Cara Buka Sekatan Whatsapp

Penggunaan aplikasi Whatsapp telah menjadi pilihan ramai dan ianya antara medium komunikasi paling popular untuk berhubung antara satu sama lain. Malah, ramai juga menggunakannya sebagai medium pengiklanan yang lebih mudah dan pantas untuk disebarkan. Namun, tanpa diduga, aplikasi ini juga berkemungkinan disekat oleh pihak pengurusan Whatsapp sekiranya terdapat laporan spam oleh pengguna lain terhadap nombor Whatsapp anda. 

Sekiranya nombor anda disekat oleh Whatsapp, anda akan menerima mesej berikut dari WhatsApp:

 

“Your phone number is banned from using WhatsApp. Contact support for help.”

 

Sekiranya ini berlaku, berkemungkinan anda telah melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh Whatsapp. Pengurusan Whatsapp akan menyekat nombor Whatsapp dengan dua cara iaitu sekatan sementara dan sekatan kekal. Bagi sekatan sementara, kebiasaannya pihak Whatsapp menyekat dalam tempoh 8 hingga 24 jam sahaja. Namun, sekiranya pihak Whatsapp mengenakan sekatan kekal, agak sukar untuk anda menggunakan aplikasi Whatsapp menggunakan nombor sedia ada.

 

Cara Membuka Semula Sekatan Whatsapp

  • Hantar e-mel ke support@whatsapp.com menggunakan ID e-mel rasmi anda
  • Tulis mesej anda, terangkan masalah yang dihadapi dan minta pihak Whatsapp membuka sekatan tersebut
  • Anda akan mendapat maklum balas automatik yang mengatakan bahawa mereka melihat perkara yang sama
  • Dalam tempoh 8 hingga 24 jam, anda akan mendapat respons dan nombor WhatsApp anda akan diaktifkan semula serta tiada sekatan lagi
  • Walau bagaimana pun, sekiranya nombor anda menghadapi sekatan sebanyak 2 hingga 3 kali, berkemungkinan nombor anda akan disekat secara kekal
  • Sekiranya ini berlaku, pihak Whatsapp tidak akan menjawab serta melayani pertanyaan e-mel anda

 

Pastikan anda mengenali penerima mesej dan tidak melakukan mesej spam ke nombor yang tidak dikenali. Anda juga tidak dibenarkan menghantar mesej yang mengandungi virus atau aplikasi yang boleh merosakkan perisian telefon pintar penerima. Anda juga seharusnya membaca terma dan syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan nombor anda disekat lagi oleh pihak Whatsapp. Sekiranya anda masih melanggar terma dan syarat tersebut, nombor anda berkemungkinan disekat secara kekal oleh pihak Whatsapp.