebanyak lebih 800 kedai di Malaysia yang menyokong perkhidmatan GrabPay di kaunter – kaunter pembayawan mereka. Antara lokasi yang menggunakan perkhidmatan ini adalah di Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching. Kedai yang  menyokong perkhidmatan ini pula terdiri dari KGB, Tealive, Inside Scooped an banyak lagi. Malah, pengguna juga boleh menikmati promosi diskaun daripada kedai yang tersenarai.

 

Bagaimana Menggunakan Grabpay

  1. Sebelum menggunakan GrabPay, pengguna perlu  membuat tambah nilai GrabPay Credits terlebih dahulu. Top up boleh dibuat dengan berbagai cara
  1. Untuk membuat tambah nilai, pengguna perlu klik pada ikon huruf G yang terletak di penjuru kanan atas skrin dan pilih butang Top Up.
  2. Kemudian, pilih cara untuk membuat tambah nilai sama ada menggunakan wang tunai 

di In-Store, perbankan atas talian (online banking) dan menggunakan kad kredit atau kad debit.

  1. Sekiranya anda memilih untuk tambah nilai secara In-Store, pengguna perlu membuat pilihan cara pembayaran iaitu dengan memilih ikon 7Eleven dan klik butang Submit. 5. Resit pembayaran beserta barcode akan terpapar di skrin dan juruwang di kaunter 7Eleven perlu membuat imbasan barcode tersebut bagi menjayakan proses tambah nilai ini.
  2. Bagi tambah nilai menggunakan samada kad kredit, kad debit dan juga perbankan atas talian, pengguna hanya perlu mengikut arahan dan mengisi maklumat yang diperlukan dan baki GrabPay Credits pengguna akan dipaparkan setelah pengguna selesai membuat tambah nilai.
  3. Bagi membuat pembayaran di kedai – kedai terpilih, kaedah Scan and Pay akan digunakan di mana pengguna hanya perlu memilih ikon Pay di halaman utama GrabPay. Kamera pada aplikasi tersebut akan mengimbas kod QR di kedai tersebut. Sekiranya pembayaran berjaya dilakukan menggunakan GrabPay, notifikasi pembelian@pembayaran akan terpapar di skrin dan e-resit transaksi yang telah berjaya akan dipaparkan.

 

Tips Keselamatan GrabPay

Jadikan pengalaman anda selamat bersama GrabPay dengan menekankan langkah – langkah keselamatan seperti berikut :

 

  1. Set kan kata kunci keselamatan Grab anda. Pergi ke tetapan dalam menu aplikasi Grab dan pilih Setup A PIN.
  2. Pastikan kata kunci anda sukar diceroboh
  3. Rahsiakan PIN anda dan jangan kongsikan dengan orang lain
  4. Sekiranya anda mendapati seseorang telah cuba mengakses ke Grab anda, sila laporkan kepada khidmat pelanggan Grab dengan segera

 

Setiap maklumat peribadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan GrabPay adalah selamat kerana setiap maklumat peribadi pengguna dan transaksi pembayaran dijamin selamat, sulit serta dikawal oleh enjin pengesanan penipuan (fraud detection engine) setiap masa. Setiap transaksi pengguna juga akan direkodkan dan boleh disemak semula di bahagian senarai transaksi yang dinamakan sebagai Recent Activity yang terletak dihalaman utama GrabPay.

 

Kini, terdapat lebih daripada 800 kedai di seluruh Malaysia yang menyokong pembayaran melalui perkhidmatan GrabPay. Penggunaan perkhidmatan GrabPay ini dijangka akan bertambah dari hari ke hari dan memudahkan segala urusan pembayaran tanpa menggunakan wang tunai.

 

Dengan adanya perkhidmatan GrabPay ini, ia dilihat sebagai salah satu solusi penggunaan e-wallet yang memudahkan pengguna membuat pembayaran tanpa wang tunai dengan hanya membuat imbasan kod QR di kedai – kedai terpilih. Selain membuat pembayaran di kedai, GrabPay wallet juga boleh digunakan untuk membuat pindahan wang kepada rakan –  rakan dan ahli keluarga.

 

Penggunaan GrabPay ini juga membolehkan pengguna mendapat mata melalui GrabRewards dan ia boleh ditebus sekiranya telah cukup syarat dan boleh digunakan bagi perkhidmatan makanan, hiburan dan Grab rides. Ternyata perkhidmatan tanpa tunai ini begitu menguntungkan serta menjimatkan berbanding pembayaran secara tunai.

Feadah GrabPay

Anda boleh mendapat bonus dengan pengunaan Grabpay wallet. Terdapat promosi seperti instant cash back ataupun atau bentuk reward points