Cara Keluarkan Duit Dari Shopee Wallet

Sekiranya anda pernah membuat pembelian di Shopee anda mungkin pernah berhadapan dengan pesanan yang dibatalkan oleh ‘Seller’ kerana kehabisan stok biarpun pembayaran penuh telah dibuat. Jika hal ini terjadi, wang yang telah dibayar, akan dipulangkan semula oleh ‘Seller’ dan anda tidak perlu risau dengan wang anda.

 

Pihak Shopee akan memulangkan semula wang anda dengan mengkreditkan wang tersebut ke akaun Shopee melalui Shopee wallet dan bukannya dikreditkan semula ke akaun bank anda. Artikel ini akan menunjukkan cara – cara untuk membuat pengeluaran atau proses pindahan wang dari Shopee wallet ke akaun bank anda. 

 

Walau bagaimana pun, sebelum anda membuat pengeluaran wang dari akaun Shopee, pastikan anda telah mendaftar akaun bank bagi menerima wang tersebut. Sekiranya belum mendaftar akaun bank, anda perlu mendaftarnya terlebih dahulu. Bagi yang tidak tahu cara mendaftar akaun bank tersebut, cara – caranya adalah seperti di bawah.

 

Daftar Akaun Bank di Shopee

  1. Buka aplikasi Shopee di telefon pintar anda. Klik ikon ‘Me’ di bahagian bawah sekali.
  2. Klik butang ‘Log In’. Masukkan samada email/no telefon bimbit/username dan kata laluan yang telah didaftarkan. Klik butang ‘Log In’.
  3. Setelah berjaya masuk ke akaun Shopee anda, klik butang Setting dan klik butang ‘Bank Accounts / Cards’.
  4. Klik butang ‘Add Account Bank’ dan anda akan terus menerima satu kod verifikasi dari Shopee melalui SMS.
  5. Masukkan kod verifikasi tersebut dan klik butang ‘Verify’.
  6. Anda akan diminta untuk masukkan nama penuh anda, nombor akaun dan nama bank. Klik butang ‘Next’.
  7. Sekiranya semua maklumat akaun bank adalah betul dan tepat, klik butang ‘Done’.
  8. Anda akan menerima satu SMS dari Shopee yang akan memaklumkan akaun bank anda telah dikemaskini dalam akaun Shopee.

 

Membuat Pengeluaran Wang Melalui Shopee Wallet

  1. Login ke akaun Shopee anda dan klik pada ‘My Wallet’.
  2. Wang terkumpul dalam akaun Shopee akan dipaparkan pada bahagian ini.
  3. Semak jumlah wang yang terdapat dalam Shopee Wallet.
  4. Klik butang ‘Withdraw’ bagi membuat pengeluaran.
  5. Masukkan jumlah pengeluaran yang diinginkan dan pastikan nombor akaun anda adalah betul dan tepat. Jumlah minimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM 1.00.
  6. Klik butang ‘Confirm’ sekiranya anda benar – benar telah pasti untuk membuat pengeluaran.
  7. Bagi melengkapkan proses pengeluaran, anda perlu memasukkan nombor PIN wallet anda. Sekiranya anda tidak mempunyai nombor PIN, maka proses pengeluaran wang tidak dapat diteruskan. Penggunaan PIN wallet ini sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang penipuan semasa transaksi pengeluaran.
  8. Setelah memasukkan nombor PIN wallet, klik butang ‘Confirm’ sebagai langkah terakhir proses pengeluaran.
  9. Skrin akan memaparkan semua maklumat berkaitan pengeluaran wang sebagai rujukan anda.

 

Cara Mendapatkan Nombor PIN Wallet

Anda perlu mendapatkan atau set nombor PIN wallet sebelum membuat sebarang transaksi pengeluaran wang. Ini sebagai langkah keselamatan dan juga bagi menjamin wang anda tidak dikeluarkan oleh mana – mana pihakyang tidak bertanggungjawab.

 

  1. Klik ikon Shopee Wallet di bawah tab ‘Me’.
  2. Klik ikon Setting.
  3. Klik ikon Change Wallet PIN.
  4. Masukkan kod verifikasi dan klik ikon ‘Continue’.
  5. Cipta PIN wallet baru dan sahkan PIN wallet kemudian klik ‘Finish’.
  6. Nombor PIN yang didaftarkan ini akan digunakan setiap kali anda menggunakan Shopee wallet ini.

 

Anda boleh membuat pengeluaran secara percuma sebanyak 3 kali setiap minggu. Namun, sekiranya anda membuat pengeluaran lebih 3 kali dalam seminggu, anda akan dikenakan caj RM 0.11 bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan. Setiap pengeluaran yang ingin dilakukan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam satu hari. Sekiranya ingin membuat pengeluaran lagi, anda perlu melakukan pada keesokan harinya sahaja.

 

Setelah selesai membuat permohonan pengeluaran, anda perlu menunggu antara 2 hingga 5 hari bagi pihak bank memproses permohonan anda. Pihak Shopee akan memaklumkan tarikh jangkaan wang yang akan anda terima setelah proses pengeluaran lengkap. Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank pilihan anda. Sekiranya anda masih tidak menerima wang tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, anda disarankan untuk menghubungi Customer Service Shopee untuk mendapatkan maklumat lanjut.