Cara Mendaftar Sebagai FoodPanda

FoodPanda merupakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan di mana tempahan dibuat secara atas talian sahaja menggunakan apps FoodPanda. Tempahan makanan yang dibuat oleh pelanggan akan dihantar oleh penghantar makanan FoodPanda dalam tempoh masa yang singkat sebaik sahaja pesanan diterima.

 

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan menikmati hidangan tanpa perlu berada di luar rumah. Servis perkhidmatan ini mendapat sambutan kerana ia juga menjimatkan masa dan tenaga. Bagi yang ingin memulakan kerjaya sebagai penghantar makanan FoodPanda atau ingin menambah pendapatan, anda boleh menyertai kumpulan FoodPanda ini sebagai rider secara separuh masa. Malah, ia boleh dibuat secara sepenuh masa bergantung kepada individu.

 

Sebelum menjadi penghantar makanan FoodPanda, seseorang individu perlu mendaftar terlebih dahulu. Cara untuk mendaftar serta memulakan perkhidmatan penghantar makanan FoodPanda adalah seperti berikut :

 

  1. Layari laman web FoodPanda dan membuat pendaftaran di https://rider.foodpanda.my

    Perkhidmatan FoodPanda telah berkembang hampir di seluruh Malaysia.

 

  1. Pilih kawasan atau bandar yang anda tinggal dan klik butang mohon sekarang

 

  1. Isi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, emel serta tarikh lahir

 

  1. Masukkan pilihan Bahasa anda samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

 

  1. Selesai memasukkan semua maklumat yang diperlukan, klik butang hantar 

 

  1. Setelah mendaftar, anda akan menerima sms dari FoodPanda untuk datang ke pejabat 

    FoodPanda bagi mendengar satu taklimat khas. Terdapat sesi praktikal akan dilakukan 

    bersama seorang senior tentang cara mengendalikan pesanan serta melakukan 

    penghantaran dan sekiranya tiada sebarang masalah semasa sesi praktikal, anda sudah 

    boleh menjadi penghantar makanan FoodPanda.

 

  1. Selesai sahaja sesi praktikal, anda boleh membuat pendaftaran serta mendapatkan id serta 

    password bagi aplikasi FoodPanda.

 

  1. Kemudian, dapatkan mechandise FoodPanda seperti t-shirt warna pink, beg panas serta 

    beg FoodPanda.

 

  1. Anda sudah boleh memulakan kerjaya sebagai penghantar makanan FoodPanda keesokan 

   harinya.

 

Keperluan Sebagai Penghantar Makanan FoodPanda

 

  1. Memiliki sebuah motosikal sendiri sebagai medium pengangkutan. Sekiranya motosikal 

    bukan kepunyaan sendiri, pastikan covernote insuran merupakan All Ride. 

 

  1. Mempunyai lesen pengangkutan yang sah sekurang – kurangnya lesen L

 

  1. Mempunyai cukai jalan yang masih sah

 

  1. Akaun bank untuk bayaran gaji, sebaiknya akaun bank CIMB kerana lebih cepat proses 

    pembayaran

 

  1. Wang deposit sebanyak RM 100 perlu disediakan. Wang ini akan dikembalikan semula 

    setelah anda berhenti menjadi rider

 

  1. FoodPanda rider juga mestilah berumur 18 tahun dan ke atas

 

  1. Memiliki telefon pintar dengan OS Android versi 4.2 ke atas atau lebih baru. Bagi pengguna 

    IPhone pula mestilah sekurang – kurang IPhone 4S atau model lebih baru

 

  1. Mestilah bertanggungjawab terhadap pesanan yang diterima dari pelanggan FoodPanda

 

Radius penghantaran makanan adalah sekitar 5km sahaja. Ini bagi memudahkan FoodPanda rider membuat penghantaran pesanan dari pelanggan. Biasanya setiap pesanan akan diterima melalui aplikasi FoodPanda. Sistem akan menghantar permintaan pesanan secara automatik terus kepada apps. Sekiranya rider berada di kawasan yang berhampiran dan boleh menerima tempahan tersebut, rider perlu klik butang accept job dan segera ke vendor atau restoran tersebut untuk mengambil makanan yang ditempah dan penghantaran dibuat terus ke alamat pelanggan.

 

Rider yang kurang mahir dengan alamat pelanggan boleh menggunakan apps google map atau pun waze bagi memudahkan penghantaran. Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak pendapatan dengan FoodPanda, anda boleh bekerja dua shift berturut – turut kerana waktu bekerja sebagai rider FoodPanda adalah sangat fleksibel. Sebagai seorang rider FoodPanda, anda boleh tempah shift kerja mengikut kelapangan anda.

 

Pada peringkat permulaan, setiap rider akan dibayar sebanyak RM 5.00 hingga RM 6.00 sejam pada hujung minggu. Namun, kadar bayaran akan meningkat sebanyak RM 6.00 hingga RM 7.00 sejam setelah 3 bulan bekerja. Apabila rider telah bekerja selama 6 bulan, kadar bayaran akan dinaikkan sebanyak RM 7.50 hingga RM 8.50 sejam pada hujung minggu. Terdapat bayaran tips akan diberikan untuk setiap 1 trip penghantaran iaitu sebanyak RM 3.00 dan biasanya rider mungkin boleh dapat sehingga 4 trip penghantaran namun ia bergantung kepada tempahan sekitar kawasan tersebut.

 

FoodPanda akan membuat bayaran gaji kepada rider secara mingguan di mana ia akan membayar gaji pada setiap hari Selasa. Ini dilihat sebagai salah satu cara untuk anda menambah pendapatan setiap minggu dengan mudah.