Buat Duit Dengan Fingo

Fingo merupakan singkatan Fingers Online yang memberi gambaran bahawa kita boleh membeli belah hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan adanya teknologi yang  semakin berkembang maju. Pada hari ini, rata – rata individu lebih gemar membuat pembelian secara online menggunakan beberapa platform seperti Shopee, Lazada, 11Street, Wish, Qoo10 dan banyak lagi platform yang terdapat di pasaran. Fingo diterajui oleh bekas eksekutif teratas Alibaba yang mewujudkan penggunaan modal yang sah untuk pelaburan e-dagang yang menggunakan sumber komuniti. Fingo juga menyediakan pelbagai jenis barangan yang berkualiti dari kilang – kilang utama yang terdapat di China, Malaysia dan seluruh seluruh dunia. Anda boleh menjadi seorang usahawan bersama Fingo dengan kos yang begitu minima.

 

Kelebihan Fingo

 

  • Memberi peluang perniagaan yang mudah
  • Ia memberi pendapatan pasif kepada yang berminat
  • Peluang pekerjaan yang boleh dibuat di rumah hanya menggunakan telefon pintar dan internet sahaja
  • Membantu meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia dan Asia Tenggara
  • Mengurangkan masalah harga barang yang meningkat dengan kadar inflasi yang tinggi
  • Tidak memerlukan modal yang besar berbanding perniagaan konvensional
  • Dapat membasmi pengangguran di kalangan warga belia serta lepasan universiti
  • Dapat mengelakkan kadar jenayah seperti mencuri, merompak serta rasuah dengan adanya pendapatan sampingan

 

Perbezaan antara Fingo, Shopee dan Lazada

  • Produk yang dijual oleh Fingo adalah dari pemilik kilang sendiri manakala penjual produk Shopee dan Lazada terdiri dari orang perseorangan
  • Fingo memberikan 10% cashback, tetapi Shopee dan Lazada tidak menawarkan sebarang cashback kepada pelanggan

 

Ciri-ciri Produk di Fingo

  • Produk terdiri dari pelbagai barangan keperluan untuk semua
  • Yuran penyertaan yang rendah, murah serta tidak membebankan
  • Tiada sebarang kemahiran teknikal diperlukan
  • Penyertaan terbuka untuk semua di Asia Tenggara  
  • Penjualan berulang yang mudah dan permintaan tinggi
  • Menggunakan internet sepenuhnya

 

Cara Membuat Duit Dengan Fingo

 

Anda hanya perlu menjadi ahli Fingo samada ahli percuma mahupun berbayar. Keahlian Fingo terbahagi kepada dua iaitu shopper dan preferred shopper.

 

  1. Shopper
  • Keahlian shopper adalah percuma. 
  • Boleh membeli belah di e-hypermarket Fingo
  • Terima baucar RM 5.00 setiap kali membuat pembelian kali pertama
  • Tiada sebarang link affiliate disediakan.
  • Tidak layak menerima komisen 10%, 14% atau 15.6% dari pembelian shopper  lain yang diperkenalkan 
  • Tidak layak menerima bonus referral, referral incentive, training fee, training incentive dalam program member get member yang bernilai RM 50.00, RM 100 atau RM 135

 

 

  1. Preferred Shopper

 

  • Keahlian preffered shopper adalah berbayar dengan yuran sebanyak RM 199.00 untuk seumur hidup yang di ‘upgrade’ dari keahlian shopper. 

 

  • Pelanggan boleh membuat pembelian dari kilang dengan harga yang lebih murah dan mendapat 16 keping baucar bernilai RM 204 untuk membeli belah. 
  • Keahlian kategori ini membolehkan pelanggan mempromosikan Fingo kepada rakan – rakan menggunakan link affiliate yang disediakan. 
  • Setiap penyertaan orang ramai menggunakan link affiliate anda akan menghasilkan komisen yang akan dibayar melalui akaun bank yang disediakan. 
  • Setiap pembayaran akan diproses pada hari Selasa mengikut permintaan pelanggan dan caj transaksi akan dikenakan sebanyak 1% oleh pihak bank terhadap setiap pembayaran komisen.
  • 12 jenis barangan boleh dibeli dalam Pek Hadiah iaitu jam wanita & lelaki, set kosmetik, baju korset, set pisau, set kamera kereta, beg travel, set pewangi rumah, mesin tekanan darah dan lain – lain produk yang berkualiti
  • Merupakan usahawan Fingo yang sah dan mendapat fungi lengkap dalam sistem
  • Mendapat pulangan cashback sebanyak 10%, 114% atau 15.6% dari jumlah pembelian, tetapi ia bergantung kepada kedudukan semasa anda
  • Mendapat bonus sebanyak RM 50.00, RM 100.00 atau RM 135.00 bagi program member get member
  • Mendapat harga VIP semasa membeli belah
  • Berpeluang menjana sehingga RM 30,000.00 sebulan

Para pelanggan boleh mendapatkan produk dengan harga kilang iaitu serendah RM 1.00 sahaja. Selain barangan yang dijual lebih murah, anda juga boleh menambah pendapatan dengan mempromosikan link affiliate yang disediakan dan mendapat hasil komisen dari sistem affiliate yang diwujudkan. Affiliate marketing yang disediakan adalah sangat lengkap dengan maklumat serta begitu mesra pengguna. Dengan menjadi ahli preferred shopper Fingo, anda boleh menjana pendapatan secara santai hanya dengan memperkenalkan aplikasi ini kepada orang ramai. Ia sangat menguntungkan keran begitu banyak rangkaian produk di Fingo dijual pada harga yang begitu murah serta memuaskan. Aplikasi Fingo juga boleh dimuat turun ke telefon pintar anda menggunakan Google Playstore dan juga Apple Store.