Cara Daftar Akaun myBSN Online
Pada hari ini segala urusan yang biasa kita laksanakan secara manual atau offline, kini boleh diselesaikan secara atas talian termasuklah perkhidmatan perbankan. Hampir semua bank di negara ini telah memperkenalkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan para pelanggan melakukan pelbagai transaksi. Perkhidmatan perbankan secara atas talian ini turut digunakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Bank ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi dan menyediakan pelbagai produk perkhidmatan. Banyak kemudahan yang disediakan oleh BSN dan boleh dilakukan secara online.
Perkhidmatan Internet Banking MyBSN
Perkhidmatan yang disediakan oleh Internet Banking BSN adalah seperti berikut :
Berikut ini adalah perkhidmatan yang ada di Internet banking bank BSN.
- Semakan baki akaun
- Pindahan wang
- Pembayaran bil
- Pembayaran kad kredit
- Permohonan PIN kad kredit
- Transaksi kad debit :
- Kemaskini had limit penggunaan kad debit
- Kemaskini status transaksi luar negara
- Kemaskini status pembelian online
- Pelaporan kehilangan atau kecurian kad
- e-SSP Savings
- Pembelian nombor PIN untuk permohonan kemasukan ke IPTA
- Tambah nilai prepaid
- Menguruskan pembayaran berkala ke akaun bank lain
- Membuat pembayaran pinjaman BSN (pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan)
- Muat turun e-Statement
- Permohonan online seperti e-Saver dan kad kredit
Cara Daftar Akaun myBSN Internet Banking Online
Setelah mengenal beberapa kelebihan dari Internet Banking BSN, selanjutnya adalah mendaftarkan akaun menjadi internet banking BSN. Caranya mudah, untuk mengakses internet banking BSN sila buka
- Layari laman web rasmi myBSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Tekan butang First Time Registration dan klik butang Accept Terms & Conditions
- Kemudian tekan butang Next
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti
- 16 digit nombor kad debit / kredit
- Nombor PIN (kad debit sahaja)
- Tarikh tamat kad dan CVV2
- Nombor kad pengenalan (jika warganegara)
- Nombor passport / kad pengenalan tentera (jika tidak menggunakan nombor mykad)
- Tekan butang Next
- Cipta username anda dan kata laluan yang mudah diingati (mesti lebih dari 8 angka dengan pelbagai aksara)
- Klik butang Request OTP dan anda akan menerima 6 digit OTP melalui sms ke nombor telefon yang telah didaftarkan
- Masukkan nombor OTP yang diterima dan pilih gambar, kemudian tekan butang Next
- Klik pada butang Click Here setelah berjaya membuat pendaftaran untuk log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan yang sah
- Masukkan maklumat peribadi anda dengan lengkap untuk memudahkan urusan
- Anda boleh mengemaskini nombor telefon dengan mengunjungi mana – mana cawangan bank BSN yang berdekatan
- Sekiranya anda berhadapan dengan masalah Unable to process your request, anda perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian 1 300 88 1900 untuk mendapatkan bantuan
Kesimpulan
Perkhidmatan perbankan online pada hari ini begitu mudah digunakan, malah ia dapat menjimatkan masa serta kos tanpa perlu berkunjung ke cawangan BSN untuk membuat urusan perbankan. Hanya dengan adanya kuasa internet, segalanya berada di hujung jari anda sahaja.