APA ITU BIGPAY?
BigPay merupakan sistem e-wallet yang dilengkapi dengan aplikasi mobil serta kad prabayar Mastercard yang diperkenalkan oleh syarikat AirAsia. Ia merupakan salah satu pilihan pembayaran tanpa tunai (cashless) pada masa kini yang kian mendapat sambutan. Walau bagaimana pun, pengguna perlu menambah nilai kad BigPay terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kad BigPay. Terdapat beberapa kelebihan BigPay yang mungkin ramai tidak tahu.
KELEBIHAN BIGPAY
Kad 3 in 1 : Kad, Aplikasi dan eDompet
-
- Pengguna akan memperolehi sekeping kad BigPay, aplikasi serta e-wallet apabila membuat permohonan kad BigPay
- Kad BigPay merupakan kad prabayar mastercard yang berfungsi seperti kad mastercard lain
- Ewallet BigPay berperanan menyimpan wang yang boleh digunakan pada bila – bila masa sahaja manakala aplikasi BigPay berfungsi untuk membuat transaksi seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan sebagainya
Proses Permohonan Yang Mudah
- Pengguna hanya perlu membuat permohonan melalui aplikasi yang dimuat turun melalui Apple Store atau Google PlayStore
- Gambar muka hadapan kad pengenalan perlu dimuat naik semasa membuat permohonan
Kad BigPay Diberikan Secara Percuma
- Permohonan kad adalah percuma, tiada sebarang caj atau yuran tahunan dikenakan
- Walaubagaimana pun, semasa proses pendaftaran, pengguna perlu memasukkan wang sebanyak RM 20.00 ke dalam akaun BigPay sebagai proses verifikasi dan wang tersebut boleh digunakan setelah pengguna boleh menerima kad BigPay tersebut
RM 10 Menggunakan Kod Referal
- Bagi pengguna yang mendaftar menggunakan kod referral, sebanyak RM10 akan diberikan secara percuma di dalam akaun
Kad BigPay Digunakan Dipelosok Dunia
- Kad BigPay boleh digunakan hampir di semua kedai di seluruh dunia (kecuali Korea Utara dan Israel) yang mempunyai logo BigPay
Transaksi Online Lebih Mudah
- Mudah untuk membuat transaksi antarabangsa terutamanya ketika membuat pembayaran online bagi pembelian di laman web Amazon, Aliexpress dan sebagainya
Fungsi Wave / Contactless
- Kad BigPay juga dilengkapi dengan fungsi wave / contactless dengan limit maksima RM 250 sehari
- Nombor pin keselamatan diperlukan sekiranya membuat pembayaran melebihi RM 250
Lapor Kehilangan Kad Dengan Mudah
- Sekiranya kad BigPay anda hilang, pengguna boleh membekukan kad melalui aplikasi BigPay yang dimuat turun di dalam telefon
- Pembekuan kad akan dibuat serta merta tanpa perlu membuat sebarang panggilan
Pembayaran Bil
- Aplikasi BigPay juga membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah seperti bil TNB, Astro, Unifi, bil air dan banyak lagi
Penghantaran dan Terimaan Wang Dengan Mudah
- Wang boleh dihantar dan diterima dengan mudah dengan hanya mengimbas kod QR
- Walau bagaimana pun, kedua – dua pihak mestilah merupakan pengguna BigPay
Tiada Cas Tersembunyi
- Tiada sebarang cas tambahan dikenakan semasa menggukan kad BigPay
- Walau bagaimana pun, pengguna dikenakan caj tambahan sekiranya membuat pengeluaran wang dari mesin ATM
Pengeluaran Tunai Di Mesin ATM
- Pengguna boleh membuat pengeluaran tunai di mana – mana mesin ATM di seluruh negara yang menerima kad mastercard
- Setiap pengeluaran akan dikenakan caj sebanyak RM 6 di dalam Malaysia dan RM 10 di luar Malaysia (tertakluk kepada perubahan polisi semasa BigPay)
Pemindahan Wang Ke Akaun Bank
- Pengguna boleh membuat pindahan wang dari akaun BigPay ke akaun bank dengan caj sebanyak RM 0.50 sen untuk bank Malaysia
- Proses pemindahan wang ke akaun bank juga agak cepat
Mendapat Big Points Untuk Setiap Transaksi
- Setiap kali pengguna membuat transaksi serendah RM 30 melalui BigPay, pengguna akan menerima 1 Big Points yang boleh digunakan untuk membuat pembelian tiket kapal terbang AirAsia, tinggal di hotel Rocketmiles, Tune, menjamu selera di restoran yang terpilih dan sebagainya
Diskaun Untuk AirAsia
- Diskaun sehingga RM 32 sekiranya pengguna menggunakan kad BigPay semasa membuat pembelian tiket AirAsia
Kad Tidak Link Dengan Akaun Bank
Kad BigPay ditambah nilai secara manual dan tidak bersambung dengan akaun bank pengguna
Kaedah ini lebih selamat dan dapat mengelakkan kecurian wang dari akaun bank oleh individu yang tidak bertanggungjawab
Pembelian Insurans
- Pengguna boleh membuat pembelian insurans serendah RM 30 setahun
- Antara insurans yang dilindungi adalah seperti berikut :
- Kematian atau kecacatan seumur hidup – RM10,000
- Perlindungan transaksi online – RM300
- Perlindungan peranti pintar – RM300
- Kehilangan alat sukan – RM500
- Masuk hospital – RM150 sehari
KEKURANGAN BIGPAY
Akaun Maksima Hanya RM 10,000
Kad BigPay hanya boleh menyimpan sehingga RM 10,000 sahaja dalam satu masa
Kekerapan Pengeluaran ATM Maksima Hanya 10 Kali Sehari
Pengeluaran melalui mesin ATM tidak boleh melebih 10 kali sehari
Had Maksima Pengeluaran Hanya RM 10,000 Sehari
Pengguna hanya dibenarkan membuat pengeluaran maksima sebanyak RM 10,000 sehari melalui mesin ATM
Tidak Boleh Digunakan di Israel dan Korea Utara
BigPay tidak boleh digunakan di kedua – dua negara ini
Pengguna yang memilikI kad BigPay boleh menggunakannya seperti mana kad debit lain, namun harus menambah nilai kad terlebih dahulu. Dengan adanya kad BigPay ini, pengguna tidak lagi perlu membawa wang tunai untuk membeli belah. Malah, wang tunai juga boleh dikeluarkan tanpa sebarang masalah.