Cara Beli Emas Public Gold

Public Gold merupakan salah satu syarikat emas fizikal terbesar di Malaysia sejak tahun 2008. Syarikat ini juga antara syarat terkemuka dan popular yang menawarkan penjualan serta pembelian emas dan perak fizikal yang boleh dilaburkan secara online mahupun offline. Ia juga merupakan syarikat emas pertama di dunia yang patuh syariah dan dipantau oleh panel syariah iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd serta dilindungi skim insurans Lonpac. Public Gold juga menjalin kerjasama dengan beberapa agensi lain seperti Koperasi Dagang Emas, Pos Malaysia dan Pos Ar Rahnu. Emas yang dipasarkan Public Gold mempunyai tanda LBMA (London Bullion Market Association) yang juga terkecuali dari cukai GST serta patuh syariah. LBMA merupakan sebuah organisasi professional atau pusat perdagangan emas fizikal dunia yang menyelia pasaran emas dan perak di London, England yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

 

Public Gold menawarkan gold bar atau jongkong emas 999.9 iaitu emas 24K atau juga dikenali sebagai logam Au dengan kandungan 99.99% yang diiktiraf dunia LBMA atau non LBMA. Anda boleh membuat pembelian jongkong emas atau emas GAP dengan mudah iaitu menggunakan medium berikut :

 

  1. Pembelian Emas Secara Runcit
  • Anda boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar di cawangan Public Gold yang berhampiran untuk simpanan sendiri. 
  • Terdapat dua kaedah pembayaran bagi memiliki gold bar ini, iaitu bayaran penuh atau secara ansuran menggunakan kaedah EPP (Syariah Easy Payment Purchase).
  • Cara membuat pembelian adalah secara online iaitu seperti berikut :
  1. Layari laman web Public Gold di https://www.publicgold.com.my
  2. Log masuk menggunakan Kod PG dan kata laluan yang betul
  3. Klik Order > Purchase dan pilih gold bar yang diingini
  4. Kemudian, klik Add To Cart
  5. Seterusnya klik pada Cart dan pilih cawangan Public Gold yang berhampiran untuk mengambil gold bar tersebut
  6. Pilih kaedah bayaran samada Full Payment atau bayaran secara ansuran menggunakan kaedah Syariah Easy Payment Purchase
  7. Klik butang Submit
  8. Setelah berjaya membuat bayaran, hubungi staff cawangan Public Gold yang berhampiran untuk mengambil emas yang telah dibeli

 

  1. Pembelian Emas Program GAP
  • Anda boleh mengumpul emas melalui Program Emas GAP (Gold Accumulation Program) dengan modal minima sebanyak RM 100 sahaja. 
  • Program Emas GAP membolehkan anda mengumpul emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dan ianya boleh dijual semula secara online, dipajak atau dikeluarkan dalam bentuk jongkong emas atau emas dinar fizikal di cawangan Public Gold.
  • Cara membuat pembelian adalah secara online iaitu seperti berikut :
  1. Layari laman web Public Gold di https://www.publicgold.com.my
  2. Log masuk menggunakan Kod PG dan kata laluan yang betul
  3. Klik My GAP dan klik Go To New Site
  4. Klik Buy GAP Now dan pilih Pay Online FPX bagi memudahkan pembelian emas anda kerana ianya disambungkan terus ke perbankan online

 

  • Pembelian Emas di Cawangan Public Gold Berhampiran
  • Anda boleh membuat pembelian terus di cawangan Public Gold yang berhampiran
  • Terdapat sebanyak 19 buah cawangan Public Gold di Malaysia, Singapura dan Indonesia

 

  • Pembelian Emas Sendiri Secara Online
  • Anda boleh membeli sendiri emas secara online dan kemudian terus menjadi ahli Public Gold
  • Pembelian mestilah dibuat dalam tempoh 24 jam dengan mendaftar Customer Registration With PG Code
  • Anda akan mendapat kod PG sebaik sahaja mendaftar dan boleh membuat pembelian emas GAP dengan kadar minima RM 100 atau membuat pembelian runcit gold bar 1 gram