Cara Buat Passport

Passport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Ia merupakan satu dokumen yang sah untuk warganegara Malaysia bagi membolehkan membuat perjalanan ke luar negara. Ia perlu dijaga dan disimpan dengan elok serta rapi dan tidak boleh ditinggalkan sembarangan bagi mengelakkan ia disalah gunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebelum membuat permohonan passport, anda perlu mengetahui terlebih dahulu syarat – syarat yang ditetapkan serta dokumen yang diperlukan untuk membuat passport.

 

Syarat – syarat dan dokumen yang diperlukan berdasarkan jenis permohonan adalah seperti berikut :

 

  1. A) KATEGORI BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS

 

1) Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (Sekiranya lahir di Malaysia)

  • MyKad pemohon
  • Sekiranya tiada MyKad, kad pengenalan sementara pemohon diperlukan (JPN.KPPK 09)

 

2) Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (Sekiranya lahir di luar negara)

  • MyKad Pemohon
  • Borang W / Sijil Kelahiran / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
  • Dokumen perjalanan / passport yang digunakan semasa balik ke negara Malaysia

 

3) Pemohon yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang memohon kali pertama di pejabat 

    Imigresen Semenanjung Malaysia

  • MyKad dan Sijil Kelahiran pemohon
  • Bagi pemohon Sabah, MyKad pemohon mestilah bertanda ‘H’ dan ‘K’ bagi pemohon Sarawak
  • Sekiranya tidak mempunyai tanda tersebut, perlu diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara
  • Sekiranya tiada MyKad, kad pengenalan sementara serta Sijil Kelahiran pemohon diperlukan (JPN.KPPK 09 dan 11)

 

4) Pemohon terdiri dari Pegawai dan Anggota Tentera

  • Kad pengenalan tentera / My Tentera

 

5) Pemohon terdiri dari Pegawai dan Anggota Polis

  • Kad pengenalan Polis dan Sijil Kelahiran

 

  1. B) KATEGORI BERUMUR BAWAH 18 TAHUN

 

1) Pemohon berumur bawah 18 tahun (Lahir di Malaysia)

  • MyKad atau MyKid pemohon
  • Sijil Kelahiran
  • MyKad ibu / bapa ( Ibu / bapa perlu hadir bersama)

 

2) Pemohon berumur bawah 18 tahun (Lahir di luar negara)

  • MyKad / MyKad pemohon
  • Borang W / Sijil Kelahiran / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
  • Dokumen perjalanan / passport yang digunakan semasa balik ke negara Malaysia
  • MyKad ibu / bapa ( Ibu / bapa perlu hadir bersama)

 

3) Pemohon yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang memohon kali pertama di pejabat 

    Imigresen Semenanjung Malaysia (18 tahun dan ke bawah)

  • MyKad dan Sijil Kelahiran pemohon
  • Bagi pemohon Sabah, MyKad pemohon mestilah bertanda ‘H’ dan ‘K’ bagi pemohon Sarawak
  • Sekiranya tidak mempunyai tanda tersebut, perlu diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara
  • Sekiranya tiada MyKad, kad pengenalan sementara serta Sijil Kelahiran pemohon diperlukan (JPN.KPPK 09 dan 11)
  • Borang W / Sijil Kelahiran / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)

 

4) Pemohon yang telah kematian ibu atau bapa

  • MyKad / MyKid pemohon
  • Sijil Kelahiran pemohon
  • Sijil kematian ibu / bapa
  • Surat akuan sumpah hak penjagaan oleh penjaga yang sah
  • MyKad penjaga yang sah atau passport penjaga yang sah sekiranya bukan warganegara
  • Sijil Kelahiran penjaga yang sah (jika perlu)

 

5) Pemohon sekiranya ibu dan bapa telah bercerai

  • MyKad / MyKid pemohon
  • Sijil Kelahiran pemohon
  • Surat perintah mahkamah hak penjagaan anak
  • MyKad ibu / bapa yang diberikan hak penjagaan yang sah / passport penjaga yang sah sekiranya bukan warganegara

 

6) Pemohon merupakan anak angkat

  • MyKad / MyKid pemohon
  • Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara 
  • MyKad ibu / bapa angkat / passport penjaga yang sah sekiranya bukan warganegara

 

7) Pemohon telah berkahwin

  • MyKad pemohon
  • Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

 

Cara membuat permohonan passport Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Pemohon perlu hadir sendiri atau bersama ibu / bapa sekiranya berumur bawah 18 tahun di mana – mana cawangan pejabat Imigresen atau pejabat perwakilan Malaysia sekiranya berada di luar negara
  2. Permohonan boleh dilakukan di kaunter pejabat Imigresen Malaysia atau Pejabat Atase yang berada di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan dibuat melalui pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
  3. Kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar berukuran passport mengikut spesifikasi yang ditetapkan
  4. Pemohon adalah disarankan memakai pakaian gelap yang menutupi bahagian bahu dan juga dada
  5. Pemohon yang bertudung juga disarankan memakai tudung berwarna gelap
  6. Sebarang pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
  7. Semasa mengambil gambar passport, pastikan mata terbuka dan mulu tertutup
  8. Rambut mestilah tidak menutupi wajah dan bagi yang bertudung, ia mestilah tidak menutupi dahi
  9. Pemakaian topi semasa mengambil gambar passport adalah tidak dibenarkan
  10. Gambar passport kanak – kanak berumur bawah 4 tahun mestilah  bersaiz 35mm x 50 mm berlatar belakang putih tanpa bayang

 

Terdapat 6 kategori harga passport Malaysia berdasarkan kriteria berikut, iaitu:

  1. Pemohon biasa (berumur 13 hingga 59 tahun) – RM200
  2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas – RM100
  3. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah) – RM100
  4. Pelajar yang akan / sedang mengikut program ijazah di luar negara (berumur 21 tahun ke bawah mestilah membawa surat tawaran pengajian di IPT luar negara, resit bayaran yuran pendaftaran dan kad matrik pelajar sekiranya sedang belajar) – RM100
  5. Jemaah Haji (mestilah membawa surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik ) – RM100
  6. Orang Kelainan Upaya (kad pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dikemukakan sebagai bukti) – Percuma

 

Pembayaran passport boleh dibuat secara tunai, kad kredit, wang pos atau bank deraf yang dipalang atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia / Pengarah Imigresen Negeri. Bagi perwakilan pelajar di luar negara, pembayaran boleh dibuat atas nama Kedutaan Besar Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia atau Penolong Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Setiap passport mempunyai tempoh sah laku sehingga 5 tahun berbanding sebelum ini yang hanya mempunyai tempoh antara 2 hingga 5 tahun sahaja.