Cara Beli Internet Celcom
Alat telekomunikasi sememangnya menjadi keperluan harian pada masa kini. Malah, pelajar sekolah juga memerlukan telefon pintar yang dilengkapi dengan rangkaian internet bagi memudahkan mengikuti kelas pembelajaran Sudah pasti syarikat – syarikat pengelola rangkaian menawarkan bermacam pakej internet untuk kemudahan ramai dan pastinya Celcom antara syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Celcom menawarkan begitu banyak kemudahan dan tarikan. Oleh sebab itu, Celcom menjadi pilihan ramai. Bagi yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan Celcom pastinya tiada masalah untuk membuat tambah nilai kredit internet. Namun, bagi yang baru sahaja melanggan perkhidmatan Celcom, pastinya kurang mahir untuk membuat tambah nilai kredit internet. Mari kita lihat cara untuk menambah nilai kredit internet dengan mudah.
Sebelum membuat pembelian internet Celcom, pastikan baki kredit anda mencukupi. Sekiranya baki tidak mencukupi, anda boleh membuat tambah nilai kredit terlebih dahulu. Cara menambah nilai kredit Celcom seterusnya membuat pembelian internet adalah seperti di bawah.
Jangan lupa beli top up murah Celcom
Cara Tambah Nilai Kredit Celcom
- Tekan kod *122* nombor tambah nilai #
- Kemudian tekan butang Call
- Anda akan menerima mesej pengesahan setelah tambah nilai berjaya dilakukan dan jumlah kredit terkini
Beli Internet Celcom Menggunakan Kaedah Dail
- Dail kod *118# dan pilih pelan internet
- Pilih langganan samada secara bulanan, mingguan ataupun harian
- Tekan butang YES / OK
- Tunggu mesej pengesahan dari celcom untuk pakej internet / kuota internet yang dilanggan
Pelan Data Prepaid Celcom
- Pelan Harian : RM3 (2GB), RM5 (4GB)
- Pelan Mingguan : RM6 (500MB), RM10 (2GB), RM19 (5GB)
- Pelan Bulanan : RM30 (5GB), RM50 (10GB) dan RM79 (15GB)
Data internet Celcom juga boleh dibeli melalui kaunter Celcom yang berhampiran anda.