Campsite Atok Am Sungai Lopo | Hulu Langat

Campsite atok AM. Terletak di Sungai Lopo , Hulu Langat. Tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur. Harga adalah bajet dan berpatutan. Sesuai untuk yang nak reconnect dengan alam! Hutan hijau, air sungai jernih. Sungai Lopo terletak seberang jalan kampung dari Campsite Atok AM , jenis cetek dan jernih, sesuai untuk family camping.

 

Kemsite tidak terlalu besar, oleh itu , tidak disyorkan untuk group yang terlalu besar. Kemudahan semua ok dan dijaga rapi. Tandas semua bersih jenis kampung style. Terdapat juga sinki untuk membasuh pingan mangkuk. Kemsite adalah jenis yang tidak berpagar, Anak CO selalu ronda untuk jaga privasi. Tong sampah disediakan dan sentiasa dijaga oleh pihak CO.Terdapat power plugin , para campers juga boleh mengunakan peti sejuk di dalam rumah CO. Untuk mereka yang tidak memasak, terdapat restoran melayu terletak beberapa minit berjalan dari Campsite Atok Am.   Untuk mereka yang tidak senang , ada anjing dan kucing berkeliaran terutamanya pada waktu malam. Cuma makanan kena simpan baik-baik pada waktu malam. Tapak rata agak terhad di depan campsite , manakala tapak di belakang campsite adalah tidak rata.