Cara beli Ripple (XRP) Malaysia

Penafian: Ini bukannya nasihat kewangan. Pembelian matawang adalah pelaburan risiko tinggi. Sila membuat penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli apa apa bentuk matawang Crypto.

Apa itu Ripple (XRP) ?

Ripple merupakan matawang cyrpto stable coin dengan harga yang terendah pada bulan 2021.  Harga matawang Ripple adalah amat rendah berbanding stable koin lain kerana masalah yang dihadapi oleh Ripple dengan Suruhanjaya Securiti di Amerika Syarikat. Ripple banyak digunakan untuk transaksi matawang crypto kerena GAS fees ( Harga untuk menghantar crypto) yang murah berbanding dengan ETH ataupun Bitcoin dan masa penghantaran adalah amat cepat. XRP adalah “centralized system” , dimana kesemua matawang ini dicipta dan dimiliki oleh Syarikat Ripple dan kemudiannya dijual kepada umum. Oleh itu konsep ini agak berlainan dengan Crypto lain dimana penjanaan matawang tidak dimiliki mana mana pihak dan adalah secara awam.  Bekalan Ripple adalah terhad di mana hanya 100 billon matawang Ripple di janakan untuk umum. Sedikit Ripple akan di musnahkan apabila ia digunakan dalam transaksi menjadikan matawang ini kalis inflasi. Oleh kerana semua bekalan Ripple dimiliki oleh syarikat persendirian, ia menjadi kontroversi di mana Syarikat Ripple pernah disaman pada 2018. Matawang ini tidak boleh dimine kerana semua bekalan crypto ini dimiliki persendirian dan hanya boleh dibeli secara umum.

 

Cara termudah membeli Ripple

Buat masa ini , pembelian Ripple di Malaysia adalah amat mudah.  XRP boleh dibeli di mana mana exchange ,kecuali berberapa exchange yang besar yang sudah tidak mengunakan Ripple

Luno(Daftar)

Luno adalah salah satu  crypto exchange yang dibenarkan beoperasi di Malaysia. Luno mempunyai lesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Oleh itu harga pembelian di Luno adalah agak tinggi. Setiap transaksi mempunyai charge 2%. Anda hanya perlu bank in duit ke dalam akaun trust Luno, kemudian boleh membeli matawang Ripple.

 

Ripple(Daftar)

Ripple juga boleh dibeli dengan Binance. Penguna boleh mengunakan Kad Kredit ataupun P2P untuk membeli Ripple

 

Houbi(Daftar)

Houbi merupakan exchange kedua terbesar di dunia. Penguna boleh mengunakan P2P untuk membeli matawang di Houbi.