Dacsee

Pendahuluan

Dacsee merupakan satu lagi perkhidmatan ride-hailing seperti Uber dan Grabcar yang kian mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Kewujudan Dacsee merancakkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini yang rata – rata lebih memilih pengangkutan alternatif selain teksi dan bas awam. Perkhidmatan Dacsee ini bukan sebagai pesaing perkhidmatan teksi, tetapi ia merupakan platform yang mampu menyelesaikan isu antara pemandu dan pemilik syarikat teksi. Dacsee menggunakan teknologi yang boleh membantu para pemandu teksi meningkatan pendapatan menerusi komuniti pelanggan yang lebih besar dan meluas. Platform yang disediakan ini dapat meningkatkan tahap perkhidmatan teksi dengan lebih berkesan lagi kerana ia boleh dinilai dan diiktiraf secara terus oleh para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini. Penilaian yang diberikan oleh para pelanggan adalah penting bagi memastikan perkhdimatan teksi ini lebih kompetetif dan efisien serta memberi kepuasan kepada para pengguna. Syarikat teksi adalah disarankan menggunakan perkhidmatan Dacsee ini kerana ia memberi lebih banyak peluang pendapatan serta komisen yang tinggi kepada para pemandu teksi yang menyertai program ini.

 

PERMASALAHAN PLATFORM RIDE-HAILING

 

  1. Peluang yang terbatas untuk pemandu

Para pemandu perlu bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan kawasan yang paling banyak pengguna, bersaing untuk mendapatkan insentif yang diberikan oleh syarikat ride-hailing, pemandu perlu bekerja dalam tempoh masa yang panjang untuk memenuhi syarat minimum perjalanan yang tinggi setiap hari. Memandangkan pemandu bukanlah kakitangan syarikat, maka kebajikan pemandu bukan tanggungjawab syarikat dan tiada jaminan kejayaan dalam jangka masa Panjang.

 

  1. Keselamatan

Memandangkan syarikat ride hailing bertanggungjawab untuk memeriksa serta meluluskan seseorang pemandu, semasa proses ini berkemungkinan berlaku bias sewaktu merekrut pemandu dan terdapat kelonggaran syarat sewaktu merekrut. Perekrutan pemandu yang tidak memenuhi syarat sepenuhnya akan menjadi ancaman terhadap keselamatan para penumpang.

 

  1. Kurangnya kesetiaan penumpang

Harga masih menjadi faktor utama bagi penumpang untuk memilih perkhidmatan yang akan mereka gunakan untuk perjalanan mereka. Perkhidmatan ride-hailing seringkali sukar untuk mempertahankan pelanggan mereka dalam jangka panjang.

 

Bagaimana Dacsee boleh membantu industri ride-hailing?

  1. Operasi yang desentralisasi

Ia dijana oleh komuniti dan setiap orang dalam komuniti mendapat perkongsian ekonomi berdasarkan kerja yang dilakukan.

 

  1. i) Perekrutan pemandu

Dacsee memberi kuasa kepada pemandu untuk membina rangkaian pemandu mereka sendiri dan mendapat komisen bagi setiap rujukan. Jika seorang pemandu merekrut 10 orang rakan untuk menyertai Dacsee, dan 10 orang rakan tersebut pula merekrut 10 orang rakan lain, komisen mereka akan bertambah. Dacsee membenarkan pemandu mendapat komisen sehingga level 3 rujukan dan boleh mendapat komisen daripada perjalanan 1,000 orang pemandu setiap hari.

 

  1. ii) Verifikasi pemandu

Setiap pemandu perlu diverifikasi oleh tiga pemandu lain yang dipilih secara rawak. Penguji akan menerima komisen kerana telah membantu DACSEE untuk memverifikasi pemandu baru.

 

iii) Pemantauan Keselamatan

Setiap perjalanan akan dipantau oleh 5 pengguna yang dipilih secara rawak berdasarkan jarak dengan lokasi penumpang. Pengguna yang dipilih untuk membantu memantau perjalanan juga akan diberikan komisen perjalanan.

  1. Pendapatan mampan untuk pemandu

Ia dijana oleh komuniti dan setiap orang dalam komuniti mendapat perkongsian ekonomi berdasarkan kerja yang dilakukan.

i) Komisen

Dacsee memberi kuasa kepada pemandu untuk membina rangkaian pemandu mereka sendiri dan mendapat komisen bagi setiap rujukan. Jika seorang pemandu merekrut 10 orang rakan untuk menyertai Dacsee, dan 10 orang rakan tersebut pula merekrut 10 orang rakan lain, komisen mereka akan bertambah. Dacsee membenarkan pemandu mendapat komisen sehingga level 3 rujukan dan boleh mendapat komisen daripada perjalanan 1,000 orang pemandu setiap hari.

 

  1. ii) Asas Pelanggan Tetap

Setiap pelanggan boleh memasukkan senarai nama pemandu yang digemari ke dalam rangkaian pemandu mereka. Ini bermakna setiap pemandu yang menunjukkan prestasi yang baik boleh membina satu rangkaian penumpang yang lebih besar dan meluas, sehingga ribuan penumpang. Lebih lama perkhidmatan yang diberikan oleh para pemandu, lebih mudah pelanggan memilih perkhidmatan Dacsee menggunakan pemandu yang sama.

 

iii) Perniagaan boleh Dipindah Milik dan Diwarisi

Pada satu masa, para pemandu akan membina satu perniagaan yang mantap dengan adanya Dacsee. Berkemungkinan para pemandu telah membina ribuan pangkalan data pemandu dan pelanggan, justeru perkhidmatan ini boleh diwariskan kepada anak – anak, atau dipindahmilik serta menjual perniagaan ini kepada pemandu lain sekiranya perkhidmatan ini tidak dapat diteruskan lagi atas apa jua sebab dan alasan. Proses pemindahan ini perlu disahkan dan diluluskan oleh ahli komuniti Dacsee yang sah sahaja.

 

Keselamatan dan keselesaan untuk penumpang

Demi keselamatan dan keselesaan, penumpang boleh samada memilih pemandu yang sama atau menambah bilangan pemandu semasa menggunakan perkhidmatan ini. Secara tidak langsung, pemilihan ini membuatkan penumpang selesa dengan pemanduan dan kenderaan yang dipilih. Para penumpang juga boleh mencadangkan perkhidmatan ini kepada rakan taulan dengan berkongsi maklumat mengenai pemandu Dacsee dan mereka boleh memasukkan nama pemandu Dacsee tersebut di dalam senarai pemandu Dacsee yang boleh dipercayai.

Meningkatkan kesetiaan penumpang

Seseorang penumpang akan mendapat harga tambang yang lebih murah sekiranya setia menggunakan pemandu yang sama setiap kali menggunakan perkhidmatan ini. Pengurangan tambang ini diberikan kepada pelanggan setia membuatkan penumpang terus memilih perkhidmatan Dacsee.