MENCARI HOTEL DI XIMENDING TAIWAN

Ximending adalah kawasan kejiranan dan membeli-belah di Daerah Wanhua, Taipei, Taiwan. Ia adalah zon pejalan kaki pertama di Taiwan. Taipei merupakan destinasi beli – belah yang menarik dan sentiasa menjadi lokasi pilihan oleh para pelancong. Ximending bukan sahaja sebuah syurga membeli-belah, ia juga merupakan salah satu pusat budaya di bandar ini dengan pelbagai jenis kedai pakaian fesyen, restoran dan kiosk yang menjual banyak barangan menarik. Ximending juga dikenali sebagai “Harajuku of Taipei” dan “Shibuya of Taipei.”

Antara tempat menarik untuk dilawati di Ximending ialah Pasar Ximending yang merupakan salah satu tempat membeli-belah paling hebat untuk dilawati di Taipei. Ximending juga merupakan tempat yang mempunyai keluaran kasut edisi terhad dan paling terbaru di Asia. Ximending juga merupakan tempat terbesar bagi memborong fesyen terkini aksesori gajet.

Sebetulnya sebaik sahaja keluar dari stesen MRT Ximending, anda akan berada di daerah Ximending. Segalanya boleh didapati di daerah Ximending. Bar, restoran, makanan ringan atau snek, pakaian dan kedai aksesori tersusun di gerai-gerai sepanjang jalan. Terdapat juga pelbagai tempat hiburan yang terletak di sekitar kawasan Ximending seperti karaoke dan panggung wayang. Satu tempat yang unik yang patut disebut ialah Red House. Ia merupakan bangunan lama yang kini merupakan gabungan teater seni persembahan, kompleks bar dan restoran.

Hotel di Ximending juga banyak didapati di sekitar daerah tersebut. Berikut adalah senarai hotel yang disyorkan. Senarai ini terdiri daripada hotel yang menawarkan perkhidmatan yang berbaloi dengan bayaran yang anda bayar. Hotel-hotel ini kebanyakan sangat baru, jadi tahap kebersihan adalah sangat meyakinkan. Lokasi hotel yang disyokan juga amat strategic kerana terletak dalam jarak berjalan kaki ke MRT.

 

Amba Taipei Ximending (Pilihan Utama)

Hotel ini dibuka pada Februari 2012 dengan reka bentuk dalaman moden. Ia terletak dengan jarak berjalan kaki 5-10 minit ke MRT Ximending. Sarapan pagi disediakan dengan pelbagai menu yang menarik serta terdapat banyak restoran dan kedai-kedai berhampiran. Hotel itu sendiri mempunyai ruang pilihan mereka seperti lounge (Ting Ba), restoran (Chi Ba) dan roti (Tian Ba). Hotel ini telah banyak kali ditayankan di dalam program TV.

 

Ciri-ciri hotel:

 

  • Bilik-bilik baru dan bersih.
  • Reka bentuk dalaman sentuhan Eco
  • Sarapan pagi yang baik dan menarik

 

Art’otel Ximending

 

Hotel ini sangat baru dibuka di Ximending pada Feburary 2015 dan seluruh hotel dibina dengan reka bentuk minimalis. Hiasan dalaman yang dihasilkan menawarkan penginapan yang selesa. Konsep reka bentuk hotel tidak kelihatan begitu mewah bagi mengekalkan harga mengikut kemampuan pelancong dan tetamu.

 

Ciri-ciri hotel:

 

  • Bilik-bilik baru dan bersih.
  • Reka bentuk dalaman yang indah.
  • Mesin dobi DIY untuk digunakan.
  • Mesin Nespresso untuk digunakan

 

Hotel Midtown Richardson

 

Hotel baru ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Ximending. Ia terletak hanya 2 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Ximending dan 5 minit berjalan kaki ke kawasan membeli-belah. Hotel ini mempunyai lokasi yang strategic dan akses yang mudah. Bagi sesiapa yang mencari sebuah hotel baru, katil yang besar dan berjalan kaki minimum dari MRT, hotel ini adalah yang paling sesuai untuk anda.

 

Ciri-ciri hotel:

 

  • Bilik-bilik baru dan bersih.
  • Hotel paling hampir dengan Stesen MRT Ximending
  • Perabot dan dekorasi yang bersih dan moden
  • Bilik dan ruang yang luas

 

Cityinn Hotel Plus Ximending Branch

 

Cityinn Hotel Ximending dibuka di kawasan Ximending pada tahun 2010. Ia terletak dalam jarak masa 5-10 minit ke MRT dan reka bentuk hiasan dalaman yang lebih funky dan artistik. Pemasangan seni adalah usaha yang dibuat oleh hotel untuk menyediakan suasana yang selesa untuk tetamu mereka.

 

Ciri-ciri hotel:

 

  • Bilik-bilik baru dan bersih
  • Reka bentuk dalaman seni dan funky
  • Kemudahan jalan kaki ke banyak restoran

 

Inhouse Hotel

 

Hotel inHouse direka oleh pereka dalaman Taiwan yang terkenal, Ted Su yang digelar “Godfather of Nightlife in Taipei”. Reka bentuk hotel mempunyai seni sentuhan seperti suasana tahun 1940-an. Rasa retro dengan sentuhan moden. Pelawat hanya mengambil masa 5-10 minit berjalan kaki dari hotel ke MRT.

 

ECFA Hotel Wan Nian

 

Hotel ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 2011. Hotel baru dan moden ini menawarkan gaya hebat untuk tetamu. Ia terletak dalam masa 5-10 minit ke MRT dan menawarkan minyak mandian percuma untuk kegunaan di tab mandi.

 

Just Sleep hotel

 

Just Sleep hotel hanya terletak dalam jarak 2 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Ximending. Tilam di bilik mereka menggunakan kontur badan Wellspring untuk memastikan tidur yang nyenyak.