BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang – Undang Perbekalan 2022, kerajaan telah memutuskan untuk memberi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah yang layak. Pemberian ini bertujuan untuk membantu kos sara hidup golongan rentan yang berhadapan dengan kemelut kewangan bagi meneruskan kehidupan. 

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah bermula dari RM 350 hingga RM 2,000 berdasarkan kategori isi rumah yang telah ditetapkan. Bagi mengelakkan isi rumah tercicir dari menerima bantuan ini, kerajaan telah memutuskan bahawa penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas Covid (BKC) B40 akan turut dipertimbangkan berdasarkan syarat kelayakan dan tiada permohonan perlu dibuat. Setiap data akan disemak terlebih dahulu dengan pelbagai agensi lain supaya penerima yang benar – benar layak sahaja akan menerima BKM.

 

Kriteria Permohonan

Syarat dan kelayakan permohonan adalah seperti berikut :

 

Isi Rumah

  • Berstatus berkahwin / ibu tunggal / bapa tunggal / janda / balu / duda 
  • Mempunyai pendapatan bulanan RM 5,000 dan ke bawah
  • Memiliki anak yang menepati syarat

 

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal / janda / balu / duda
  • Mempunyai pendapatan bulanan RM 5,000 dan ke bawah
  • Tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Berumur 60 tahun dan ke atas

 

Bujang

  • Berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal / janda / balu / duda
  • Mempunyai pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
  • Tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Berumur 21 hingga 59 tahun 

 

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada penerima adalah berdasarkan kategori yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut :

 

Penerima isi rumah dengan gaji bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • Sekiranya tidak memiliki anak, bantuan adalah RM 1,000
  • Sekiranya memiliki anak 1 hingga 2 orang, bantuan adalah RM 1,500 
  • Sekiranya memiliki anak 3 orang ke atas, bantuan adalah RM 2,000 

 

Penerima isi rumah dengan gaji bulanan RM 2,501 hingga RM 5,000

  • Sekiranya tidak memiliki anak, bantuan adalah RM 400
  • Sekiranya memiliki anak 1 hingga 2 orang, bantuan adalah RM 600 
  • Sekiranya memiliki anak 3 orang ke atas, bantuan adalah RM 800 

 

Penerima warga emas bujang / tiada pasangan dengan gaji bulanan RM 5,000 dan ke bawah

  • Sekiranya tidak memiliki anak, bantuan adalah RM 600

 

Penerima bujang dengan gaji bulanan RM 2,500 ke bawah

  • Sekiranya tidak memiliki anak, bantuan adalah RM 350

 

Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM akan diberikan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan. Walau bagaimana pun, kerajaan juga telah membuat penambahbaikan dengan menaikkan kadar tambahan BKM di mana sebanyak RM 500 ditambah bagi kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT), manakala sebanyak RM 300 pula bagi kategori isi rumah warga emas dengan memiliki anak menepati syarat. Kadar tambahan yang diberikan adalah seperti berikut :  

 

Penerima isi rumah berstatus IBT (gaji RM 2,500 dan ke bawah)

  • Anak 1 hingga 2 orang akan menerima bantuan sebanyak RM 2,000 
  • Anak 3 orang dan ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM 2,500  

 

Penerima isi rumah berstatus IBT (gaji RM 2,501 hingga RM 5,000)  

  • Anak 1 hingga 2 orang akan menerima bantuan sebanyak RM 1,100 
  • Anak 3 orang dan ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM 1,300 

 

Penerima isi rumah berstatus warga emas (gaji RM 2,500 dan ke bawah)  

  • Anak 1 hingga 2 orang akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800 
  • Anak 3 orang dan ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM 2,300  

 

Penerima isi rumah warga emas (gaji RM 2,501 hingga RM 5,000)  

  • Anak 1 hingga 2 orang akan menerima bantuan sebanyak RM 900 
  • Anak 3 orang dan ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM 1,100  

 

Tarikh Permohonan  

Permohonan akan dibuka mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. 

 

Tarikh Bayaran

Pembayaran pertama dijangka pada bulan Mac 2022 dan akan dibayar secara berperingkat sebanyak 4 kali. 

 

Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dibuat melalui pengkreditan ke akaun bank penerima dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

  • Kredit Akaun Bank
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima
  • Maklumat akaun bank perlu dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan
  • Kegagalan mengemaskini maklumat akaun bank akan menyebabkan kegagalan pembayaran wang bantuan
  • Penerima perlu ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran untuk membuat tuntutan jika wang gagal dikreditkan

 

B) Kaunter Bank

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter cawangan BSN yang berhampiran  bermula 30 Mac

 

Laman Rasmi BKM

Segala urusan rasmi harus dilakukan di laman rasmi BKM iaitu bkm.hasil.gov.my