Cara Buat Link Whatsapp

WhatsApp merupakan aplikasi yang begitu popular di masa kini. Ia memerlukan talian internet untuk menggunakannya dan pengguna tidak perlu lagi menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS yang berbayar. Aplikasi ini membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, fail, gambar serta boleh membuat panggilan suara mahupun video. Penggunaan WhatsApp bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ia juga turut dijadikan sebagai salah satu medium bagi seseorang pengguna melebarkan sayap perniagaan dengan lebih mudah kerana rata – rata pengguna telefon bimbit menggunakan aplikasi ini. Oleh itu, jika anda perasan, di media sosial hari ini anda akan dapat melihat iklan – iklan produk yang memaparkan link WhatsApp yang lebih mudah digunakan untuk menghubungi pemilik produk dengan hanya klik pada link WhatsApp tersebut.

 

Dengan adanya link WhatsApp, pelanggan tidak perlu lagi menyimpan nombor telefon pemilik produk sebelum boleh menghantar WhatsApp. Cukup sekadar klik pada link WhatsApp yang tertera pada iklan dan pelanggan boleh terus menghantar mesej melalui WhatsApp. Namun, mungkin terdapat segelintir pengguna sahaja yang telah menggunakan link WhatsApp, namun masih ada yang belum mengetahui cara untuk membuat link WhatsApp tersebut. Artikel kali ini akan menjelaskan cara – cara untuk membuat link WhatsApp dengan mudah. Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencipta link WhatsApp menggunakan beberapa jenis WhatsApp Link Generator seperti di bawah.

 

API

    • Anda boleh membuat link WhatsApp secara terus menggunakan kod API

 

  • Buka internet browser sama ada Google Chrome, Internet Explorer atau Mozilla Firefox
  • Perlu masukkan kod negara iaitu nombor 6 di awalan nombor telefon, sekiranya tidak memasukkan kod negara, link WhatsApp tidak akan dapat dicipta
  • Copy link yang terhasil dan kongsikan dengan pelanggan anda di media sosial dan sebagainya

 

 

WAPP

  • Layari laman web https://wapp.my
  • Masukkan nombor telefon anda di kotak yang disediakan
  • Pastikan anda memasukkan nombor kod negara iaitu nombor 6, diikuti nombor telefon anda. Contoh : 60123456789
  • Masukkan mesej iklan produk anda atau sebagainya. Contoh : Bomboloni.
  • Kemudian tekan butang Submit. Contoh link yang terhasil adalah seperti berikut : https://wapp.my/60123456789/Bomboloni

 

  • Copy link yang terhasil dan kongsikan dengan pelanggan anda di media sosial dan sebagainya

CALL TO ACTION (CTA)

  • CTA digunakan untuk memberitahu prospek tindakan susulan yang perlu dibuat.

 

WASAP.MY

 

  • Taip https://www.wasap.my di internet browser
  • Tambahkan nombor telefon anda dengan awalan nombor 6 sebagai kod negara
  • Contoh : https:www.wasap/012356789
  • Sekiranya ingin meletakkan mesej yang berkaitan produk / servis, boleh masukkan mesej tersebut selepas nombor telefon
  • Contoh : https:www.wasap/012356789/nakbelijamu
  • Copy link yang terhasil dan kongsikan dengan pelanggan anda di media sosial dan sebagainya

 

WASSAP.ME

  • Taip wassap.me di internet browser
  • Klik butang MULA SEKARANG.PERCUMA!
  • Di kotak Keyword Pertama, taip keyword yang anda ingin pelanggan hubungi anda. Kemudian, tekan butang Next
  • Masukkan maklumat nombor telefon dan mesej yang sesuai. Tekan butang Next
  • Sistem akan mencipta URL anda
  • Contoh URL : https://wassap.me/nakbelijamu
  • Klik butang FINISH
  • Link WhatsApp yang dicipta menggunakan sistem wassap.me ini tidak akan memaparkan nombor telefon bimbit anda kepada umum
  • Copy link yang terhasil dan kongsikan dengan pelanggan anda di media sosial dan sebagainya

 

Kelebihan Menggunakan Link WhatsApp

 

  • Nombor telefon pelanggan tidak perlu disimpan oleh penjual sebelum menghubungi mereka

  • Pelanggan dapat menghubungi penjual dengan lebih cepat dan mudah

  • Link WhatsApp