BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Tanggal 27 Mac 2020, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang akan memberi manfaat kepada hampir seluruh rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 250 bilion. Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 10 bilion untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) buat rakyat Malaysia yang layak.
Bantuan Prihatin Nasional merupakan salah satu bantuan yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi dan diberikan secara one-off kepada rakyat yang terdiri daripada golongan B40 dan juga M40. Pemberian BPN bagi kategori B40 adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH), manakala bagi kategori M40 pula, maklumat diperolehi dari pangkala data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Setiap rakyat adalah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
Syarat – Syarat Kelayakan Bagi Kategori B40
- Isi Rumah
- Mestilah terlah berkahwin; atau
- Merupakan ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
- Berpendapatan bulanan sebanyak RM 4000 dan ke bawah untuk seisi rumah
- Bujang
- Merupakan individu bujang dan belum berkahwin / ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan sebarang maklumat anak pada permohonan BSH 2020
- Berumur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas berumur 60 tahun dank e atas; dan
- Berpendapatan bulanan sebanyak RM 2000 dan ke bawah
Syarat – Syarat Kelayakan Bagi Kategori M40
Bagi kategori M40, penerima bantuan adalah terdiri dari pembayar cukai yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memenuhi syarat seperti berikut :
- Isi Rumah
- Mestilah terlah berkahwin; atau
- Merupakan ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan maklumat percukaian; dan
- Berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
- Bujang
- Merupakan individu bujang dan belum berkahwin berdasarkan data percukaian
- Berumur 21 tahun dan ke atas; dan
- Berpendapatan bulanan antara RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP)
- Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Jumlah Bayaran Bantuan Berdasarkan Kategori
Bantuan akan diberikan secara one – off berdasarkan kategori yang ditetapkan seperti berikut :
- Isi Rumah
- Isi rumah berpendapatan antara RM0 hingga RM4,000 akan menerima bantuan
sebanyak RM 1,600. Bayaran akan dibuat sebanyak RM1,000 pada bulan April 2020 dan
RM600 pada bulan Mei 2020
- Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM8,000akan menerima bantuan
sebanyak RM1,000. Bayaran akan dibuat sebanyak RM500 pada bulan April 2020
dan RM500 pada bulan Mei 2020
- Bujang
- Individu bujang berpendapatan antara RM0 hingga RM2,000 akan menerima bantuan sebanyak RM800. Bayaran akan dibuat sebanyak RM500 pada bulan April 2020 dan RM300 pada bulan Mei 2020
- Individu bujang berpendapatan antara RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM500. Bayaran akan dibuat sebanyak RM250 pada bulan April 2020 dan RM250 pada bulan Mei 2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini akan dibuat mulai bulan April dan Mei 2020
Kaedah Pembayaran Bantuan
Pembayaran bantuan akan dibuat berdasarkan maklumat berikut :
Pembayaran Bagi Kategori B40
- Sekiranya maklumat penerima telah berada dalam pangkalan data, bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank; atau
- Sekiranya bayaran gagal dikreditkan, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional
- Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional
Pembayaran Bagi Kategori M40
- Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank berdasarkan maklumat yang terdapat dalam BNCP terkini
- Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ketua isi rumah
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pembayar cukai yang ditaksirkan sekiranya taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakakn BNCP
Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional M40, pemohon boleh membuat pengemaskinian maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini bagi memastikan maklumat akaun bank adalah tepat serta aktif. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan di https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri
Penerima bantuan bagi kategori B40 dan M40 yang berada di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan secara sekaligus beserta bantuan Bayaran Sara Hidup 2020. Ia akan dilaksanakan melalui kaunter pembayaran yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia, lokasi dan tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.
Cara Membuat Semakan
- Semakan boleh dibuat mulai 1 April 2020 di laman web rasmi berikut :
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
- Sekiranya pemohon memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, pemohon boleh membuat permohonan baharu bagi menerima Bantuan Prihatin Nasional yang boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web berikut :
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
- Bagi pemohon yang baru membuat permohonan, pembayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Mei 2020 dan setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen bukti pendapatan. Setiap permohonan akan disemak berdasarkan data dari agensi yang telah ditetapkan samada dari data BSH atau data percukaian LHDN.
- Bagi penerima BSH 2020, mereka secara automatic layak untuk menerima BPN dan tidak perlu membuat sebarang permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:
- Kementerian Kewangan : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- LHDN : 1-800 882 747 / 03-8911 1000
- Waktu operasi adalah mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad – Jumaat)