Cara Guna ShopBack

Kehadiran Shopback telah membolehkan anda menjadi pengguna yang bijak untuk berbelanja secara online dan ia merupakan platform cashback terbesar di Malaysia. Ia mempunyai seramai 8 juta pengguna dan lebih 8 juta pengguna di Asia Pasifik sahaja telah memuat turun aplikasi ini. Sejak tahun 2014, Shopback telah pun menganugerahkan lebih daripada UD30 juta dalam cashback melalui Shopback Malaysia dan pelanggan boleh mendapat sehingga 30% pulangan tunai.

Anda boleh memilih untuk membeli belah di antara 300 kedai online yang disenaraikan ShopBack seperti Zalora, Lazada, Zalora, Qoo10, Tabao, Agoda, Booking.com, Expedia, Trivago, AirAsiaGo dan banyak lagi. ShopBack mendapat komisen melalui kedai online yang disenaraikan dengan mengajak orang ramai berbelanja di kedai online tersebut dan sebagai ganjaran ShopBack berkongsi komisen tersebut dengan pembeli.

 

Sign up..

anda boleh sign up untuk akaun Shopback jika anda belum ada akaun lagi
 

Cara Membuat Pembelian di Shopback

 

  1. Log masuk ke akaun Shopback anda

Pastikan anda memasukkan nama ID serta kata kunci yang betul untuk meneruskan transaksi di Shopback. Bagi anda yang pertama kali mendaftar dengan Shopback, anda akan mendapat RM 5 sebagai bonus dan tambahan RM 5 lagi setelah anda mula berbelanja secara online untuk kali pertama.

 

  1. Pilih Laman Web Untuk Anda Membeli Belah Di Shopback

Terdapat lebih dari 1,000 laman web yang membolehkan anda membeli belah secara online mengikut pilihan serta kategori yang diinginkan seperti Food & Beverage, Fashion, Lifestyle, Electronics, Travel dan banyak lagi pilihan.

 

  1. Redirect Ke Laman Web Pilihan Anda

Cari laman web kedai online pilihan anda. Setelah membuat pilihan laman web untuk membeli belah, klik laman web tersebut dan anda akan dibawa secara redirect ke laman web pilihan tersebut secara pop up. Pastikan anda tidak menutup tab tersebut atau cashback akan sukar dijejaki. Setiap laman web yang dipilih mempunyai cashback yang berbeza antara satu sama lain. Shopback akan memberitahu jumlah peratusan (%) cashback yang akan diberikan kepada anda sebelum redirect. Kemudian, klik pada butang “Shop Now” dan anda boleh mula membeli belah secara online.

 

  1. Mendapat Pulangan Cashback

Anda perlu membuat pembelian serta melengkapkan pesanan dalam tab yang sama supaya Shopback dapat menjejaki pembelian anda serta jumlah pembelian yang telah anda lakukan. Setelah membeli belah di laman web pilihan anda, % cashback akan dikreditkan terus ke akaun Shopback dalam masa beberapa hari. Anda boleh membuat cash out ke akaun bank anda dengan mudah.

 

  1. Membeli Belah Semula

Setelah anda selesai membuat pembelian dan ingin membuat pembelian baru, anda perlu klik aplikasi Shopback semula dan ulangi keseluruhan proses yang sama.

 

Contoh Pembelian Online dan Cashback

Pengguna membuat pembelian barangan di Lazada. Cashback yang ditawarkan adalah sebanyak 11%. Jumlah barangan yang dibeli di Lazada berjumlah RM 99. Oleh itu, jumlah Cashback yang akan pengguna perolehi adalah sebanyak RM10.89 (11 x RM99 ÷ 100).

 

Setiap cashback akan diproses dalam tempoh 48 jam dan akan dikreditkan ke akaun anda. Pulangan tunai yang diberikan oleh vendor memerlukan tempoh selama 1 hingga 120 hari untuk disahkan oleh mereka dan setiap tuntutan yang diberikan adalah berbeza antara satu sama lain.

Setelah anda memiliki jumlah kredit cashback terkumpul dalam akaun Shopback, wang tersebut boleh dipindahkan ke akaun bank anda melalui pindahan kredit dan boleh dikeluarkan melalui bank anda. Baki pengeluaran minima yang dibenarkan adalah RM 10 dan setiap permintaan pengeluaran akan diproses serta disimpan dalam akaun terpilih antara 7 hingga 14 hari bekerja.

 

Pembelian secara online menggunakan Shopback ini membolehkan anda menjadi pembeli yang bijak kerana selain memudahkan anda membuat pembelian tanpa perlu ke kedai, ia juga menjimatkan masa dan kos, malah mendapat pulangan tunai juga.

 

Cashback merupakan pulangan tunai yang akan anda perolehi sekiranya melakukan transaksi melalui Shopback dan dibayar mengikut peratusan yang ditetapkan. Selain menebus diskaun pembelian serta kod promo, cashback merupakan alternatif bagi mendapatkan wang bagi setiap pembelian dalam talian.

Shopback telah diasaskan mulai tahun 2014 dan kian berkembang dengan pesat sehingga hari ini. Pada tahun 2015, Shopback juga telah merangkul Anugerah Emas untuk Permulaan Terbaik malah telah memenangi Anugerah Enterprise Emerging dan Global Mobile Challenge pada tahun 2017.