Hotel murah di Port Dickson

Port Dickson merupakan sebuah pantai peranginan yang terletak di pinggir laut di Negeri Sembilan. Ia terkenal dengan keindahan pantai yang indah dan pantai yang cantik terletak di Batu 8 dan 7 yang dikenali sebagai Pantai Teluk Kemang. Dahulu, Port Dickson merupakan sebuah pelabuhan yang agak sibuk bagi aktiviti pengeksportan bijih timah ke luar negara. Namun, setelah industri bijih timah tidak lagi dijalankan, Port Dickson telah dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik dan popular.

Port Dickson merupakan antara tempat riadah pilihan penduduk Negeri Sembilan dan juga penduduk dari negeri berhampiran. Ia terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur dan juga Melaka. Selain Teluk Kemang, Port Dickson juga mempunyai pantai lain yang tidak kurang juga menarik perhatian pengunjung seperti Blue Lagoon dan juga Cape Rachado. Bandar Port Dickson yang paling hampir adalah Lukut yang turut menempatkan peninggalan sejarah seperti kubu pertahanan warisan Sungai Ujong. Antara mukim yang terdapat di Port Dickson adalah seperti Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan juga Linggi. Selain pantainya yang landai serta pasir putih halus, pantai peranginan sekitar Port Dickson turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti tandas, bilik mandi, surau, pondok – pondok rehat dan juga kedai makan serta gerai – gerai pelbagai jualan.

Kemudahan penginapan seperti chalet, hotel dan resort turut dibina di sekitar Pantai Teluk Kemang dan juga Port Dickson bagi memberi kemudahan kepada para pengunjung yang ingin bercuti di Port Dickson. Antara chalet , hotel dan resort tersebut adalah seperti :

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Berikut merupakan senarai hotel yang berharga RM 100 ke bawah yang boleh menjadi pilihan para pengunjung mengikut bajet yang bersesuaian.

 

SENARAI HOTEL DI BAWAH RM 150 SEMALAM

 

Clover Hotel

Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet yang menyediakan kemudahan bilik yang dilengkapi dengan alat pendingin hawa, bilik air persendirian dan juga kemudahan WIFI percuma buat para pengunjung.

Harga: Bermula dari RM 60 semalam

Alamat : 13 & 13A, Jalan Waterfront 5, PD Waterfront, 71000 Port Dickson

 

Hotel Suria

Hotel Suria terletak di kawasan yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai makan, kedai runcit dan sebagainya. Malah, kedai dobi segera juga turut terdapat di kawasan sekitar. Bilik penginapan yang disediakan dilengkapi dengan alat pendingin hawa, bilik mandi serta kemudahan WIFI untuk pengunjung yang datang. Hotel ini juga terletak berhampiran Port Dickson Walk dan juga Port Dickson Waterfront Sea Park.

 

Harga: Bermula dari RM 65 semalam

Alamat: 1026, BT 1/2 Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

No Telefon: 06-646 6660

 

Grandpa Hotel

Grandpa Hotel bunyinya agak unik. Namun, hotel ini turut menyediakan kemudahan penginapan yang sangat berbaloi buat para pengunjung. Biarpun nama hotel ini agak unik, ia tetap menawarkan kemudahan penginapan yang selesa dengan kemudahan bilik yang cukup lengkap seperti tv, alat pendingin hawa, bilik air persendirian, serta WIFI percuma disediakan di sekitar lobi sahaja. Hotel ini juga yang terletak di hadapan pasaraya Giant turut menjadi pilihan para pengunjung yang datang untuk menginap di sini.

Harga: Bermula dari RM 68 semalam

Alamat: No.1, Jalan DS 1/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson

No Telefon : 06-651 6699

 

Sea Front Hotel  


Hotel ini terletak berhadapan dengan pantai dan para pengunjung yang menginap di sini boleh menikmati keindahan pemandangan Selat Melaka dari tirai kamar hotel sahaja. Sekiranya ingin ke kawasan pantai, para pengunjung hanya perlu berjalan kaki sahaja menuju ke pantai kira – kira lima minit sahaja dengan berjalan kaki. Hotel ini dilengkapi dengan kemudahan seperti hotel – hotel lain di mana kemudahan bilik air, tv dan WIFI disediakan buat para pengunjung. Hotel ini juga menjadi salah satu tarikan para pengunjung kerana lokasi hotel berdekatan dengan terminal bas, stesen teksi serta pasaraya Billion memudahkan para pengunjung mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan lain – lain keperluan di pasaraya berdekatan.

Harga: Bermula dari RM 75 semalam

Alamat: 49-52, Persiaran Kurau 1, Taman Samudra, Batu 1, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson

No Telefon : 06-646 4329

 

Hotel Mesra


Hotel Mesra terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang. Kedudukan hotel yang terletak berhampiran Pantai Teluk Kemang sering menjadi pilihan para pengunjung yang datang bercuti ke Port Dickson. Setiap bilik bilik dilengkapi dengan alat pendingin hawa, tv, bilik air serta perkhidmatan WIFI percuma. Berhampiran hotel ini terdapat sebuah restoran ikan bakar yang popular dan rata – rata pengunjung yang menginap di hotel ini tidak akan melepaskan peluang mencuba hidangan di restoran ikan bakar tersebut.

Harga: Dari RM95

Alamat: No 3&4 Teluk Kemang Square, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

No Telefon: 06-662 5503

 

Hotel Mirage


Hotel Mirage ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti alat pendingin hawa, tv, wifi, kemudahan membuat teh dan kopi. Hotel ini antara hotel bajet yang selesa untuk dikunjungi jika bercuti ke Port Dickson.

Harga: Bermula dari RM 96 semalam

Alamat: 25, Jalan Remis 2, Medan Remis, Batu 5, Jalan Pantai, Telok Kemang, 71050 Port Dickson

No Telefon: 06-646 3705

 

Langit Langi Hotel


Hotel Langit Langi menampilkan hiasan dalaman yang agak unik di setiap bilik penginapan yang disediakan. Malah, hiasan unik tersebut membuatkan para pengunjung merasa begitu istimewa. Bukan sahaja bilik penginapan memiliki hiasan yang cantik, ruang lobi dan persekitaran hotel juga begitu menarik perhatian. Bilik penginapannya dilengkapi dengan kemudahan alat pendingin hawa, tv, wifi, kemudahan membuat minuman teh dan kopi, serta mempunyai tab mandi di bilik air mereka.

 

Harga: Bermula dari RM 98 semalam

Alamat: No 881, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson

No Telefon: 06-646 2941

Merlin Hotel

Harga: Bermula dari RM100 semalam

Alamat: Lot 218, KM1 (Batu 1), Jalan Pantai, , 71000 Port Dickson

No Telefon : 06-646 3349

 

 

Paradise Lagoon Apartment | Dari RM105 Semalam

Penginapan jenis apartment turut menjadi pilihan para pengunjung yang datang bersama ahli keluarga yang agak ramai. Paradise Lagoon Apartment yang terletak berhampiran dengan Muzium Tentera ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat gymnasium serta taman permainanan kanak – kanak yang begitu menyeronokkan. Setiap apartment turut mempunyai ruang balkoni yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan pemandangan laut di waktu pagi dan petang serta dapat melihat suasana matahari terbit dan terbenam. Apartment ini turut menyediakan kemudahan cerek elektrik, peti sejuk serta microwave untuk kegunaan para pengunjung. Ruang apartment yang agak besar memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Selain beriadah di pantai yang indah, pengunjung juga boleh membuat aktiviti luar dengan berkunjung ke Ladang Burung Unta yang dihuni oleh beberapa jenis haiwan seperti monyet, burung unta dan beberapa jenis haiwan jinak lain.

Harga: Bermula dari RM 105 semalam

Alamat: Block-D-L1-6, Batu 2, Jalan Pantas, 71000 Port Dickson

No Telefon: 06-647 7889

 

Naam Boutique Lodge

Naam Boutique Lodge antara hotel yang menawarkan penginapan yang begitu selesa dan pasti pengunjung berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Hotel ini menyediakan kemudahan bilik penginapan lengkap dengan alat pendingin hawa, peti sejuk, kemudahan cerek serta paket kopi dan teh serta wifi percuma. Kawasan sekitar hotel yang luas memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan secara percuma di kawasan hotel dengan selamat.

Harga: Bermula dari RM 140 semalam

Lokasi: Lot.1942 Bt.8, Jalan Pantai,Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

No Telefon: 06-662 5601

 

PD World Vacation Home

Apartment ini terletak di Pantai Batu 7 juga menjadi salah satu penginapan popular para pengunjung. Apartment-hotel ini menyediakan penginapan apartment dengan pilihan 1 bilik bersama katil double atau apartment 2 bilik bersama satu katil double atau dua katil single. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah taman kanak – kanak, gelanggang tenis, dan juga kolam renang. Ruang apartmentnya juga begitu selesa dengan kemudahan ruang tamu serta dapur turut disediakan. Para pengunjung boleh bersantai dan bermandi – mandi di Pantai Teluk Kemang dengan hanya berjalan kaki kira – kira lima minit sahaja dari tempat penginapan.

Harga: Bermula dari RM150 semalam

Lokasi: PD World Marina Resort, Batu 7, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

No Telefon: 012-303 9396

 

Setiap hotel atau penginapan yang disenaraikan di atas adalah antara yang popular dan termurah di Port Dickson. Walaubagaimanapun, kadar kenaikan harga bilik akan berubah semasa musim cuti perayaan, cuti umum atau cuti persekolahan. Pastikan anda telah membuat perancangan awal untuk bercuti di Port Dickson dan tidak menempah bilik penginapan di saat-saat akhir kerana harganya mungkin berbeza.