BSH tambahan RM 100 + RM 50 eTunai Rakyat

Berita baik, Kerajaan Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih semua kementerian telah memgumumkan bawah Bayaran Fasa 2 akan diawalkan ke bulan Mac 2020 manakala penerima BSH yang sediakala akan mendapat bayaran tambahan Rm 100 dan RM 50 ke etunai rakyat mereka untuk Fasa kedua.

Bayaran RM 200 akan dibuat pada awal bulan Mac 2020 manakala Baki , tambahan RM 100 dan tambahan RM 50 e-tunai akan dibuat pada Fasa 2 di bulan Mei 2020. Penerima BSH yang belum mengaktifkan ewallet mereka dinasihatkan untuk mengaktifkan sebelum bulan Mei bagi mengurangkan kesesakan pengunaan di bulan MEI

 

Bayaran Fasa Kedua

Mac 2020 ,  RM 200

Mei 2020 , Baki + RM100 tambahan + RM50 e-tunai

 

Cara mengaktifkan E-wallet untuk mendapatkan E-Tunai Rakyat

Pakej Peransang Ekomoni Negara

Sejumlah RM 20 billion akan digunakan oleh Kerajaan Interim  Mahathir Mohamad bagi merangsang ekonomi negara akibat wabak Corvid-19 yang melanda sedunia. Berbagai sektor yang terjejas juga akan mendapat manfaat dari segi bantuan ini. Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, jangkaan tumbuhan produk domestik kasar negara adalar di sekitar 3.2 hingga 4.2 peratus.

Antara Pakej ransangan ekonomi yang lain adalah geran sebanyak rm 1,000 tunuk usahawan tempatan untuk menjual produk dagang, pengurangan kadar caruman KWSP sebanyak empat peratus daripada sebelas peratus hingga ke tujuh peratus.

Pejawat kerajaan dari Kementerian Kesihatan yang berhadapan dengan Corvid-19 akan mendapat elaun RM400 sebulan sehingga wabak ini berakhir. Sementara itu kakitangan imigresen juga akan mendapat RM200 bagi menbendung wabak Corvid-19. Pelancong dalam negeri juga akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM1,000 dan Baucher digital bernilai RM100 seorang untuk penerbangan ataupun hotel berlesen.