BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Mulai tahun 2021, kerajaan tidak lagi meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat Malaysia. Bantuan Sara Hidup kini telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu. Permohonan BPR boleh dilakukan secara dalam talian atau borang permohonan mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. Bagi penerima BSH 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) sebelum ini, pemohon hanya perlu mengemaskini maklumat di dalam sistem sahaja sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan maklumat. Ini kerana pihak sekretariat BPR akan menggunakan maklumat dalam pangkalan data BSH 2020 atau BPN 2.0 sebagai kesinambungan pemberian BPR 2021.

 

Kategori Permohonan BPR 2021

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut : 

 

  • Isi Rumah
  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60
    tahun dan ke atas

 

  1. Bujang
  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak; 
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun 
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun  

 

Syarat Permohonan dan Kriteria Kelayakan

Setiap pemohon perlu memenuhi syarat dan kriteria kelayakan seperti berikut :

 

  1. Kategori Isi Rumah
  1. Pemohon
  • Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia 
  • Individu yang menjadi ketua keluarga samada lelaki atau wanita yang menetap serumah mempunyai pendapatan kasar bulanan seisi rumah sebanyak RM 5,000 dan ke bawah

 

  1. Pasangan
  • Merupakan warganegara Malaysia atau memiliki pengenalan diri di Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan warganegara Malaysia (mestilah mempunyai pengenalan diri yang sah)

 

  1. Anak 
  • Merupakan anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) / anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Merupakan warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan diri Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tiada sumber pendapatan dan tidak bekerja; dan
  • Berumur 17 tahun dan ke bawah; atau
  • 18 tahun dan ke atas sekiranya masih menuntut di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 

  1. Kategori Bujang
        Pemohon
  • Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia  
  • Pendapatan kasar bulanan sebanyak RM 2,500 dan ke bawah
  • Individu samada lelaki atau wanita mestilah berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun sehingga 59 tahun  

 

Kriteria Tambahan Bagi Pemohon

Pemohon boleh membuat permohonan sekiranya terdiri dari kategori berikut :

  • Pemohon yang gagal menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan berpendapatan  RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Pemohon terdiri dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pendaftaran akan dilakukan secara automatik berdasarkan data dari JAKOA
  • Pemohon merupakan Orang Kelainan Upaya yang tidak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM
  • Sekiranya pemohon OKU merupakan penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM

 

Cara Membuat Permohonan  

Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan iaitu seperti berikut :

 

  • Permohonan Secara Dalam Talian
  • Menggunakan aplikasi semakan Bantuan Prihatin Rakyat yang boleh dimuat turun menggunakan Google Plays Store / App Store di telefon pintar 

 

  1. Permohonan Melalui Borang
  • Menggunakan borang BPR 2021 (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di:
    laman web rasmi BPR LHDNM, cawangan kaunter LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Borang permohonan perlu dihantar ke kaunter cawangan pejabat LHDNM / Pusat Khidmat Hasil LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM / Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) / Pejabat Daerah / Pejabat Residen / pos ke alamat :
    Peti Surat BPR
    GPO Shah Alam
    40800 Selangor
  • Borang permohonan tidak boleh dihantar melalui faks atau emel
  • Memandangkan negara masih dilanda virus Covid-19, pemohon disaran membuat permohonan secara dalam talian bagi mencegah penularan wabak ini seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Dokumen Sokongan 

Pemohon perlu menyertakan bersama salinan dokumen berikut :

 

  1. Pemohon:
    a) Salinan sijil perkahwinan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    b) Salinan sijil kematian pasangan yang sah dan dikeluarkan oleh JPN; atau
    c) Sijil perceraian (asal dan salinan) yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    d) Salinan sijil dekri nisi / dekri nisi mutlak yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah
    e) Salinan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

 

  1. Pasangan:
    a) Salinan kad pengenalan pasangan samada MyKad / MyPR / MyKAS; atau
    b) Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

 

iii. Anak:
a) Anak Kandung

  • Salinan Mykad atau Mykid; dan
  • Salinan sijil kelahiran

 

  1. b) Anak Angkat
  • Salinan Mykad atau MyKid; dan
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

 

Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) perlu dilengkapkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM. Pemohon juga boleh memuatnaik dokumen sokongan tersebut ke dalam sistem BPR semasa membuat permohonan secara dalam talian. 

 

Nilai Bantuan BPR 2021

  • Isi Rumah
  • Isi rumah berpendapatan kasar bulanan RM 2,500 dan ke bawah akan menerima BPR sebanyak RM 1,200 (1 orang anak / tanggungan) dan RM 1,800 (2 orang anak atau lebih)
  • Isi rumah berpendapatan kasar bulanan RM 2,501 hingga RM 4,000 akan menerima BPR sebanyak RM 800 (1 orang anak / tanggungan) dan RM 1,200 (2 orang anak atau lebih)
  • Isi rumah berpendapatan RM 4,001 hingga RM 5,000 akan menerima BPR sebanyak RM 500 (1 orang anak / tanggungan) dan RM 750 (2 orang anak atau lebih)

 

  1.   Bujang
  • Individu bujang yang berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 2,500 dan ke bawah layak menerima BPR sebanyak RM 350 yang dibayar secara one-off

 

Jadual Pembayaran

Pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara dua fasa, iaitu Fasa 1 pada April / Mei 2021 dan fasa 2 pada September / Oktober 2021. Walau bagaimana pun, jadual pembayaran ini tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi pihak sekretariat BPR melalui salah satu medium berikut :

Sekretariat BPR

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Presint 2, 62592 Wilayah Persekutuan Putrajaya