Tempat Menarik di Bukit Tinggi, Pahang

Negeri Pahang terkenal sebagai sebuah negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia sememangnya terkenal dengan tarikan pelancongnya yang tersendiri dan sangat popular. Biarpun banyak kawasan di negeri Pahang yang masih belum diterokai, namun negeri itu tetap memiliki tempat – tempat percutian yang sangat menarik serta begitu indah yang harus dikunjungi. Antara tempat yang sering menjadi kunjungan para pengunjung ialah Bukit Tinggi yang turut menjadi destinasi pilihan pelancong dari luar Negara. Ia berada di kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar dan terletak tidak jauh dari ibu kota dengan jarak masa hanya 60 minit untuk tiba ke sini. Bukit Tinggi yang terletak di Pahang ini menyajikan pemandangan indah serta udara dingin yang pastinya membuatkan para pengunjung merasa begitu tenang dan rileks serta dapat bersantai bersama – sama keluarga dan teman tersayang. Sekiranya anda berkunjung ke Bukit Tinggi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat – tempat menarik yang terdapat di sini. Antaranya ialah :

 

  1. Colmar Tropicale

 

Colmar Tropicale French Village ini terletak di Bukit Tinggi dan telah dibuka oleh Berjaya Hills Resort. Ia merupakan sebuah perkampungan yang menampilkan tema ala Perancis telah mendapat ilham dari Colmar Village Alsace. Ia merupakan sebuah perkampungan Perancis yang sangat terkenal dengan jalan batu bundar serta bangunan peninggalan zaman Renaisance. Tatkala melangkahkan kaki ke kawasan ini para pengunjung akan merasa seolah – olah sedang berada di sebuah filem Eropah klasik kerana pemandangan di sini begitu menarik dan sangat berbeza. Selain menikmati pemandangan serta suasana yang begitu ini di Colmar Tropicana ini, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti rock climbing dan juga mountain biking. Para pengunjung juga boleh bermalam di sini kerana ia turut menyediakan bilik penginapan buat para pengunjung. Sekiranya pengunjung hanya ingin melawat kawasan perkampungan ala Perancis tanpa menginap, pengunjung akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM 16 untuk dewasa dan juga RM 8 untuk kanak – kanak.

Alamat: Kilometer 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

 

  1. Adventure Park

 

Colmar Adventure Park ini menyediakan kemudahan pelbagai aktiviti lasakbuat pengunjung yang menggemari aktiviti lasak. Para pengunjung yang berhati kental boleh mencuba flying fox yang merentasi gaung serta merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara dengan jarak 1 kilometer. Selain itu juga, pengunjung boleh mencuba permainan paint ball iaitu aktiviti menembak bersama peluru cat. Ia boleh dilakukan secara berkumpulan dan sesuai dilakukan semasa team building ataupun hari keluarga. Aktiviti ini boleh dilakukan di gelanggang yang disediakan dan para pengunjung boleh memilih samada untuk bermain di gelanggan Capture The Flag ataupun Jungle Warfare kerana ia mempunyai gelanggan permainan yang berbeza.

 

  1. Japanese Village

 

Antara lain yang menarik di Bukit Tinggi ini adalah kerana terdapat perkampungan Jepun yang dikenali sebagai Japanese Village. Ia menampilkan suasana perkampungan Jepun klasik dan memperlihatkan pelbagai koleksi yang bertemakan Jepun cukup menarik perhatian para pengunjung. Koleksi yang terdapat di sini disusun kemas dan teratur di kawasan taman yang hijau serta luas. Perkampungan ini diwujudkan bagi menghidupkan suasana perkampungan orang Jepun tradisional suatu masa dahulu. Ia dihiasi dengan kolam ikan ikon yang berwarna warni, taman bunga yang menarik serta batu berlumut yang sangat cantik. Pengunjung boleh melawat Rumah The Jepun, Tatami Spa, Taman Botanikal, Ume Tatami Suite serta restoran Ryo Zan Tei yang menghidangkan menu Jepun buat para pengunjung. Para pengunjung yang berkunjung di sini akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM 12 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak – kanak. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 5.00 petang.

 

  1. Botanical Garden

Botanical Garden terletak tidak jauh dari Colmar Tropicale dengan anggaran masa 5 minit sahaja jarak perjalanan sekiranya menaiki kereta ataupun bas yang disediakan. Taman ini tersembunyi di dalam kawasan Japanese Village dan mempunyai kawasan seluas 4 ekar menampilkan pelbagai jenis tumbuhan iklim sejuk seperti buah strawberi, pear tanaman herba, pokok bunga dan juga orkid liar. Pengunjung yang berada di sini boleh menyusuri walkway sepanjang 1 kilometer yang terdapat di sini. Ia sangat sesuai untuk aktiviti berjalan santai bersama keluarga dan rakan – rakan sambil menikmati keindahan semulajadi dan dapat melihat kepelbagaian flora dan fauna yang menjadi tarikan di sini.

 

  1. Horse Trails

Pengunjung yang meminati aktiviti menunggang kuda boleh mencuba menunggang kuda di Horse Trails Bukit Tingi. Kuda yang terdapat di sini sangat jinak dan telah dilatih oleh jurulatih professional dan sebagai seorang pengunjung, anda tidak  perlu risau dengan kuda – kuda yang terdapat di sini. Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat kuda yang terdapat di sini. Malah, pengunjung boleh mendekati kuda yang berlainan baka seperti kuda Quarter House dan juga baka unik palamino. Horse Trails juga menyediakan kemudahan kelas menunggang kuda dan juga kem menunggang kuda dalam sehari bagi yang berminat untuk belajar menunggang kuda. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semujadi dengan merentasi laluan hutan tropika yang terdapat di sini dengan menunggang kuda. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah seperti Jungle Ride, Creek and River Ride, Picnic Ride dan juga Golf View Ride. Para pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM 2 dan sekiranya ingin menunggang kuda selama 10 minit, para pengunjung perlu membuat bayaran sebanyak RM 25 sahaja.

 

  1. Rabbit Park

 

Ibu bapa yang membawa anak – anak bercuti di Bukit Tinggi boleh singgah di Rabbit Park yang merupakan antara tarikan yang menarik di sini. Ia bukan sahaja menarik untuk kanak – kanak tetapi juga para ibu dan juga orang dewasa pasti terhibur melihat keletah arnab yang comel. Sebanyak 200 ekor arnab boleh didapati di sini dengan campuran pelbagai jenis baka arnab. Pengunjung boleh bermain bersama arnab yang comel serta bergambar bersamanya. Selain arnab, di Rabbit Park juga terdapat haiwan jinak yang lain seperti rusa dan keldai, malah pengunjung juga boleh mencuba menunggang keldai yang jinak di sini dan memberi makanan kepada sang rusa. Aktiviti lain untuk kanak – kanak juga boleh dilakukan di sini seperti melukis dan mengecat. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 3 sahaja.

 

  1. Berjaya Hills Golf & Country Club

 

Bagi para peminat sukan golf, sekiranya berkunjung ke Berjaya Hills Golf & Country Club boleh berkunjung ke sini dan mencuba padang golfnya yang sangat menarik. Kelab ini pernah tersenarai sebagai kelab golf yang paling terkemuka di Malaysia pada tahun 2004. Ia mempunyai sebanyak 18 buah lubang. Kelab ini juga pernah memenangi anugerah dan mempunyai padang hijau yang  luas terbentar sebesar 1.6 ekar. Peminat sukan golf boleh mencuba bermain di Bermuda Turf sambil menikmati suasana bukit yang begitu nyaman dan menenangkan.

  1. Organic Farm

Antara tarikan menarik sekiranya ingin berkunjung ke Bukit Tinggi ialah Organic Farm yang merupakan tarikan eko-pelancongan di sini. Ia merupakan ladang sayuran segar dan pengunjung boleh melihat sendiri sayur – sayuran yang ditanam secara organic di sini. Tanaman di sini tidak dijual kepada para pengunjung, namun begitu para pengunjung akan disajikan dengan hidangan yang lazat menggunakan sayur – sayuran  segar yang terdapat di ladang ini. Pengunjung yang datang ke sini boleh melihat sendiri dan mempelajari proses menanam sayuran secara organik. Yang menarik lagi, pengunjung boleh menginap di ruang kabin yang disediakan di sini.

 

  1. La Lavande Massage & Spa

 

La Lavande Massage & Spa terletak di Colmar Square merupakan spa yang menampilkan ciri – ciri Eropah dan menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti facial, refleksologi, therapeutic massage dan banyak lagi. Spa ini sangat mesra kanak – kanak di mana turut menyediakan ruangan untuk kanak – kanak yang datang bersama ibu bapa. Kanak – kanak akan disajikan dengan aktiviti face painting dan membolehkan para ibu bapa berpeluang berehat serta memanjakan diri tanpa sebarang gangguan.

 

  1. Tatami Spa

Tatami Spa merupakan sebuah spa yang berkonsep dari negara matahari terbit iaitu negara Jepun. Ia merupakan spa yang pertama berada luar dari negara Jepun dan pernah memenangi spa terbaik bagi tahun 2007 – 2008 yang menerima anugerah Hospitality Asia Platinum Awards. Spa ini menawarkan perkhidmatan pelbagai rawatan seperti scrub badan, tab air panas therapeutic, urutan aromatheraphy dan juga rawatan Kimochi Treatment. Pengunjung juga boleh merehatkan diri di dalam dua tab air panas yang berbeza. Tab tertutup terletak di bahagian dalam spa dan tab kedua terletak di bahagian luar yang dikenali sebagai tab Onsen.

 

Penginapan di Bukit Tinggi, Pahang

 

Bukit Tinggi, Pahang mempunyai kemudahan penginapan yang agak banyak dan boleh dipilih oleh para pengunjung bergantung kepada harga bilik yang sesuai dengan bajet. Terdapat hotel mewah dan juga hotel bajet / murah boleh dipilih untuk penginapan para pengunjung. Walau bagaimanapun, hotel yang sering menjadi pilihan para pengunjung adalah Hotel Colmar Tropicale Frencg Theme Resort dan juga The Chateau Spa & Organic Wellness Resort yang menampilkan ciri – ciri bangunan serta hiasan ala negara Perancis. Para pengunjung yang menginap di Bukit Tinggi boleh membuat kajian pasaran harga hotel terlebih dahulu di laman web booking.com, trivago, agoda dan sebagainya. Semoga artikel ini dapat membantu anda merancang percutian di Bukit Tinggi, Pahang.