Cara Daftar Aktif i-Akaun KWSP Online
Cara Daftar Aktif i-Akaun KWSP Online
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF) merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan simpanan para pekerja dan majikan yang berdaftar. Skim simpanan ini telah diperkenalkan sejak tahun 1991 lagi bagi membolehkan pekerja membuat simpanan bulanan bagi kemudahan di hari tua.
Pembayaran caruman pekerja setiap bulan serta pelbagai urusan lain kini boleh dibuat secara online berbanding secara manual yang pernah digunakan suatu tika dahulu. Kini, selaras dengan perkembangan semasa, KWSP telah memperkenalkan sistem aplikasi online yang lebih mudah digunakan iaitu i-Akaun. Sistem ini boleh digunakan oleh kedua – dua belah pihak samada majikan atau pekerja. Setiap ahli KWSP adalah disarankan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan segala urusan dan kemudahan yang berkaitan KWSP. Dengan adanya akaun i-Akaun KSWP ini, pihak majikan tidak perlu lagi hadir ke kaunter cawangan KWSP untuk menguruskan hal berkaitan KWSP dan sistem ini boleh dicapai menggunakan talian internet melalui telefon bimbit atau computer.
Cara Mendaftar i-Akaun
Pendaftaran i-Akaun Ahli
- Kunjungi cawangan kaunter atau kiosk KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID ahli; atau
- Ahli juga boleh menghubungi pihak Pusat Pengurusan KWSP di talian 03-89226000 mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat
- Layari laman web rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my dan log masuk ke akaun anda menggunakan ID dan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS
- Klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari bagi mengaktifkan i-Akaun menggunakan kod pengaktifan yang diperolehi
Pendaftaran i-Akaun Majikan
- Wakil majikan boleh mengunjungi cawangan kaunter atau kiosk KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan Borang KWSP 1 atau KWSP 1 (i)
- Layari laman web rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my dan log masuk akaun anda menggunakan ID dan kata laluan sementara yang diterima melalui SMS
- Klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari bagi mengaktifkan i-Akaun menggunakan kod pengaktifan majikan yang mempunyai nombor akaun KWSP yang sah
Kod Pengaktifan TAC
Kod pengaktifan TAC (Transaction Authorisation Code) adalah diperlukan bagi meneruskan transaksi yang terdapat di dalam I – Akaun bagi menjamin keselamatan data ahli / majikan.
- Bagi ahli KWSP, pendaftaran nombor telefon bimbit boleh dilakukan di mana – mana kaunter cawangan atau kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor talian 03-8922600 mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat
- Pastikan ahli telah berdaftar dengan i-Akaun
- Ahli yang telah mendaftar nombor telefon bimbit untuk TAC boleh membuat pengemaskinian di kiosk atau kaunter cawangan KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor talian 03-8922600 mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat
- Bagi majikan pula, mereka boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui I – Akaun atau di kaunter cawangan KWSP
- Sebelum membuat pengaktifan, majikan perlu berdaftar dengan I – Akaun terlebih dahulu
- Majikan yang pernah membuat pendaftaran nombor telefon boleh membuat sebarang pengemaskinian melalui i-Akaun atau di kaunter cawangan KWSP dengan mengisi borang KWSP (i)
Kemudahan Yang Terdapat Dalam i – Akaun
Aplikasi i – Akaun menyediakan beberapa kemudahan seperti :
Ahli
- Permohonan e – Pengeluaran
- Semakan penyata KWSP terkini dan tahun sebelum
- Semakan status permohonan pengeluaran KWSP
- Semakan sejarah pengeluaran
- Semakan status penamaan
- Pengiraan anggaran pengeluaran bagi perumahan, simpanan dan pelaburan
- Pengemaskinian profil peribadi termasuk alamat surat – menyurat
- Semakan log transaksi caruman KWSP bagi tempoh 2 tahun terkini
Majikan
- Menggunakan perkhidmatan e-Caruman
- Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
- Menyemak nombor ahli KWSP pekerja
- Mendaftar ahli baru KWSP
- Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Dengan sistem i – Akaun, ahli KWSP atau pihak majikan boleh membuat semakan sehingga 24 jam sehari tanpa sebarang masalah dan cukup mudah digunakan. Malah, anda juga tidak perlu beratur serta menunggu giliran di kaunter cawangan KWSP yang berdekatan.