Apa itu Grab food ?

 Untuk Membuat Pesanan Makanan

Pelbagai aplikasi telah diwujudkan bagi memudahkan orang ramai dalam pelbagai urusan. Perkhidmatan Grab juga sudah tentu tidak asing lagi bagi semua orang, malah ia antara aplikasi yang wajib ada di telefon bimbit seseorang. Kini, kehadiran aplikasi Grab bukanlah semata – mata untuk mendapatkan perkhidmatan kereta atau pengangkutan, malah pesanan makanan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi Grab. Maka, tidak hairanlah banyak restoran yang mula menggunakan aplikasi Grab ini sebagai medium penghantaran makanan yang dipesan oleh pelanggan.

 

Aplikasi Grab ini bukan sahaja memudahkan restoran membuat penghantaran makanan, namun ia juga memudahkan pelanggan memesan makanan yang enak dari restoran pilihan tanpa perlu keluar dari rumah. Perkhidmatan Grab food ini juga turut mempunyai pelbagai kod promo yang boleh digunakan semasa membuat tempahan makanan. Penggunaan kod promo ini membolehkan pelanggan mendapat harga tempahan yang lebih murah. Cara memesan makanan menggunakan aplikasi ini juga begitu mudah serta pilihan makanan dan restoran yang tersenarai juga cukup banyak. 

 

Grab food menjimatkan kos, masa dan tenaga anda kerana tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Masa penghantaran juga begitu pantas serta kualiti makanan tetap terjaga kerana ia diletakkan di dalam beg thermal yang akan mengekalkan suhu makanan tersebut. 

 

Sebelum membuat sebarang tempahan, adalah disarankan anda topup terlebih dahulu ke dalam e-wallet Grab bagi memudahkan pembayaran tempahan dilakukan. Pilih makanan pilihan di menu food yang bersesuaian kerana terdapat pilihan kategori. Bagi yang beragama Islam, pastikan makanan yang dipilih berada di dalam kategori halal.

 

Cara membuat pesanan makanan melalui aplikasi Grab food adalah seperti berikut :

 

  1. Buka Aplikasi Grab Anda

Pastikan anda telah install terlebih dahulu aplikasi Grab di telefon bimbit anda, dan pastikan anda telah pun mendaftar aplikasi tersebut

 

  1. Tap Ikon Food

     Sekiranya anda telah pun memasuki aplikasi Grab, tekan pada ikon food

 

  1. Masukkan alamat penghantaran

     Pastikan anda telah mengaktifkan butang location bagi memudahkan aplikasi Grab  

     mengetahui lokasi terkini anda. Sekiranya lokasi anda tidak tersenarai, taipkan alamat 

    lokasi di kotak yang disediakan dan klik butang search. Pilih lokasi terkini anda 

 

  1. Carian Makanan

     Anda boleh membuat pilihan makanan dengan menekan ikon explore categories

 

  1. Pilih Makanan 

Pada ruangan ini anda akan melihat senarai penuh pilihan makanan serta senarai restoran yang menyediakan makanan tersebut. Harga makanan juga akan dipaparkan. Anda boleh membuat pesanan dengan klik pada pilihan makanan serta kuantiti yang diinginkan. Klik butang Add to Basket. Kemudian, klik view basket dan klik ikon Place Order untuk menghantar tempahan.

 

  1. Pengesahan Pesanan

Setelah membuat tempahan, anda akan melihat skrin yang memaparkan jumlah bayaran yang perlu dibuat ke atas tempahan tersebut. Jangkaan masa penghantaran turut  dipaparkan. Pembayaran bagi tempahan tersebut boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Grabpay. Setelah selesai, sila buat pengesahan tempahan anda. Setelah anda membuat pesanan makanan, aplikasi ini akan memproses senarai tempahan anda dengan menghantar pesanan kepada restoran tersebut serta kepada pemandu yang akan membuat penghantaran dari restoran ke lokasi anda.

 

  1. Pencarian Pemandu Grab Food Berhampiran

     Setelah tempahan dibuat, aplikasi Grab akan membuat pencarian pemandu Grab food  

secara automatik untuk menghantar makanan yang ditempah oleh pelanggan. Pastikan GPS telefon bimbit anda sedang aktif kerana pencarian pemandu Grab food memakan masa beberapa saat. Setelah pengesahan selesai dibuat, pihak Grab food akan memaklumkan kepada anda pemandu yang akan menguruskan penghantaran makanan tersebut.

 

  1. Mendapatkan Pemandu dan Buka Chat Grab

Setelah mendapatkan pemandu Grab food yang bertugas, anda boleh mula melakukan chat Grab sekiranya ingin bertanya tentang pesanan yang dibuat. Malah, pelanggan boleh menambahkan beberapa kriteria lain atau membuat pesanan khusus sebelum pemandu Grab food membuat penghantaran pesanan.

 

  1. Makanan Akan Dihantar

Pemandu Grab food akan membeli makanan yang dipesan dan menghantarnya ke lokasi pelanggan. Setiap pergerakan pemandu Grab food boleh dipantau melalui aplikasi aktiviti pemandu Grab food. Ia memudahkan anda mengetahui kedudukan terkini pemandu.Terdapat perkiraan waktu dari mula membeli sehingga pesanan tiba di lokasi. Anggaran masa penyediaan dan penghantaran makanan juga akan dipaparkan dalam aplikasi ini. Sebagai pelanggan yang membuat tempahan makanan, kesemua notifikasi akan dihantar secara terus kepada pelanggan.

 

  1. Pesanan Selesai

Sebaik sahaja pemandu Grab food tiba di lokasi anda, notis penghantaran makanan akan diterima. Bagi yang membuat pesanan daripada hotel, biasanya pemandu akan membuat penghantaran terus ke bilik hotel jika dibenarkan.

Namun, kadangkala pelanggan perlu mendapatkannya di lobi hotel sekiranya pemandu tidak dibenarkan membuat penghantaran ke bilik hotel pelanggan.

Pembayaran boleh dibuat secara tunai mahupun Grabpay. Pastikan anda tidak lupa untuk memberikan rating yang bagus sekiranya mendapat perkhidmatan yang pantas serta pemandu yang ramah.

 

Grab food ini boleh digunakan sepanjang hari dan sangat sesuai bagi semua golongan. Ternyata perkhidmatan Grab food ini sangat memudahkan orang ramai yang tiada masa untuk keluar membeli makanan. Harga perkhidmatannya juga sangat berbaloi dengan kualiti makanan yang dipesan. Selain mempunyai banyak pilihan, masa dan tenaga juga dapat dijimatkan tanpa perlu keluar rumah untuk mendapat set hidangan yang menarik serta mengenyangkan.