Cara Bayar Bil Elektrik Online

Dunia IT hari ini semakin berkembang maju dan mengalami perubahan globalisasi yang begitu aktif sehinggakan banyak transaksi boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu menggunakan kaedah manual lagi. Segala perubahan ini memberi impak positif serta cukup memudahkan pelbagai urusan. Orang ramai tidak perlu berhadapan dengan keadaan yang sesak, tidak perlu keluar dari rumah dan hanya duduk di rumah, pelbagai urusan dapat diselesaikan termasuklah pembayaran segala bil seperti bil elektrik, bil air, bil telefon dan sebagainya.

Bagi pengguna perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembayaran boleh dilakukan secara online sahaja dan tidak perlu lagi ke kaunter pejabat POS untuk membuat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau melalui portal myTNB yang lebih mudah serta menjimatkan masa, wang dan tenaga. Hanya menggunakan telefon pintar dengan kemudahan internet, bil elektrik anda pastinya mudah diselesaikan.

 

Cara Bayar Melalui Aplikasi myTNB

  • Anda perlu memuat turun aplikasi myTNB menggunakan Apple Store atau Google Play Store
  • Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut dan buat pendaftaran akaun buat pertama kali
  • Klik butang Daftar atau Register
  • Masukkan maklumat peribadi dengan lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel, nombor telefon serta kata laluan
  • Sahkan akaun myTNB anda dengan memasukkan nombor PIN empat angka yang dihantar melalui telefon pintar
  • Sekiranya nombor kad pengenalan anda sama dengan nombor kan pengenalan dalam bil elektrik, maka akaun myTNB anda akan terjana secara automatik
  • Anda juga boleh menambahkan akaun bil elektrik dengan memasukkan lebih dari satu akaun
  • Pastikan anda memberi nama yang berbeza pada setiap akaun bagi memudahkan anda membuat pembayaran dan sebagainya
  • Setelah selesai semak semua maklumat yang dimasukkan, tekan butang Confirm
  • Tekan butang Get Started atau butang Mulakan untuk meneruskan langkah seterusnya
  • Semasa proses memasukkan maklumat akaun anda, pilih samada anda Owner atau Renting (berkaitan status pemilikan kediaman)
  • Anda boleh menambah butiran akaun dengan menggunakan kaedah Scan bagi membuat imbasan barkod yang terdapat pada bil elektrik
  • Sebaik sahaja anda Scan menggunakan myTNB, segala maklumat akan dimasukkan secara automatik
  • Anda boleh mula log masuk ke akaun myTNB setelah selesai mendaftar menggunakan emel dan kata laluan yang sah
  • Pilih View Bill bagi paparan bil elektrik terkini seperti yang telah didaftarkan menggunakan kad pengenalan anda
  • Klik butang Pay untuk membuat pembayaran
  • Pilih Add Card sekiranya ingin membuat pembayaran menggunakan kad kredit dan masukkan butiran kad kredit anda
  • Pembayaran juga boleh dibuat menggunakan online banking menggunakan servis FPX yang disediakan
  • Ikuti langkah seterusnya dan tunggu sehingga pengesahan pembayaran dibuat oleh sistem
  • Anda akan menerima satu emel makluman tentang pembayaran yang telah berjaya
  • Simpan slip pembayaan sebagai rujukan

 

Cara Bayar Bil Elektrik Melalui Maybank2u

  • Pastikan anda telah memiliki akaun perbankan internet Maybank2u dan log masuk ke akaun anda menggunakan ID dan kata laluan yang sah
  • Klik butang Pay & Transfer
  • Kemudian, klik pula pada butang Pay
  • Pilih Pay From dan pilih akaun bank anda
  • Pada ruangan Pay To, pilih butang JomPAY
  • Pada ruangan JomPAY, masukkan biller code yang boleh diperolehi dari resit bil elektrik anda
  • Kemudan klik butang Enter
  • Satu pop-out akan dipaparkan bagi membolehkan anda memasukkan maklumat tambahan
  • Pada ruangan Ref-1, masukkan nombor akaun TNB
  • Abaikan ruangan Ref-2
  • Pada ruangan Pay Amount, masukkan jumlah bil elektrik anda dan tandakan pada kotak I hereby agree to the Terms and Conditions
  • Klik butang PAY
  • Klik butang REQUEST TAC bagi mendapatkan nombor TAC untuk meneruskan transaksi
  • Kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda melalui SMS
  • Masukkan kod TAC di ruangan yang disediakan dan tekan butang Confirm untuk mengesahkan pembayaran
  • Pembayaran bil elektrik anda telah selesai dan berjaya

 

Cara Bayar Bil Elektrik Melalui CIMB Clicks

  • Pastikan anda telah memiliki akaun perbankan internet CIMB Clicks dan log masuk ke akaun anda menggunakan ID dan kata laluan yang sah
  • Klik butang Pay & Transfer dan klik butang Pay Bills pada laman berikutnya
  • Pada ruangan To, masukkan Biller Name mengikut nama syarikat, contohnya Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Pada ruangan From, pilih akaun bank anda untuk membuat pembayaran bil
  • Masukkan jumlah bil elektrik yang ingin dibayar pada ruangan Amount dan pastikan nama akaun bil dan nombor akaun adalah betul berdasarkan resit bil
  • Klik butang Make Payment dan pembayaran anda telah selesai dilaksanakan

 

Dengan adanya teknologi, dunia ibarat di hujung jari sahaja. Segala urusan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar dengan jaringan internet yang baik. Tanpa perlu membuang masa, pelbagai urusan dapat diselesaikan dalam tempoh tidak sampai lima minit.