Bot ke Pulau Besar Melaka

Pulau Besar terletak tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka. Lebih kurang 3 batu dari Kota Melaka. It boleh dilihat dengan mata kasar dari Bukit Melaka ataupun Bukit St Paul. Bot akan berlepas dari Jeti Anjung ke Pulau Besar dua kali sehari.  Jeti Anjung terletak di Merlimau ,Melaka tidak jauh , lebih kurang 20 minit kereta dari Bandar Hilir Melaka. Perjalanan ke Pulau Besar dari Jeti Anjung adalah lebih kurang 20-30 minit , bergantung kepada keadaan laut.

Cara ke Pulau Besar

Terdapat dua cara ke Pulau Besar Melaka. Kedua-dua cara adalah dari Jeti Anjung yang terletak di Merlimau. Perjalanan dari Bandar Melaka ke Merlimau adalah lebih kurang 30 mint bergantung kepada situasi trafik. Cara pertama ke Pulau Besar, adalah denga Feri Awam dan cara kedua adalah dengan mengunakan Speedbot swasta.  Waktu perjalanan untuk feri awam adalah agak terhad buat tahun 2023, feri hanya bertolak dari Jeti Anjung pada 8 pagi dan 5 petang. Bot yang balik dari Pulau Besar bertolak pada 8.30 pagi dan 5.30 petang.

Jadual untuk bot persendirian adalah lebih flexible. Anda boleh pergi balik dari Pulau Besar mengikut masa anda.

Parking Jeti

RM5 sebuah kereta ,terdapat banyak parking in Jeti Anjung

Jadual bot feri ke Pulau Besar, Melaka 2023

Dari Jeti Anjung Batu

8.00 am

10.00 am 

5.00pm

 

Dari Pulau Besar, Melaka

8.30 am

10.30am

5.30 pm

 

Harga Tiket Feri

Harga tiket adalah untuk pergi dan balik.

Dewasa RM 15

Kanak-kanak 5-12 RM11

Kanak-Kana 1-4 Percuma

 

SpeetBot Swasta

Antara pilihan lain ke Pulau Besar adalah dengan pengunaan bot persendirian. Untuk pilihan ini anda mempunyai jadual perjalanan yang fleksible di antara 8.00pagi hingga 7.00 petang.  Harga untuk satu bot 8 orang adalah RM120, untuk perjalanan pergi balik.

Harga 

RM 120 untuk perjalanan pergi balik dalam 7petang. Caj lebih untuk bot melebihi jam 7 petang. Maksima adalah 8 orang.

Hubungi pengusaha speedbot

Fitri 019-6869373

Hasnor 011-1953 1013

Sanusi 013-7519500

 

 

Jeti dari Pulau Besar, Melaka

 

 

Hotel Murah di Melaka