CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA
Penularan virus Covid-19 semenjak hujung tahun 2019 telah mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia sehingga hari ini. Masyarakat perlu membiasakan diri dengan kehidupan norma baru yang ternyata berbeza daripada sebelum ini. Bagi memudahkan pihak kerajaan membuat pengesanan kontak rapat sekiranya terdapat kes jangkitan di sesuatu tempat, sebuah aplikasi iaitu MySejahtera telah dibangunkan. Setiap premis, rumah, bangunan, masjid, pasar dan pelbagai lokasi lain perlu memaparkan kod QR MySejahtera untuk diimbas oleh para pelawat yang datang.
Bagi yang belum mengetahui cara untuk membuat QR Code MySejahtera, anda boleh merujuk panduan seperti di bawah :
-
- Layari laman web MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
- Masukkan nombor telefon bimbit dan tandakan pada ruangan ‘I’m not a robot
- Klik butang Register dan anda akan menerima kod OTP melalui SMS
- Masukkan kod OTP dan tekan butang Submit
- Kemudian, lengkapkan borang yang dipaparkan dan tekan Submit
- Selesai. Kod QR anda telah berjaya dijana dan boleh dicetak atau simpan dalam telefon bimbit untuk pengguna mengimbas kod QR di premis/rumah anda
Dengan adanya aplikasi MySejahtera, pelawat tidak perlu menulis nama di dalam buku yang disediakan. Penggunaan aplikasi ini memudahkan pengesanan kontak rapat dengan lebih mudah dan pantas.