Hotel Berdekatan Uitm Shah Alam

Uitm Shah Alam merupakan salah satu pusat pengajian awam yang terdapat di negeri Selangor Darul Ehsan. Ramai pelajar mendapat peluang meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di sini. Maka, tidak hairanlah setiap kali menjelang pendaftaran pelajar untuk semester baru, kawasan Shah Alam ini agak sesak dengan kehadiran ahli keluarga yang turut hadir bersama semasa sesi pendaftaran. Suasana ini turut sama berlaku menjelangnya hari konvokesyen Uitm yang meraikan para graduasi mereka. Bagi yang tinggal berhampiran Shah Alam, tempat penginapan bukanlah suatu masalah pada mereka. Namun, bagi ahli keluarga atau pelajar yang tinggal di luar kawasan Shah Alam atau negeri Selangor, tempat penginapan merupakan satu keperluan bagi semasa hari pendaftaran dan juga menjelang hari konvokesyen Uitm. Bagi anda yang sedang tercari – cari hotel di sekitar Uitm Shah Alam, anda bolehlah meneruskan membaca artikel ini.

Artikel ini memberikan anda info mengenai hotel berdekatan Uitm Shah Alam dan anda boleh membuat pilihan berdasarkan lokasi serta harga yang bersesuaian. Hotel – hotel yang terdapat di sini berharga serendah RM 60.00 untuk satu malam. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat.

Berikut adalah senarai hotel UITM Shah Alam atau yang berdekatan dengan UITM Shah Alam.

EV World Hotel Shah Alam 2 @ UiTM

EV World Hotel ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam dan telah memulakan perniagaan sejak tahun 2009 lagi. Kedudukan hotel ini juga sangat hampir dengan Uitm Shah Alam. Ia merupakan hotel bajet dan bertaraf 2 bintang, malah sering menjadi pilihan para pengunjung semasa bercuti atau menjalankan urusan perniagaan kerana keselesaan yang ditawarkan. Biarpun ianya hanyalah sebuah hotel bajet, namun menawarkan perkhidmatan yang premium buat para pengunjung. Hotel ini menyediakan kemudahan wifi percuma, pendingin udara, TV plasma dengan saluran satelit, kemudahan membuat air kopi dan teh serta pelbagai kemudahan lain.

Hotel ini menerima kedatangan tetamu sehingga 24 jam sehari dan anda boleh mendaftar masuk ke hotel tanpa sebarang caj tambahan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kekosongan bilik penginapan yang tersedia.

Harga : Bermula dari RM 61.00 semalam

Alamat : No 19A & 19B, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersil, Section 7 40000, I City, Shah Alam

 

The Tree Boutique Hotel

The Tree Boutique Hotel ini terletak berhampiran I-City Shah Alam dan merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang. Ia juga mempunyai seni bina serta reka bentuk yang menarik membuatkan para pengunjung pasti merasa selesa jika menginap di sini. Hotel ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat penginapan bagi anda yang ingin bercuti atau bekerja kerana ia menampilkan suasana yang sangat tenang dan damai buat para pengunjung. Harga bilik penginapan di sini juga sangat berpatutan.

Hotel ini terletak berhadapan dengan Uitm Shah Alam dan hanya 2 minit perjalanan sahaja dengan hanya berjalan kaki. Selain itu, kedudukannya yang terletak berhampiran Hospital Shah Alam turut memudahkan para pengunjung mendapatkan rawatan sekiranya perlu. Anda juga boleh membeli belah kain pasang di gedung tekstil popular iaitu JAKEL yang turut berada berhampiran hotel. Antara kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah seperti perkhidmatan internet percuma, TV dengan skrin rata, pancuran air mandi bersama pemanas, telefon dan sebagainya.

 

Harga : Bermula dari RM 88.00 semalam

Alamat : No 2-A & 4-A, Jalan Plumbum Q7/Q, Pusat Komersial Seksyen 7, I City, Shah Alam

Best View Hotel Shah Alam

Best View Hotel Shah Alam juga antara hotel bajet yang terawal menawarkan penginapan berkonsep moden, selesa dan juga selamat. Ia sememangnya penginapan paling ideal untuk para pengunjung yang sedang dalam urusan perniagaan ataupun sekadar bercuti kerana hotel ini menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, kemudahan akses yang banyak serta menerima tetamu mendaftar 24 jam.

Setiap bilik penginapan di sini dilengkapi dengan kemudaha TV LCD, pendingin udara serta pemanas air di dalam bilik mandi. Demi menjaga keselamatan para pengunjung, hotel ini turut diawasi dengan cctv yang dipasang di setiap penjuru dan sudut. Perkhidmatan wifi berkelajuan tinggi juga disediakan buat para pengunjung.

Hotel ini berada tidak jauh dari Uitm Shah Alam iaitu kira – kira 0.7 km sahaja jaraknya. Selain itu, Hospital Shah Alam juga terletak berhampiran hotel ini. Laman Seni yang sering menjadi sebutan masa kini hanyalah berjarak 0.1 km sahaja. Para pengunjung boleh ke menghabiskan masa di I-City Shah Alam yang menawarkan pelbagai hiburan yang boleh dicuba.

Pengunjung juga boleh bermain di Wet World Water Park Shah Alam yang terletak kira – kira 6.5 km sahaja. Jika anda ingin membeli belah, boleh juga berkunjung ke Aeon Mall Shah Alam yang berjarak 8.6 km sahaja. Hotel ini yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini turut menjadi pilihan kerana lokasinya yang begitu strategic kerana di kawasan sekitar hotel ini mempunyai kemudahan mesin ATM, salun kecantikan, restoran, pasaraya dan banyak lagi.

Harga : Bermula dari RM 98.00 semalam

Alamat : 16, Jalan Plumbum, P7/P, Section 7 , I City, Shah Alam

 

Best Western I-City Shah Alam

Best Western I-City yang terletak di Seksyen ini sangat berhampiran dengan Taman Tema I-City Shah Alam. Namun, jaraknya dengan Uitm Shah Alam tidaklah begitu jauh. Hotel ini mempunyai ketinggian sehingga 18 tingkat menawarkan penginapan yang begitu menarik buat para pengunjung. Terdapat sebanyak 214 buah bilik penginapan membolehkan pihak hotel menerima jumlah tetamu yang ramai pada satu – satu  masa.

Hotel ini memberikan kemudahan akses internet percuma kepada para pengunjung yang menginap di sini. Selain itu, ia turut mempunyai kemudahan pusat kecergasan untuk kegunaan para pengunjung. Terdapat restoran yang disediakan buat para tetamu menjamu selera, walaubagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan restoran lain turut tersedia di sekitar hotel. Anda juga boleh mengadakan mesyuarat ataupun seminar di sini kerana hotel ini turut menyediakan kemudahan bilik seminar yang bersesuaian.

Harga : Bermula dari RM 143.00 semalam

Alamat : No.6, Persiaran Multimedia, Pusat Bandar Shah Alam, Shah Alam,

Seksyen 7, I-City, Shah Alam

 

 

M Avenue Hotel

M Avenue Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Avenue Hotel. Lokasi hotel ini terletak berhampiran salun kecantikan, pasaraya, kedai runcit, dobi dan juga mesin ATM. Ia turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti akses internet, ruang penyimpanan bagasi, alat pendingin udara, tempat letak kereta percuma serta kemudahan mendaftar masuk awal dan daftar keluar lewat bergantung kepada kekosongan bilik.

Hotel ini terletak berhampiran Hospital Shah Alam, Uitm Shah Alam, Shah Alam Convention Centre serta Stadium Malawati.Hotel ini juga sangat mesra golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyediakan kemudahan buat mereka seperti bilik mandi, parkir kereta dan juga laluan serta akses kerusi roda.

Harga : Bermula dari RM 80.00 semalam

Alamat : Jalan Serai Wangi F 16/F, Alam Avenue, 40200 Shah Alam, Selangor

D’Metro Hotel

D’Metro Hotel telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2015 lagi. Hotel ini yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam sering mendapat maklumbalas serta komen yang sangat memuaskan dari para pelanggannya yang pernah bermalam di sini. Hotel ini dikatakan sangat selesa serta menitikberatkan kebersihan bilik hotel, malah harga biliknya juga sangat berpatutan.

Hotel ini berhampiran dengan Pusat Konvensyen Shah Alam yang hanya berjarak 2.9 km, Stadium Shah Alam pula berjarak sejauh 3.8 km dan juga berhampiran dengan Masjid Biru iaitu hanya 3.51 km membolehkan pengunjung beragama Islam menunaikan solat Jumaat.

Antara kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah alat pendingin udara, ruang simpanan bagasi, surat khabar, akses internet percuma, kemudahan membuat air kopi dan teh, parkir percuma serta kemudahan mesin fotokopi untuk kegunaan para pengunjung. Kedudukan hotel ini yang berhampiran dengan kedai runcit serta pasaraya membolehkan para tetamu mendapatkan barang keperluan dengan mudah.

 

Harga : Bermula dari RM 94.00 semalam

Alamat : Jalan Nelayan 19/D, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

 

GoodHope Hotel Shah Alam

Goodhope Hotel antara hotel bertaraf satu bintang dan terletak di Seksyen 13, Shah Alam bersebelahan dengan Pusat Komersil Worldwide, Gedung membeli belah Giant dan Tesco. Ia antara hotel yang sangat berhampiran dengan Stadium Shah Alam dengan jarak hanya 830 meter sahaja dan sesuai dijadikan penginapan sewaktu berlangsungnya pertandingan bola speak terutamanya semasa perlawanan akhir Piala Malaysia. Selain itu, untuk ke OUM, MSU dan Uitm, ia mengambil masa kira – kira 5 minit perjalanan sahaja. Sekiranya anda ingin ke Taman Tema I-City, ia cuma mengambil masa selama 10 minit sahaja perjalanan.

Hotel ini mempunyai sebanyak 60 buah bilik penginapan yang selesa serta sesuai dengan harga yang ditawarkan. Ia menyediakan kemudahan telefon, TV, perkhidmatan dobi, kemudahan membuat air kopi dan teh, pengawasan keselamatan cctv, serta tempat letak kereta yang mencukupi.

Harga : Bermula dari RM 100.00 semalam

Alama : Unit 7-05-1, Presint Alami, Pusat Perdagangan Worldwide 2,

No.2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

 

Hotel de Art

Hotel ini merupakan hotel yang bertaraf tiga bintang dan menawarkan harga yang sangat berbaloi serta berpatutan. Hotel ini mendapat nama sempena keunikan seni bina serta rekabentuknya yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Lokasinya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam memudahkan para pengunjung untuk ke Uitm Shah Alam yang sangat hampir dengan hotel ini. Ia juga tidak jauh dengan Taman Tema I-City Shah Alam yang sangat popular di Shah Alam.

Hotel ini dihiasi dengan seni lukisan halus di setiap dinding – dinding bangunan. Antara kemudahan yang disediakan oleh hotel ini adalah akses internet percuma di setiap bilik. Selain itu, pengunjung boleh mendaftar masuk awal sekiranya terdapat kekosongan bilik penginapan ketika mendaftar, alat pendingin udara, ruang simpanan bagasi percuma, pesanan bilik 24 jam, pengering rambut serta bilik larangan merokok demi menjaga kesejahteraan para tetamu.

Harga : Bermula dari RM 112.00 semalam

Alamat : 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, I City, Shah Alam

 

Kristal Inn Hotel

Kristal Inn Hotel merupakan hotel bajet yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam dan tidak jauh dari Uitm Shah Alam dan juga Taman Tema I-City. Hotel ini sentiasa mengutamakan privasi setiap pengunjung yang menginap di sini. Pelbagai kemudahan disediakan buat para pengunjung seperti alat pendingin udara, pemanas air, alat pengering baju, kawalan keselamatan 24 jam, kemudahan internet percuma dan banyak lagi.

Hotel ini juga berdekatan dengan Stadium Malawati yang hanya berjarak 7 km dan tidak jauh dari hotel ini juga merupakan Bangunan Monumen Negeri & Sekretariat Negeri dengan jarak 3.4 km sahaja. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang yang paling hampir dengan hotel ini dan mempunyai jarak hanya 9 km sahaja.

Sekitar hotel ini terdapat pelbagai restoran yang boleh anda cuba antaranya Restoran Litle RaRa Thai Boat Noodles dan Chemistry Lab Café. Anda juga boleh beriadah di waktu pagi dan petang di Taman Tasik Shah Alam yang hanya 1 km dari hotel ini.

Harga : Bermula dari RM 75.00 semalam

Alamat : 24, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

 

1ST Inn Hotel Glenmarie

1st Inn Hotel Glenmarie antara hotel bertaraf dua bintang yang terdapat di Shah Alam ini. Ia terletak di Seksyen U1, Shah Alam dan merupakan hotel bajet yang menawarkan harga yang sangat berpatutan. Lokasinya yang turut berhampiran pusat membeli belah Shah Alam serta berdekatan I-City menjadikan ia antara tempat penginapan yang sering menjadi perhatian. Malah, pengunjung yang menginap di sini boleh bercuti di I-City yang sangat menarik. Hospital Shah Alam dan juga Uitm Shah Alam hanya beberapa meter sahaja dari hotel.

Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan di dalam bilik seperti TV dengan siaran satelit, mini bar, kemudahan membuat air kopi dan teh, pancuran air, pendingin udara serta perkhidmatan wifi. Kemudahan tempat parkir juga disediakan buat para tetamu.

 

Harga : Bermula dari RM 73.00 semalam

Alamat : No:79, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, 40150 Shah Alam

Pastinya anda boleh membuat pilihan penginapan yang tersedia di sekitar Shah Alam ini berdasarkan bajet anda. Senarai hotel ini merupakan antara hotel yang berhampiran dengan Uitm Shah Alam dan memudahkan anda untuk melaksanakan urusan di Uitm ini. Lokasi hotel yang begitu strategik membolehkan anda turut bercuti jika berada di sini dengan pelbagai tempat menarik yang turut berada berhampiran hotel.