Cara keluar duit kwsp

 

Maklumat Berkaitan Pengeluaran KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan bagi membantu para pekerja yang berkhidmat dengan syarikat swasta dan berkanun membuat simpanan wajib setiap bulan dari jumlah gaji yang diterima. Penubuhan KWSP ini juga sebagai persediaan semasa persaraan setelah genap tempoh umur yang ditetapkan. Namun begitu, pihak KWSP tetap membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran wang sebelum cukup tempoh persaraan, namun dibolehkan untuk dikeluarkan bagi tujuan tertentu.

KWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran yang terdiri dari Pengeluaran Sebelum Persaraan dan juga Pengeluaran Persaraan. Pengeluaran Sebelum Persaraan membolehkan pencarum mengeluarkan wang simpanan sebelum mencapai umur persaraan. Ia bertujuan untuk membantu pencarum membuat persediaan untuk persaraan. Bagi Pengeluaran Persaraan pula ia hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai umur persaraan sahaja. KWSP juga turut menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP.

 

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

 

Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:

  1. Pengeluaran Penuh bagi Akaun 2
  2. Pengeluaran Sebahagian bagi Akaun 2

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

 

Terdapat 4 jenis pengeluaran iaitu:

  1. Pengeluaran kesemua simpanan
  2. Pengeluaran sebahagian simpanan (Minimum RM2,000.00 dan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  3. Pengeluaran bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  4. Kombinasi sebahagian simpanan + bayaran bulanan

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

 

Terdapat 4 jenis pengeluaran iaitu:

  1. Pengeluaran kesemua simpanan
  2. Pengeluaran sebahagian simpanan (Minimum RM2,000.00 dan setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  3. Pengeluaran bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  4. Kombinasi sebahagian simpanan + bayaran bulanan

 

Cara-caranya:

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#4. Pengeluaran Bagi Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL) dan bawa kad pengenalan
  • Penyata baki pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ATAU Penyata baki pinjaman perumahan terkini mengikut format KWSP (Tarikh penyata baki mestilah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat nikah ATAU sijil perkahwinan ATAU sijil kelahiran anak untuk Permohonan Membantu Pasangan

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

 

Pengeluaran jenis ini membolehkan ahli pencarum mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak lagi berupaya dari segi fizikal atau mental atau juga kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

    • Isi  Borang Permohonan KWSP 9L (AHL) dan bawa kad pengenalan
    • Bawa Laporan Perubatan Asal dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
    • Surat berhenti kerja daripada majikan (sekiranya ada) bagi ahli yang telah berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#6. Pengeluaran Bagi Meninggalkan Negara

 

Pengeluaran ini boleh dibua oleh:

  • Pencarum merupakan warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau;
  • Pencarum bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#7. Pengeluaran Pendidikan

 

Pengeluaran Pendidikan membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan dari Akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian samada ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di mana – mana institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

 

Cara-caranya adalah seperti  berikut:

    • Isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL) dan bawa kad pengenalan
    • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
    • Surat Tawaran Belajar
    • Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
    • Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
    • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
    • Borang Temuduga
    • Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
    • Untuk Pengeluaran Pendidikan bagi Anak Ahli – Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

    • MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
    • Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
    • Bukti Pengesahan Taraf Pesara

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim pelaburan membolehkan pencarum memindahkan sebahagian simpanan dari Akaun 1 untuk membuat pelaburan. Ia bertujuan untuk menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

 

#10. Pengeluaran Membeli / Membina Rumah

 

Pengeluaran ini membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Tujuan pengeluaran ini supaya pencarum dapat memiliki sekurang – kurangnya sebuah rumah sebagai tempat tinggal setelah bersara. Bagi pengeluaran untuk membina sebuah rumah kampung / rumah kediaman di atas tanah hakmilik sendiri atau hakmilik suami / isteri; ATAU Suami / isteri ahli membina sebuah rumah di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina sebuah rumah panjang (bagi ahli Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, di mana ia telah mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Surat Perjanjian Jual Beli (mestilah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (bagi kelulusan pinjaman yang kurang daripada setahun)
  • Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian hendaklah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Surat Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah

 

  • Pembayaran Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Bagi pencarum yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta, mereka berhak mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Penyata baki pinjaman perumahan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ATAU Penyata baki pinjaman perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP (Tarikh penyata baki mestilah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh caruman akaun ahli oleh penama / pentadbir pusaka / wasi / waris terdekat ahli sekiranya berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan ahli kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Pencarum boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP.

 

#15. Pengeluaran Kesihatan

 

Pengeluaran ini membolehkan pencarum yang mempunyai masalah kesihatan untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 bagi membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:

  • MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)

 

  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli yang berdaftar

 

 

  • #16. Pengeluaran Haji

Semasa pengumuman bajet tahun 2013, pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

 

#17. Pengeluaran Perumahan PR1MA

Ahli KWSP kini berpeluang untuk membeli sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) menggunakan simpanan KWSP sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.

Permohonan Secara Hassle Free

Setiap ahli KWSP yang mempunyai MyKad tidak perlu mengisi borang permohonan di kaunter KWSP kerana KWSP melaksanakan konsep pengendalian permohonan secara Hassle Free. Antara pengeluaran yang boleh dibuat secara Hassle Free adalah bagi pengeluaran berikut :

 

Pengeluaran bagi umur 50 / 55 / 60 dan simpanan melebihi RM1Juta

Pengeluaran Pekerja Berpencen / Pesara Pilihan

Pengeluaran Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan dan

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre-PEN)

 

Walaubagaimanapun, keperluan dokumen sokongan bagi pengeluaran di atas adalah tertakluk kepada syarat – syarat dan prosedur semasa yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah untuk mendapatkan borang, anda boleh memohon borang tersebut untuk dihantar melalui e-mel.