Cara Beli Kad Touch ‘n Go
Kad Touch ‘n Go, ataupun Kad TNG adalah kad pintar yang memudahkan pengguna kenderaan sama ada kenderaan persendirian atau pengangkutan awam untuk membayar tol, tempat letak kenderaan, dan tambang bagi pengangkutan awam. Bukan itu sahaja, Kad TNG juga boleh digunakan di kedai-kedai tertentu yang menerima cara pembayaran melalui kad tersebut. Kad TNG yang kini telah dinaiktaraf dengan teknologi Near Field Communication, (NFC) untuk memudahkan pembayaran dan penggunaannya secara lebih pantas.
Pembelian Kad Touch ‘n Go
- Aplikasi Touch ‘n Go
Anda boleh membeli kad TNG dengan mudah melalui aplikasi Touch ‘n Go. Muat turun aplikasi tersebut di telefon pintar anda dan pastikan aplikasi telah dikemas kini ke versi 1.7.72 dan ke atas.
- Daftar atau log masuk ke akaun anda.
- Pergi ke halaman utama dan tekan pada ikon TNG Card.Seterusnya, pergi ke bahagian bawah skrin dan tekan pada butang Order Touch ‘n Go Card/Check status. Anda akan dihubungkan ke paparan pembelian kad.
- Kemudian, klik butang Order Now.
- Pilih kuantiti kad dan tekan Buy Now.
- Isikan maklumat penghantaran dan selesaikan transaksi pembayaran anda. RM10 akan dikenakan bagi setiap kad yang dipesan.
Setelah pesanan anda selesai, anda hanya perlu menunggu pesanan anda sampai dirumah. Kad tersebut akan dihantar ke alamat yang anda masukkan sewaktu membuat pesanan.
- Lazada
Selain aplikasi Touch ‘n Go, pembelian kad TNG juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi Lazada.
- Daftar atau log masuk ke akaun anda.
- Pergi ke halaman LazMall.
- Cari “’Enhanced Touch ‘n Go Card” di bahagian carian produk.
- Tekan pada butang Buy Now.
- Teruskan pembelian anda seperti biasa
Selepas anda selesai membuat pembelian, anda hanya perlu menunggu pesanan anda sampai ke alamat yang anda masukkan sewaktu membuat pembelian.
- Stesen Minyak
Majoriti stesen minyak utama di Malaysia memiliki kaunter untuk membeli kad Touch ‘n Go. Setakat ini, terdapat lebih kurang 360 stesen minyak di seluruh negara yang tersenarai dalam menyediakan penjualan kad ini. Anda boleh menyemak senarai stesen minyak dipautan ini Pembelian kad TNG.
Caranya juga mudah. Anda hanya perlu pergi ke kaunter dan beritahu kakitangan stesen minyak bahawa anda ingin membeli kad TNG. Sekiranya ada, mereka akan membantu anda dengan proses pembelian.
- Premis Touch ‘n Go
Anda juga boleh mendapatkan kad TNG di mana-mana premis Touch ‘n Go yang selalunya berada di kawasan strategik di Malaysia seperti NU Sentral dan Wisma TNG di Avenue 5, Bangsar South.
Pejabat Touch ‘n Go juga menawarkan perkhidmatan jualan kad ini. Pejabat ini biasanya terdapat di pusat membeli-belah, terminal pengangkutan awam, dan pusat bandar utama. Sekiranya anda memerlukan pemahaman terperinci mengenai penggunaan kad TNG, anda juga boleh bertanya secara langsung dengan kakitangan di situ.
Walaupun stok kad Touch ‘n Go adalah terhad, pembelian kad ini amatlah mudah. Penggunaan kad TNG menyediakan keselesaan, kecepatan, dan keselamatan dalam pembayaran dan penggunaan dalam pelbagai situasi harian. Jika anda masih belum mempunyai kad ini, anda boleh merujuk kaedah-kaedah di atas untuk mendapatkannya.