PSV Grab

Cara untuk mendapatkan PSV dan Puspakom untuk Grab

Hantar dan upload semua dokumen anda di sini

 

1) Download Borang JPJ8A

Langkah pertama untuk PSV ialah untuk mengisi borang JPJ8A.  Pemandu perlu mengisi borang ini kemudian membuat pemeriksaan medikal di panel klinik Grab.

 

Borang JPJ8A boleh di download di sini

Isi mukasurat pertama. Mukasurat lain adalah untuk pemeriksaan medikal.

Lokasi panel klinik Grab untuk subsidi dari Grab. Sila tunjuk aplikasi Pemandu Grab sebagai pengesahan.

https://www.grab.com/my/beratsamadipikul-medical-subsidies-eng/

 

Sila simpan resit dan keputusan ujian medikal untuk langkah seterusnya

 

2) Dapatkan Lesen PSV    ( Angaran kos RM 220 ke bawah)

Selepas membuat pemeriksaan kesihatan, pemandu perlu menghadiri kursus dan ujian untuk PSV. Ujian dan kursus boleh dibuat di mana-mana IM (Institut Memandu).

 

Hubungi IM(Institut memandu) untuk membuat kursus PSV ehailing.  Senarai lokasi IM adalah di laman sesawang di bawah

http://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/selangor1

Buat masa ini. Kos Institut ini adalah yang terendah di suluruh Malaysia IMM

 

Kursus PSV

Kursus PSV adalah dalam 6 jam. Selepas kursus ini , permohon perlu menghadapi peperiksaan PSV.  Untuk lulus PSV , anda perlu mendapat 48 betul dari 60 soalan PSV.  Permohon boleh mengambil lesen PSV dari pejabat JPJ yang di tentukan oleh IM.

 

3) Puspakom  (wajib untuk kereta berumur lebih 3 tahun)

Wajib untuk membawa Geran original ataupun yang di cetak oleh JPJ (RM20).

Kereta anda perlu menjalani pemeriksaan Puspakom jika kenderaan anda adalah lebih dari 3 tahun. Untuk pemeriksaan Puspakom

Puspakom berhampiran

http://www.puspakom.com.my/branches/

Temujanji Puspakom

https://www.grab.com/my/blog/driver/mypuspakom-registration-guide/

Panduan pemeriksaan

http://www.puspakom.com.my/pemeriksaan-kenderaan-e-hailing/

Taraf pemeriksaan

http://www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2019/04/Buku-Panduan-Pemeriksaan-Kenderaan-E-Hailing_-100419.pdf

 

Kon keselamatan segitiga dan pemandam api 1kg (minima) di perlukan untuk pemeriksaan Puspakom. Sila sediakan barang ini sebelum ke Puspakom. Sila guna pemandam api yang berjenis serbuk kering ataupun CO2.

 

Simpan sijil Puspakom dan Resit Pembayaran Puspakom.

 

4) Insurans Ehailing

Pihak Grab masih dalam perbincangan dengan Syarikat Insurans untuk Insurans bagi ehailing. Kos yang diangar adalah lebih kurang RM400. Pemandu hanya perlu opt in dah top up selebinya untuk insurans ehailing.

 

5) Permit Ehailing

Kami masih menunggu maklumat lanjut dari Grab untuk permit ehailing.