Bantuan Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu bertanggungjawab menguruskan urusan zakat di negeri Selangor. Ia merupakan sebuah institusi yang dinaungi di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertanggungjajwab menguruskan kutipan serta pengagihan zakat secara lebih efisien dan berkesan kepada mereka yang layak menerima zakat. LZS juga mempunyai sebanyak 25 buah cawangan di seluruh negeri Selangor dengan ditunjangi oleh 400 warga kerja yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggannya yang terdiri daripada pembayar serta penerima zakat Selangor. Bagi memastikan kepuasan pelanggan sentiasa dipenuhi, warga kerja LZS sememangnya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, berintegriti, jujur dan telus.
Biarpun telah hampir dua dekad ditubuhkan, LZS terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan kegiatan serta aktiviti dakwah bagi memastikan ramai masyarakat menunaikan Rukun Islam keempat iaitu mengeluarkan zakat ke jalan Allah. LZS juga terus memastikan proses serta urusan pengagihan zakat kepada asnaf yang layak dilaksanakan secara lebih efisien melalui program – program yang dianjurkan seperti Program Pembangunan Sosial dan Pendidikan,Program Pembangunan Ekonomi dan Insan serta Program Pembangunan Institusi Agama. Pengagihan zakat kepada golongan asnaf telah berjaya melahirkan ramai usahawan di negeri Selangor, malah anak – anak asnaf turut cemerlang dalam Pendidikan sehingga dapat melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penerima zakat juga telah mendapat tempat perlindungan yang lebih selesa serta kos perubatan yang tinggi dapat diringankan.
Lembaga Zakat Selangor mempunyai beberapa skop agihan berdasarkan ketetapan oleh syara’ dan antara asnaf tersebut adalah :
- Asnaf Fakir
- Terdiri daripada orang Islam yang tidak mempunyai harta dan tiada pendapatan atau mempunyai harta dan mempunyai pendapatan yang tidak mencapai had kifayah bagi dirinya serta tanggungannya
- Asnaf Miskin
- Terdiri daripada orang Islam yang memiliki harta atau pendapatan dan boleh menampung keperluan diri dan tanggungannya lebih 50 peratus tetapi tidak mencapai had kifayah
- Asnaf Amil
- Amil merupakan seseorang yang telah dilantik untuk mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam menguruskan urusan zakat yang meliputi pungutan serta agihan. Pelantikan ini dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
- Asnaf Muallaf
- Muallaf merupakan seorang individu yang baru sahaja memeluk agama Islam atau seseorang yang telah dilembutkan hati untuk memeluk Islam
- Asnaf Riqab
- Riqab adalah seseorang individu yang berada di bawah kuasa ataupun situasi di mana ia menjadi hambatan kepada dirinya sendiri bagi melalui kehidupan yang lebih baik dan aman
- Asnaf Gharimin
- Gharimin merupakan seseorang individu yang telah berhutang bagi memenuhi keperluan – keperluan asas bagi dirinya serta tanggungannya atau individu yang berhutang bagi menyelesaikan masalah masyarakat dan berada di dalam situasi di mana individu tersebut tidak mampu untuk menjelaskan hutangnya, hutang tersebut berada dalam perkara taat serta diharuskan syarak dan juga hutang tersebut telah tamat tempoh untuk dijelaskan
- Asnaf Fisabilillah
- Seseorang individu yang berjuang dan berusaha demi menegakkan dan mempertahankan agama Allah
- Asnaf Ibnu Sabil
- Seseorang individu yang telah kehabisan wang atau perbelanjaan semasa memulakan perjalanan yang boleh mendatangkan manfaat serta keuntungan sesuai dan bertetapan dengan hukum syara’ berdasarkan syarat – syarat berikut iaitu terputus bekalan samada wang atau makanan semasa perjalanan, tidak dapat memanfaatkan serta menggunakan harta bagi meneruskan perjalanan, memerlukan kemudahan serta keperluan asas semasa perjalanan serta ditinggalkan semasa dalam perjalanan
Antara bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada asnaf – asnaf Selangor adalah seperti berikut :
- Asnaf Fakir dan Miskin
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Hari Raya
- Bantuan Keperluan Pendidikan
- Bantuan Pembinaan Rumah Individu
- Bantuan Makanan Bulanan
- Bantuan Sewa Rumah
- Biasiswa Pelajaran
- Bantuan Modal Perniagaan
- Bantuan Baikpulih Rumah
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Yuran Sekolah (Rendah / Menengah)
- Bantuan Pengurusan Jenazah
- Asnaf Muallaf
- Bantuan Hari Raya
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Modal Perniagaan
- Saguhati Galakan Saudara Baru
- Bantuan Perubatan Muallaf
- Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
- Bantuan Perkahwinan
- Bantuan Umum Pelajaran
- Bantuan Pembinaan Rumah Individu
- Bantuan Pembinaan Rumah Berkelompok
- Dermasiswa Muallaf
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Pengurusan Jenazah
- Bantuan Berkhatan
- Bantuan Kursus dan Latihan
-
Asnaf Fisabilillah
- Bantuan Kepada Badan-badan Islam / Persatuan
- Bantuan Membina / Membaikpulih Sekolah Agama
- Dermasiswa Belajar di Luar Negara
- Dermasiswa Huffaz Al-Quran
- Dermasiswa Kecil Pelajar SAMR / T
- Dermasiswa Pelajar Cemerlang
- Program Penerapan Nilai – Nilai Islam
- Bantuan Membina / Membaikpulih Institusi Agama
- Bantuan Membina / Membaikpulih Masjid
- Bantuan Membina / Membaikpulih Surau
- Bantuan Karpet Masjid / Surau
- Bantuan Membina / Membaikpulih Surau Sekolah
- Bantuan Keperluan Sekolah
- Bantuan Peralatan Masjid / Surau
- Bantuan Mangsa Banjir
- Bantuan Pendidikan / Penerbitan
- Bantuan Mangsa Kebakaran
- Bantuan Ribut
-
Asnaf Gharimin
- Hutang Perubatan
- Hutang Rawatan Dialisis
- Hutang Kerana Keperluan Hidup
- Hutang Badan / Persatuan
- Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
-
Asnaf Ibni Sabil
- Bantuan Musafir
- Bantuan Pelajar Luar Negara
- Bantuan Tiket Pergi / Balik