Hotel Murah di Melaka

Melaka merupakan sebuah negeri yang menawarkan banyak tempat – tempat pelancongan. Ia juga merupakan sebuah bandaraya bersejarah yang masih menyimpan serta mengekalkan warisan sejarah untuk tatapan para pengunjung samada pengunjung luar ataupun tempatan. Melaka juga merupakan antara destinasi pilihan warga kota di kala hujung minggu bagi merehatkan minda serta melupakan kesibukan di ibu kota buat seketika. Di Malaysia, terdapat dua buah negeri sahaja yang telah diiktiraf serta diakui oleh UNESCO sebagai sebuah bandar warisan dunia iaitu Georgetown Pulau Pinang dan juga Melaka yang memiliki sejarah lebih 500 tahun.

 

SENARAI HOTEL MURAH DI MELAKA ANTARA RM 50 HINGGA RM 170 SEMALAM

 

The Heritage Hotel

Hotel ini terletak di The Center of All Happenings iaitu di Melaka Raya. Ia menyediakan kemudahan lengkap buat para pengunjung seperti alat pendingin hawa, TV dan Astro, Wifi serta tempat letak kereta percuma.

 

Harga : RM 60 – 100 Semalam

Alamat : No 92, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya, 75000 Bandar   

 Hilir, Melaka

 

 

Sunflower Hotel Melaka

Sunflower Hotel menyediakan kemudahan bilik tidur yang sangat bersih dan tenang.Ia membuatkan anda begitu selesa untuk menginap di sini. Turut menyediakan kemudahan Wifi buat para tetamu, kemudahan pancuran air panas serta kemudahan bilik mandi yang begitu selesa dan bersih. Ia membuatkan para tetamu seolah – olah berada di rumah sendiri.

 

Harga : RM 58 – RM 178 Semalam

Alamat : 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka

 

Hotel Alor Villa

Bangunan hotel ini dihiasi dengan warna cat yang begitu menarik serta mempesonakan. Ia turut dikelilingi dengan kehijauan tanaman yang subur dan indah. Hotel ini telah ditubuhkan pada tahun 2015 merupakan hotel pertama di Bandar Alor Gajah ini menawarkan kemudahan bilik yang begitu tenang serta selesa. Kemudahan Wifi percuma turut disediakan di seluruh hotel bagi kegunaan para tetamu. Hotel ini turut menyediakan tempat letak kenderaan secara percuma untuk kemudahan pelanggan.

 

Harga : RM 78 – RM 148 Semalam

Alamat : Jalan Utama, Taman Kelemak Perdana, 78000 Alor Gajah, Melaka

 

LKS Hotel

LKS Hotel ini mengetengahkan susun atur bilik yang sangat menarik serta kemas ibarat di rumah sendiri. Ia terletak di Bandaraya Melaka dan para tetamu boleh menikmati keindahan Sungai Melaka dengan hanya berjalan kaki sahaja kerana jarak antara hotel dan Sungai Melaka tidak begitu jauh. Ia hanya mengambil masa kira – kira 10 – 15 minit perjalanan sahaja.


 

Harga : RM 98 – RM 188 Semalam

Alamat : 128, Kompleks Munshi Abdullah, Jalan Munshi Abdullah, 75100

 Melaka

 

Traveller’s Planet Hotel

Traveller’s Planet Hotel sangat sesuai dijadikan penginapan pilihan buat kaki travel. Ia menawarkan kemudahan penginapan bajet yang berkualiti serta amat bersih. Antara bilik yang disediakan adalah jenis bilik single, bilik triple dan juga bilik mewah sebagai pilihan para tetamu. Hotel ini turut dilengkapi dengan alat pendingin hawa, TV serta bilik mandi peribadi.

 

Harga : RM 70 – RM 145 Semalam

Alamat : G-19, Jalan PM 3, Plaza Mahkota, Bandar Hilit 75000, Melaka

 

Layang – Layang Guest House

Layang – Layang Guest House ini terletak di Jalan Tukang Besi atau turut dikenali sebagai Blacksmith Street suatu tika dahulu. Ia berada berhampiran tapak warisan tertua di Malaysia. Menyediakan kemudahan lengkap untuk kegunaan para pengunjung menjadikan ia salah satu destinasi penginapan pilihan pelancong ketika berada di Melaka.

 

Harga : RM 90 – RM 130 Semalam

Alamat : 24 – 26, Jalan Tukang Besi, 75200 Melaka

 

Kota Lodge Hotel

Hotel ini terletak di tengah – tengah Chinatown di mana para tetamu boleh berjalan kaki sahaja untuk ke Sungai Melaka. Malah, para tetamu yang menginap di sini boleh berkunjung ke sebahagian tempat bersejarah di kawasan sekitar dengan hanya berjalan kaki dengan hanya kira – kira 5 – 10 minit perjalanan sahaja. Hotel ini menyediakan kemudahan bilik yang bersih dengan dekorasi yang ringkas buat para tetamu.

 

Harga : RM 62 – RM 132 Semalam

Alamat : 26, Jalan Taman Kota Laksamana 3, Taman Kota Laksamana, 75200  

 Melaka

 

Hotel Sixty Six

Hotel Sixty Six ini terletak berhampiran pusat perniagaan utama Melaka Raya. Ia juga terletak tidak jauh dari Pusat Perubatan Mahkota, pusat membeli belah malah berada berhampiran tempat bersejarah. Para pengunjung boleh berkunjung ke Dataran Pahlawan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Malah, boleh juga berjalan kaki ke Mahkota Parade dan Pusat Perubatan Mahkota yang terletak berhampiran.

 

Harga : RM 75 – RM 146 Semalam

Alamat : 345 – 346, A & B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000

 Melaka

 

Fenix Inn Hotel

Hotel ini terletak berhampiran pusat perniagaan Melaka dan juga pusat membeli belah seperti Mahkota Parade, Hatten Square dan juga Dataran Pahlawan. Turut menyediakan kemudahan lengkap buat para pengunjung.

 

Harga : RM 79 – RM 178 Semalam

Alamat : No. 18, Jalan KL 3/11. Taman Kota Laksamana, Seksyen 3, 75200

 Melaka

 

Prima Hotel Melaka

Hotel ini terletak berhampiran pusat Bandar Melaka di Jalan Bunga Raya. Menawarkan bilik penginapan yang begitu bersih, luas dan kemas malah layanan mesra kakitangan hotel membuatkan ramai tetamu menginap di hotel ini setiap kali berkunjung ke Bandar Melaka. Hotel ini merupakan hotel bertaraf 3 bintang namun menawarkan harga yang sangat berpatutan. Antara kemudahan bilik yang disediakan adalah seperti alat pendingin hawa, seterika, alat pengering rambut  serta meja kerja untuk kegunaan para tetamu.

 

Harga : RM 80 Semalam

Alamat : Jalan Kee Ann, Bunga Raya, Melaka City Centerm 75100 Melaka

 

The Emperor Hotel Melaka

The Emperor Hotel Melaka ini merupakan hotel bertaraf tiga bintang terletak berhampiran pusat Bandar Melaka iaitu di Jalan Munshi Abdullah. Jarak antara hotel dan pusat membeli belah serta tempat bersejarah di Melaka tidak terlalu jauh membolehkan para tetamu berjalan kaki sahaja untuk ke tempat tersebut. Bilik penginapan di hotel ini turut dilengkapi dengan tv bersama Astro, peti sejuk, alat pengering rambut serta kemudahan untuk membuat kopi atau teh. Wifi dan tempat letak kereta turut disediakan secara percuma. Kolam renang turut disediakan untuk kemudahan tetamu dewasa dan kanak – kanak.

 

Harga : RM 108 – RM 132 Semalam

Alamat : 123, Jalan Munshi Abdullah, Melaka City Center, 75120 Melaka

 

Hallmark Inn

Hallmark Inn antara hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di Jalan Munshi Abdullah. Bilik penginapan di hotel ini turut menyediakan kemudahan bath tub, rain shower, tv skrin besar, kemudahan teh dan kopi serta wifi percuma. Ia terletak tidak jauh dari Kota A’Famosa, The Stadhuys dan juga Jonker Street.

 


Harga : RM 82 Semalam

Alamat : 66, Jalan Munshi Abdullah Melaka, Melaka City Center, 75100 Melaka

 

Queenspark Hotel

Hotel ini terletak kira – kira 500 meter dari pusat Bandar. Setiap bilik penginapan di sini dilengkapi dengan kemudahan wifi. Keselamatan di hotel ini juga terjamin kerana dilengkapi dengan system keselamatan 24 jam dan dikawal rapi oleh pegawai berkenaan.

 

Harga : RM 103 Semalam

Alamat : No 39 – 47, Jalan Taman Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya,

 Melaka Raya, 75000 Melaka

 

Terra Nova Hotel

Hotel ini terletak di Taman Kota Shah Bandar merupakan hotel bertaraf dua bintang. Biarpun ia merupakan hotel bertaraf dua bintang, namun keluasan bilik ini begitu luas dan selesa. Kedudukan hotel yang terletak berhampiran tempat menarik di Melaka membuatkan ramai pelancong menginap di sini. Setiap bilik mempunyai kemudahan wifi, kemudahan lain juga lengkap disediakan buat para tetamu.

 

Harga : RM 127 Semalam

Alamat : No. 29, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka City Center,  75200 Melaka

 

Hallmark Hotel Leisure Melaka

Hallmark Hotel Leisure Melaka ini terletak di Masjid Kampung Hulu. Ia juga menjadi salah satu pilihan para pengunjung yang datang bercuti ke Melaka. Kedudukan hotel yang berdekatan dengan Stadhuys, Jonker Street, A’Famosa sering menjadi tarikan para pengunjung.

 

Harga : RM 100 Semalam

Alamat : 68, Jalan Portugis, Off Jalan Kubu,, Jonker, 75200 Melaka

 

River One Residence

River One Residence antara hotel bajet yang sangat digemari terutamanya pelancong dari luar negara. Ia terletak berhampiran Jonker Street dan terletak di Jalan Kampung Pantai. Terdapat hanya 15 unit bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma. Kedudukannya yang terletak bersebelahan Sungai Melaka begitu menarik perhatian. Lokasi hotel ini sangat sesuai kerana ia terletak di bandar Melaka dan para tetamu boleh berjalan kaki sahaja untuk bersiar – siar di kawasan sekitar.

 

Harga : RM 78 Semalam

Alamat : 60 – 62, Jalan Kampung Pantai, Jonker, 75200 Melaka

 

Semabok Inn

Hotel Semabok Inn ini terletak di pusat bandar Melaka iaitu di Jalan Semabok. Antara tarikan popular berhampiran hotel ini adalah rumah peranakan Baba dan Nyonya. Hotel ini menampilkan gaya dan rekabentuk moden serta mempunyai kelengkapan buat para tetamu yang menginap di sini.

 

Harga : RM 83 Semalam

Alamat : 396 Jalan Semabok, Melaka City Center, 75050 Melaka

 

Hotel Hong Melaka

Hotel Hong ini terletak di Jonker Street yang merupakan antara hotel bajet yang memberikan kemudahan bilik penginapan yang selesa. Hotel ini antara hotel yang termurah di kawasan Jonker Street berbanding hotel – hotel lain yang agak mahal. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Masjid Kampung Hulu iaitu kira – kira 500m jaraknya. Hotel ini sering menjadi pilihan kerana terletak di Jonker Street.

 

Harga : RM 100 Semalam

Alamat : 7B Jalan Masjid, Kampong Hulu, Jonker, 75300  Melaka

 

Hotel Suria Malaqa


Hotel Suria Malaqa antara hotel yang baru dibina dan terletak tidak jauh dari pusat bandar Melaka iaitu kira – kira 5 kilometer sahaja. Setiap bilik penginapan di sini dilengkapi dengan kemudahan tv LCD, alat pendingin hawa, meja bekerja serta wifi percuma. Selain itu, hotel ini turut menyediakan kemudahan meletak kenderaan secara percuma buat para tetamu.

 

Harga : RM 53 Semalam

Alamat : No. 3, Jalan SE1, Taman Semabok Emas, Semabok, Melaka Tengah,  75050 Melaka

 

Euro Rich Hotel Melaka

Hotel ini terletak di pusat bandar Melaka iaitu di Jalan PM 13, Plaza Mahkota. Ia merupakan salah satu hotel bajet yang popular dan sangat digemari para pelancong serta pengunjung tempatan. Harga menginap di hotel ini juga cukup berpatutan. Biarpun harganya agak murah, hotel ini tetap menyediakan perkhidmatan wifi percuma buat para pengunjung. Bagi pengunjung yang datang bersama anak serta keluarga, bilik yang bersesuaian juga turut disediakan bagi keselesaan para tetamu. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan tv lcd, seterika, pengering rambut dan sebagainya.

 

Harga : RM 75 Semalam

Alamat : 8, Jalan PM13, Plaza Mahkota, Malacca City Center, 75000 Melaka

 

 

Syaz Meridien Hotel Melaka

Hotel Syaz Meridien ini terletak berhampiran Mahkota Parade iaitu kira – kira hanya 450 meter sahaja. Ia juga terletak kira – kira 700 meter sahaja dari Merdeka Pahlawan Shopping Mall. Hotel ini mempunyai 53 buah bilik penginapan yang begitu selesa dengan pilihan pemandangan samada pemandangan laut ataupun bandar Melaka. Bilik penginapan di sini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang pasti menyenangkan para tetamu.

 

Harga : RM 98 Semalam

Alamat : G-26, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

 

906 Premier Hotel Melaka

Hotel ini terletak kira – kira 2.2 km dari Melaka Sentral dan terletak tidak jauh dari Sam Po Kong Temple dengan jarak 5 km. Hotel bertaraf tiga bintang ini dilengkapi dengan alat pendingin hawa, tv lcd, cerek elektrik serta kolam renang. Terdapat sesetengah bilik mempunyai balkoni dan setiap bilik juga dilengkapi dengan meja kerja untuk kegunaan para tetamu.

 

Harga : RM 115 Semalam

Alamat : 32, Jalan Mutiara Melaka 3, Taman Mutiara Melaka, 75350 Melaka

 

 

MITC Hotel Melaka

MITC Hotel Melaka

 

MITC Hotel Melaka terletak di tengah bandar Melaka dengan jarak kira – kira 7 km dari Melaka Sentral. Hotel ini menyediakan restoran untuk kemudahan para pengunjung. Selain itu, terdapat kolam renang untuk kemudahan para tetamu serta kanak – kanak untuk bermandi – manda. Setiap pelosok hotel ini dilengkapi dengan wifi bagi memudahkan para tetamu melayari internet. Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang begitu menyenangkan para tetamu yang menginap di sini. Hotel ini juga berada tidak jauh dari Zoo Melaka iaitu kira – kira hanya 2.6km kilometre sahaja jaraknya.

 

Harga : RM 165 Semalam

Alamat : 15232  &15233,Jalan Food City, MITC,75450 Ayer Keroh, Melaka

 

Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel ini terletak di pusat bandar Melaka menawarkan bilik penginapan yang selesa serta kemudahan restoran untuk para tetamu menjamu selera. Ia juga menawarkan kemudahan wifi untuk kegunaan para tetamu serta menyediakan tempat letak kereta percuma buat para pelanggan. Antara tempat menarik berhampiran hotel ini adalah seperti Jonker walk, Melaka River Cruise, A’Famosa dan banyak lagi.

 

Harga : RM 80 Semalam

Alamat : 177, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, 75300 Melaka

 


Dreamz Paradise Hotel

Hotel ini terletak kira – kira 1 km dari pusat bandar Melaka. Kedudukan hotel yang terletak di tengah – tengah pusat bandar ini memudahkan para tetamu berkunjung ke tempat – tempat menarik di kawasan sekitar. Hotel ini hanya mempunyai 19 unit bilik penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan wifi, tv, alat pendingin hawa serta beberapa kemudahan lain lagi.

 

Harga : RM 55 Semalam

Alamat : No. 24, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, Seksyen 6

 Pusat Bandar Melaka, 75200 Melaka

 

Link Boutique Hotel

Hotel ini terletak kira – kira 1.5 km dari Porta de Santiago menyediakan perkhidmatan wifi dan tempat letak kereta percuma. Setiap bilik penginapan di sini dilengkapi tv lcd serta saluran tv satelit. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal kawasan persekitaran hotel ini sesuai untuk aktiviti berbasikal. Melaka Sentral terletak tidak jauh dari hotel ini iaitu kira – kira 2.5 km sahaja.

 

Harga : RM 120 Semalam

Alamat : No. 10, Jalan Gajah Berang, KG. Tujuh, 75200 Melaka

 

 

Hollitel Hotel

Hotel Hollitel ini terletak di Pusat Bandar Melaka menawarkan harga bilik yang sangat berpatutan. Bukan sahaja harganya yang begitu menarik, layanan kakitangan hotel juga turut mesra melayan setiap tetamu yang menginap di hotel ini. Antara kemudahan yang disediakan adalah Wifi percuma di seluruh hotel, alat pendigin hawa, kelengkapan peribadi untuk kegunaan para tetamu dan turut disediakan kemudahan mesin basuh untuk para pelanggan hotel ini.

 

Harga : RM 55 – 150 Semalam

Alamat : G20K Jln P.M 5, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Melaka bersama keluarga serta insan tersayang, bolehlah membuat rujukan di sini bagi hotel – hotel murah yang terdapat di Melaka. Senarai hotel juga agak banyak dan bolehlah membuat pilihan berdasarkan bajet anda supaya tidak membayar lebih untuk penginapan yang tidak memuaskan hati.