Cara Beli Kad Touch n Go

Kad Touch ‘n Go kini telah dinaik taraf menggunakan teknologi baru iaitu teknologi NFC yang membolehkan tambah nilai kredit dilakukan pada bila – bila masa dan di mana sahaja, tanpa melibatkan penggunaan wang tunai serta dilakukan secara dalam talian. Kad Touch ‘n Go yang dilengkapi NFC atau Near Field Communication ini membolehkan tambah nilai dibuat melalui Touch ‘n Go eWallet berbanding kad keluaran lama yang tidak memiliki ciri ini. Kad ini yang berharga RM 10.00 sahaja boleh digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang, semua lebuhraya tol dan kawasan parkir terpilih. 

Cara Pembelian

  1. I) Pembelian Di Kedai Fizikal
  • Kad TNG (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) boleh dibeli di kedai atau stesen minyak yang terpilih sahaja
  • Semak senarai lokasi pembelian di sini https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/
  • Pastikan telefon bimbit anda memiliki ciri Near Field Communication (NFC) yang membolehkan penambahan nilai kad melalui Touch ‘n Go ewallet
  1. II) Pembelian Secara Online 
  • Pembelian juga boleh dibuat secara online iaitu melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas)
  • Pesanan akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa membuat pembelian
  • Langkah membuat pembelian adalah seperti berikut :
  1. Klik ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi
  2. Klik Order Touch ‘n Go Card /  Check Status di bahagian bawah skrin, dan anda akan dibawa ke halaman pembelian kad
  3. Klik ikon Order Now
  4. Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy Now
  5. Masukkan maklumat penghantaran dan buat bayaran
  6. Kos penghantaran adalah seperti yang dipaparkan dalam aplikasi dan terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja

Kad Touch ‘n Go NFC perlu di link kan dengan eWallet TNG untuk menikmati keistimewaan penuh kad. Setiap akaun TNG eWallet perlu disahkan eKYC terlebih dahulu. Pengguna perlu menggunakan telefon bimbit yang sesuai dengan ciri NFC serta mempunyai OS minima sama ada iOS 13 dan Android 4.4 serta telah dikemas kini dalam telefon bimbit bagi memastikan eWallet TNG berfungsi. Pengguna juga perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet sekurang – kurangnya versi 1.7.72 dan ke atas bagi menikmati semua ciri tambahan yang terdapat pada TNG yang telah dinaik taraf.

Bagi pengguna iPhone, kad perlu diimbas di bahagian atas belakang bersebelahan kamera, manakala pengguna telefon Android dan jenama lain, kad perlu diimbas di bahagian tengah belakang telefon. Imbasan ini juga bergantung kepada jenis telefon bimbit dan sebaiknya semak dengan pengeluar telefon bimbit lokasi sebenar pembaca NFC.

Jika telefon pengguna tidak mempunyai ciri NFC, penambahan tambah nilai melalui eWallet tidak dapat dilakukan. Walau bagaimana pun, pengguna masih boleh menggunakan kad TNG seperti biasa dan membuat tambah nilai seperti biasa menggunakan pembaca kad TNG fizikal.

Maklumat Lanjut

Hubungi pihak Touch n Go di portal https://customerservice.touchngo.com.my/eservices/ atau layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.