Bot Ke Pulau Perhentian

Siapa tidak tertawan dengan kecantikan pantai Pulau Perhentian dengan airnya yang jernih membiru serta kaya dengan hidupan marin. Pulau Perhentian merupakan gugusan pulau yang terletak di Pantai Timur negeri Terengganu. Ia juga salah satu destinasi percutian yang sering dikunjungi pelancong dikunjungi antara bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Pada musim monsun iaitu bulan November hingga Februari, kebanyakan resort dan chalet serta kawasan lain akan ditutup. Pelancong tidak digalakkan untuk berkunjung ke Pulau Perhentian ketika musim ini. Selain memiliki pantai yang indah, hutan hijau nan subur, pulau ini juga mempunyai laluan trekking untuk para penjelajah. Pelancong juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, scuba diving, berenang, berjemur di bawah matahari, berkunjung ke Marine Park dan banyak lagi.

 

Untuk ke Pulau Perhentian, pelancong perlu menaiki bot dari jeti Kuala Besut. Jeti Kuala Besut merupakan terminal jeti yang menyediakan perkhidmatan bot membawa penumpang dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian dan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Kebiasaannya bot akan berlepas sebaik sahaja penumpang mencukupi iaitu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pergerakan dari pulau pula biasanya tiga kali sehari bermula jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari dan jam 4.00 petang. Namun, operator pelancongan boleh mengaturkan perjalanan bot berdasarkan pakej kumpulan yang ditempah oleh pelanggan. Pelancong perlu membuat tempahan bot sendiri dengan operator untuk ke Pulau Perhentian. 

 

Teksi air juga disediakan untuk pelancong yang ingin membuat island hoping, penghantaran ke tempat snorkeling dan sebagainya mengikut pakej percutian yang ditempah pelanggan. Pulau Perhentian mempunyai dua bahagian iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Pelancong boleh memilih salah satu lokasi yang bersesuaian untuk percutian di mana, suasana di Perhentian Kecil lebih sunyi berbanding Perhentian Besar. Walau bagaimana pun, kedua – dua pulau ini bersambung dengan jalan darat. Pulau Perhentian hanya dibuka kepada para pelancong antara bulan April hingga September sahaja dan ditutup pada bulan Oktober hingga Mac kerana hadirnya Monsun Timur yang mengakibatkan hujan lebat, ribut serta perairan akan berombak ketika musim ini.

 

Operator Feri / Bot Yang Popular Di Pulau Perhentian

Terdapat beberapa operator feri/bot popular di Pulau Perhentian iaitu :

  • Said Bonanza
  • Maju Trans
  • Mieha Holiday
  • Seven Seas
  • Perhentian Trans

 

Tempoh Menaiki Bot Untuk ke Pulau Perhentian

Perjalanan bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 1 jam sahaja. Ianya juga bergantung kepada cuaca serta pengendalian bot laju di mana, masa perjalanan menjadi agak pendek kira – kira 30 minit sahaja. Jarak yang tidak terlalu jauh ini sangat sesuai buat individu yang tidak gemar berada di atas bot bagi tempoh yang lama. 

Selain membeli tiket di kaunter, pelancong juga boleh membeli tiket secara dalam talian melalui aplikasi redBus yang lebih mudah. Pembayaran juga boleh dibuat melalui kad kredit, kad debit serta sistem perbankan atas talian. Malah, pelanggan boleh menikmati diskaun sekiranya membeli secara dalam talian. Pelancong mudah membuat perancangan awal bagi perjalanan ke pulau dan memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan bajet.

 

Tips Pemilihan Bot

Sekiranya ingin ke destinasi lain, pelancong perlu membuat tempahan bot laju atau bot katamaran yang lebih kecil dan laju. Walau bagaimana pun, elakkan menaiki bot katamaran ketika laut bergelora dan pilihlah bot berkelajuan tinggi kerana ia berupaya memotong air ombak yang mengakibatkan perjalanan kurang bergelora. Selain itu, duduk di bahagian hadapan dengan dek terbuka di tingkat atas membantu mengharungi ombak tinggi.

 

Beza Feri dan Bot

Pelancong boleh memilih samada menaiki feri atau bot (samada perkhidmatan ekpress atau bot yang lebih perlahan) untuk ke Pulau Perhentian. Kedua – dua kemudahan ini memiliki kelebihan masing – masing. Walau bagaimana pun, tempoh perjalanan juga akan berbeza untuk tiba di Pulau Perhentian. Pelancong perlu memeriksa jeti di mana bot akan bertolak dan berlabuh.

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian

Berikut merupakan harga tiket (2 hala) bot untuk ke Pulau Perhentian bagi dewasa dan kanak – kanak.

 

Dewasa : RM 70.00

Kanak – kanak : RM 40.00