Cara Beli Bitcoin Dengan Luno

Penafian: Ini bukannya nasihat kewangan. Pembelian matawang adalah pelaburan risiko tinggi. Sila membuat penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli apa apa bentuk matawang Crypto.

Bitcoin telah diperkenalkan sejak tahun 2008 oleh Satoshi Nakamoto dan mula memasuki pasaran saham pada tahun 2009. Ia merupakan mata wang digital atau juga dikenali dengan nama cryptocurrency. Bitcoin ini juga merupakan mata wang digital yang digunakan secara meluas di pasaran dunia. Jika sepuluh tahun dahulu harga sebuah bitcoin hanyalah $0.0008, namun kini harganya melonjak kepada $0.08. Bagi anda yang berminat untuk membeli matawang kripto ini, anda boleh membuat pembelian melalui platform Luno yang diakui sah di Malaysia.

Luno merupakan sebuah platform tunggal yang mendapat kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang kripto di Malaysia sejak tahun 2019. Kelulusan yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) memperlihatkan ketelusan Luno dalam menjalankan perniagaan, malah ianya turut menyakinkan orang ramai untuk mendapatkan Bitcoin melalui saluran yang betul serta sah. Luno juga menawarkan kaedah pembayaran yang sangat mudah kerana pembeli boleh membuat bayaran menggunakan perkhidmatan perbankan internet, kad kredit dan juga kad debit. Pengeluaran wang juga boleh dilakukan dengan mudah iaitu, Luno akan mengkreditkan terus ke akaun sekiranya pembeli ingin membuat pengeluaran. Selain Bitcoin, Luno juga menawarkan mata wang kripto lain seperti Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).

 

Cara Mendaftar Akaun Luno

Anda boleh mengunakan link kami ini sini jika anda belum ada akaun

Luno menyediakan aplikasi untuk transaksi pembelian dan penjualan mata wang kripto Bitcoin dan Ethereum serta pertukaran mata wang kepada Ringgit. Sebelum membuka akaun Luno, pastikan anda telah memuat turun aplikasi Luno di telefon bimbit menggunakan sistem pengoperasian yang bersesuaian sama ada Android atau iOS. Cara mendaftar akaun Luno adalah seperti berikut :

 

    • Klik butang daftar Luno di sini
    • Kemudian, tekan butang Get Started dan Sign Up 
  • Dalam aplikasi Luno, klik butang Profile kemudian tekan butang Sign In
  • Tekan butang Sign Up untuk mula mendaftar
  • Masukkan alamat emel beserta kata laluan dan klik butang Sign Up
  • Anda akan menerima satu pautan yang dihantar melalui emel bagi tujuan pengesahan akaun
  • Setelah berjaya mengesahkan akaun, anda perlu menetapkan nombor PIN, nombor telefon serta masukkan 4 digit kod yang diberikan
  • Lengkapkan Profile (nama penuh dan nombor kad pengenalan) anda setelah selesai membuat pendaftaran bagi membolehkan anda membuat transaksi jual beli mata wang kripto melalui Luno

 

Cara Membuat Pembelian Bitcoin Melalui Luno

Anda boleh membuat pembelian wang kripto dengan mudah melalui Luno iaitu seperti berikut :

  • Buka aplikasi Luno dan klik pada Wallets
  • Tekan butang Buy dan pilih BTC (Bitcoin)
  • Kemudian, pilih cara untuk membuat bayaran
  • Pilih MYR Wallet dan pastikan anda telah membuat pengisian kredit ke wallet terlebih dahulu menggunakan transaksi Bank Transfer atau FPX Instant Transfer
  • Kemudian, masukkan jumlah BTC yang ingin dibeli
  • Pada bahagian Frequency, biarkan sahaja Once Off
  • Kemudian, klik butang Next dan skrin akan memaparkan jumlah BTC yang akan anda terima mengikut harga semasa dengan jumlah yang anda beli
  • Klik butang Confirm jika pasti untuk meneruskan pembelian
  • Masukkan nombor PIN anda dengan betul dan anda telah berjaya membuat pembelian Bitcoin melalui Luno
  • Mata wang Bitcoin anda disimpan dalam wallet anda

 

Kini, anda boleh membeli mata wang kripto Bitcoin dengan begitu sekali. Malah, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memilikinya. Anda juga boleh menjual semula pada bila – bila masa sahaja dan mendapat keuntungan yang akan dikreditkan terus ke akaun bank anda.