Cara beli Dogecoin
Penafian: Ini bukannya nasihat kewangan. Pembelian matawang adalah pelaburan risiko tinggi. Sila membuat penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli apa apa bentuk matawang Crypto.
Apa itu Dogecoin?
Matawang Doge adalah berasaskan anjing Shiba Inu. Crypto “MEMECOIN” ini dibuat sebagai gurauan oleh Software engineer Billy Markus dan Jackson Palmet tetapi telah menjadi satu crypto yang amat popular di komuniti cryptocurrency. Dogecoin adalah altcoin ataupun S**tcoin , penguna perlu membuat penilaian mereka sendiri kerana walaupun coin ini mampu memberikan pulangan yang tinggi, namum ia juga mempunyai pergerakan harga yang amat tinggi dan anda boleh hilang 50% dari harga pembelian anda. Kod Dogecoin adalah berasaskan Litecoin dengan sedikit perbezaan. Tidak dapat dinafikan yang ramai telah menjadi jutawan dengan Crypto Doge ini. Dogecoin pernah di disahkan oleh Elon Musk (orang terkaya di dunia) , Snoop Dogg dan Gene Simmons. Pada bulan Januari, Koin ini juga menjadi “short squeeze” ,di forum reddit yang juga membuat short squeeze terdahap saham saham seperti GME. Pada bulan Mac 2021, Elon Musk “Dogefather” telah menghantar Misi angkasa pertama ke bulan yang didibiayai penuh dengan matawang Dogecoin. Pada masa artikel ini di terbitkan, Dogecoin mempunyai trading volumne sebanyak AS $70 billion menjadikannya krypto kelima terbesar di dunia. Buat masa ini, terdapat 129.6 billion DOGE di dalam pasaran matawang krypto. Jumlah supply untuk matawang ini adalah tidak terhad , bermakna ia boleh terjejas dengan inflasi dengan lebih banyak coin
Cara termudah membeli Doge di Malaysia
Buat masa ini , kebanyakkan exchange besar di dunia sudah ada menjual Dogecoin
Anda boleh membeli dengan pengunaan kad kredit, P2P dengan Binance. Matawang yang ditawarkan adalah DOGE/USDT, DOGE/BUSD. Pembelian dengan Binance adalah yang paling selamat kerana ia adalah exchange terbesar di dunia
Huobi adalah exchange kedua terbesar dunia. Kalau mengikut logik, platform ini adalah kedua selamat untuk membeli Dogecoin.
Mining DogeCoin
Mining Dogecoin adalah berbeza dengan Bitcoin kerana perbezaan teknologi. Matawang Dogecoin boleh dimine dengan pengunaan teknologi Scrypt adalah sama dengan mining teknologi Litecoin. 1 block time adalah 1 minit dan ganjaran untuk setiap block adalah 10,000. Mining boleh dibuat dengan mana mana CPU , CPU ataupun Scrypt ASIC miner. Software yang boleh digunakan adalah seperti CudaMiner, CGminer ataupun EasyMiner.