Pemandu Grab

Apa itu Grab ? 

Seperti mana aplikasi Uber, Grab juga mendapat sambutan baik daripada masyarakat. Di Malaysia, Grab telah diperkenalkan sekitar bulan Ogos 2015. Grab adalah pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan pengangkutan yang tinggi di kawasan trafik tinggi pada waktu puncak dan bagi mereka yang mahu berjimat cermat. Setakat ini Grab berada di lima bandar sejak diperkenalkan di Malaysia.

 

Pendaftaran Pemandu

Kami boleh menbantu pemandu untuk mendaftar, sila Whatsapp sahaja kepada nombor ini

+6016-5580125    Whatsapp message only

 

Kelebihan Grab adalah kadar tambang yang dikenakan adalah tetap (tidak termasuk tol atau lebih drop point). Grab juga mempunyai beberapa pilihan jenis kategori kereta dan Grabcar adalah pilihan yang paling murah. Rata – rata pengguna lebih memilih untuk menaiki Grab apabila jalan sesak kerana tambang tidak berubah walaupun perjalanan lebih lama.

Insentif

Selain itu, pelan insentif yang ditawarkan oleh Grab pula memang menguntungkan kepada Pemandu Grab. Insentif yang diberikan hanya tertumpu kepada kawasan – kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi dari pelanggan. Insentif tersebut juga bergantung kepada tempoh masa pemandu tersebut berada dalam talian aplikasi tersebut dan sedang menerima tempahan pelanggan.

 

Syarikat Grab memberikan pemandu ganjaran RM1.50 untuk semua tempahan yang dipenuhi, selain penalti RM1.00 bagi setiap pelanggan yang ditolak atau dibatalkan. Setiap hari pemandu yang menolak atau membatalkan tempahan diberi peluang 3 kali sebelum penalti dikenakan. Sebaliknya, ganjaran diberikan bagi setiap permintaan yang berjaya dipenuhi. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat Grab menjanjikan keuntungan hanya kepada pemandu yang serius untuk menjadi Pemandu Grab.

 

Bukan semua orang layak menjadi pemandu Grab, mereka perlu memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pihak syarikat untuk memastikan keselamatan penumpang dan juga diri mereka. Apabila mendaftar sebagai pemandu, anda telah bersetuju mematuhi kod etika dan garis panduan perkhidmatan. Jika berlaku sebarang pelanggaran garis panduan tersebut, pihak syarikat bertanggungjawab untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya. Jika syarikat mendapati beberapa perkara yang mencurigakan dalam kesahihan tempahan anda, syarikat akan menamatkan Perjanjian anda dengan serta merta. Jika anda mempunyai penjelasan yang sah anda boleh membuat rayuan untuk diambil semula dalam sebagai Pemandu Grab.

 

Syarat Syarat Pemandu Grab

Anda boleh memilih sama ada ingin menjadi Pemandu Grab secara sepenuh masa atau separuh masa. Pendaftaran Grab adalah percuma. Sebelum mendaftar menjadi Pemandu Grab, syarat – syarat tersebut mestilah dipenuhi, iaitu:

  • Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan
  • Mempunyai lesen memandu penuh yang sah (tidak layak untuk pemegang lesen P )
  • Berumur 21 tahun dan ke atas.  Jika anda berumur 20 , masih layak mendaftar 
  • Menggunakan kereta tahun 2010 ke atas (kereta pada tahun 2007-2010 perlu dibawa ke syarikat Grab untuk pemeriksaan) ( Pemeriksaan boleh dibuat kami jika daftar online degnan kami) 
  • Nama pemandu ada dalam insuran kereta tersebut.

Setelah itu, beberapa dokumen penting perlu disediakan dan boleh mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit. Gambar tersebut mestilah jelas dan tidak menggunakan flash.

 

  • Gambar muka paras dada – jangan memakai cermin mata dan sebagainya.
  • Kad Pengenalan (depan)
  • Lesen memandu (depan)
  • Nota perlindungan insurans kereta (pastikan ada nama anda, nombor perlindungan insurans, tarikh tamat, no kereta, model kereta, tahun pengeluaran)
  • Penyata bayaran uber dari email partnerskl@uber.com (jika anda adalah pemandu uber)

 

Setelah dokumen – dokumen seperti yang dinyatakan di atas telah disediakan, anda boleh meneruskan pendaftaran secara dalam talian. Langkah pertama untuk mendaftar sebagai Pemandu Grab ialah mengisi maklumat diri di laman web Grab. Anda perlu menggunakan emel yang didaftarkan di gmail sahaja. Bagi pengguna android sila gunakan emel yang sama dengan Google Playstore. Pengguna IOS gunakan emel gmail sahaja. Pastikan emel tersebut aktif dan anda mengingati katakunci emel berkenaan. Kemudian, pilih lokasi di mana anda hendak memandu. Setelah siap mengisi maklumat diri, anda hendaklah menyemak emel kerana Grab akan memberitahu anda langkah seterusnya dalam proses daftar pemandu ini. Pastikan anda boleh log masuk ke emel anda.

Langkah seterusnya adalah anda juga perlu memasukkan maklumat mengenai kereta dan akaun bank anda. Seterusnya di bahagian deklarasi, anda perlulah menjawab kesemua soalan yang diberikan. Setelah selesai, anda perlu memuatnaik semua dokumen yang diperlukan. Anda perlu memastikan kesemua gambar yang dimuatnaik adalah jelas. Kemudian, anda perlu menjawa kuiz dan soalan, Di sini, anda boleh mencuba beberapa kali sehingga mendapatkan jawapan yang betul. Setelah itu, anda boleh memuat turun aplikasi Grab Driver di Google Play secara percuma. Kemudian, sahkan dokumen dan maklumat anda. Dalam masa satu hari anda sudah boleh menggunakan aplikasi Grab driver untuk mula mengambil penumpang.

Anda perlu ingat bahawa jika anda adalah Pemandu Uber ,  anda perlu menyempurnakan 30 trip dalam masa sebulan selepas akaun Grab anda aktif untuk menerima secara percuma duit RM75 di dalam aplikasi akaun anda jika anda daftar dengan kami di Lembah Kelang. Setelah anda menyiapkan 30 trip tersebut, anda perlu mengemukakan salinan statement dari Uber anda kepada syarikat.

Seterusnya, anda boleh memilih untuk memandu jenis kategori atau kenderaan mana yang sesuai. Tidak semua kereta layak untuk didaftarkan sebagai kereta Grab kerana Grab juga menjaga mutu perkhidmatannya. Terdapat kereta jenis ekonomi, kereta yang mempunyai 6 tempat duduk dan premium. Bagi kategori premium, syarat – syarat khusus mestilah dipatuhi. Anda boleh menyemak senarai model kereta yang layak untuk setiap kategori yang dinyatakan di laman web Grab.

Terdapat dua teknik yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan apabila menjadi Pemandu Grab, iaitu pemandu insentif dan pemandu tambang. Pemandu insentif merupakan pemandu yang mesti mengikuti jadual yang dikeluarkan oleh grab setiap minggu supaya dapat memaksimumkan pendapatan melalui pemberian insentif dari grab. Selain itu, pemandu yang menggunakan teknik ini dapat mengumpul duit daripada tambang yang dibayar oleh penumpang.

Manakala pemandu tambang hanya mengharapkan pendapatan Grab dari tambang sahaja. Pemandu jenis ini tidak mampu untuk mengikuti jadual perjalanan untuk mendapatkan insentif. Mereka akan hanya mengambil trip yang berharga tinggi sahaja supaya dapat mengumpul wang yang banyak setiap hari. Bagi pemandu ini, Acceptance Rate perlu sentiasa dipantau dengan anggaran kadar 30% minimum setiap hujung minggu supaya akaun pemandu masih boleh digunakan. Sebagai contoh, 10 permintaan yang diterima, sebanyak 7 permintaan sahaja boleh ditolak.

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu Pemandu Grab merancang strategi untuk menjana pendapatan yang lumayan, antaranya ialah Pemandu Grab disarankan mengambil penumpang di pusat membeli belah, stesen LRT, KLIA, KLIA2, pasaraya atau pejabat. Selain itu, Pemandu Grab disarankan tidak banyak menolak permintaan tanpa alasan yang kukuh. Jika tak mahu ambil, jangan berada dalam talian. Pastikan juga Pemandu Grab menggunakan telefon pintar yang menerima signal GPS yang kuat. Pemandu Grab boleh menyemak senarai telefon yang sesuai digunakan di laman web. Pastikan juga menggunakan holder untuk telefon supaya pemanduan nam pak mudah dan profesional. Manakala capaian internet yang bagus adalah sangat membantu melancarkan lagi kerja sebagai Pemandu Grab yang hebat.