Pendaftaran Pemandu MyCar

Perkhidmatan MyCar semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Ia merupakan pilihan alternatif orang ramai selain menggunakan perkhidmatan awam lain untuk tiba di sesuatu destinasi. MyCar telah mengambil alih perkhidmatan e-hailing lain seperti Uber dan Grab yang suatu tika dahulu amat popular di Malaysia. Kemunculan MyCar juga secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan serta peluang menambah pendapatan buat para individu. Bagi yang ingin mendaftar sebagai pemandu MyCar boleh mendapat maklumat pendaftaran di artikel ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui website sahaja bagi mengurangkan kesesakan di pejabat MyCar.

Kebanyakan bekas pemandu Uber mendaftar sebagai pemandu MyCar yang lebih banyak memberi keuntungan kepada mereka. Hampir setiap hari MyCar menerima permohonan yang banyak dari individu yang berminat untuk menyertai MyCar. Individu yang ingin mendaftar sebagai pemandu MyCar perlu menyediakan beberapa dokumen penting sebelum membuat pendaftaran. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Sesalinan kad pengenalan pemandu
  2. Sesalinan muka hadapan lessen
  3. Sesalinan cover note insuran

Bagi memudahkan permohonan anda diluluskan, pastikan anda mengisi semua data – data yang diperlukan. Kelalaian anda untuk mengisi semua data menyebabkan permohonan anda ditolak. Permohonan juga akan gagal sekiranya anda tidak mengisi data dengan betul seperti tidak menggunakan huruf besar, tidak mengisi nombor kad pengenalan, nombor lesen serta tidak upload dokumen penting yang diperlukan.

Cara Mendaftar Sebagai Pemandu MyCar

Anda boleh membuat pendaftaran sebagai pemandu MyCar berdasarkan kaedah berikut yang sangat mudah dan pantas.

  1. Klik website mycar.net.my
  2. Klik di sebelah kanan, atas
  3. Klik “DRIVER REGISTRATION”
  4. Klik gambar kereta – BECOME A DRIVER
  5. Isikan segala maklumat atau butiran peribadi menggunakan HURUF BESAR kecuali alamat emel.
  6. Pada ruang “Company Name”, pilih nama syarikat yang bersesuaian kerana syarikat ini yang akan menyemak permohonan anda. Syarikat ini merupakan coordinator MyCar yang akan membantu anda membuat pendaftaran.
  7. Klik pada butang “NEXT” dan jangan lupa untuk isi nombor lesen pemandu serta tarikh tamat lesen.
  8. Isikan butiran lengkap tentang kereta anda.
  9. Jangan lupa masukkan nombor polisi insuran kereta dan tekan “NEXT”
  10. Muat naik sesalinan dokumen seperti gambar depan kad pengenalan, gambar depan lesen pemandu serta cover note insuran kereta. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen yang dimuat naik adalah kabur. Pastikan semua dokumen jelas dan terang.
  11. Setelah butiran lengkap diisi, anda perlu  menghubungi pihak ibu pejabat MyCar bagi menyemak permohonan serta mengaktifkan permohonan sebagai pemandu MyCar.
  12. Pertanyaan boleh dibuat melalui talian telefon di nombor 03-76616208. Adalah disarankan untuk menghubungi ibu pejabat pada sebelah malam bagi mengurangkan kesesakan panggilan telefon.
  13. Ia juga boleh dibuat melalui app whatsapp dengan menyatakan butiran seperti “NAMA, NOMBOR TELEFON dan NOMBOR PLATE” kereta ke talian 0192055657 untuk proses pengaktifan. Kebiasaannya proses ini mengambil masa antara 2 hingga 6 jam sahaja.
  14. Anda akan menerima panduan seterusnya apabila permohonan MyCar telah aktif. Panduan yang diberikan adalah berkaitan link downloap app, cara tambah nilai app, cara claim jika penumpang membayar menggunakan kad kredit, video cara menggunakan app, bantuan menyemak akaun jika terdapat masalah dan juga group whatsapp untuk para pemandu MyCar.

Panduan ini sememangnya memudahkan para pemandu mendaftar sebagai pemandu MyCar. Selain menjimatkan masa, pendaftaran boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja dan di mana sahaja anda berada. Pemandu yang berminat untuk menjadi sebahagian dari syarikat MyCar ini tidak perlu bersusah payah untuk hadir ke ibu pejabat bagi membuat permohonan.