cara daftar e-bil air selangor
Cara Daftar E-Bil Air Selangor
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah melaksanakan penggunaan pembayaran bil secara dalam talian sejak tahun 2018 dan ianya dikenali sebagai e-Bil. Penggunaan e-Bill membolehkan pelanggan mendapat bil air bulanan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi Air Selangor atau emel. Perubahan sistem pembayaran ini selaras dengan program transformasi Air Selangor yang berubah dari sistem manual ke sistem digital. Selain menerima bil air melalui aplikasi dan emel, pelanggan di negeri Selangor juga boleh menerima bil air menerusi aplikasi WhatsApp yang dilaksanakan mulai 1 April 2020.
Pelanggan boleh mendaftar atau mengemas kini maklumat e-Bil di laman web rasmi di https://update.airselangor.com. Sekiranya pelanggan memilih untuk menerima e-bil melalui aplikasi WhatsApp, nombor telefon bimbit yang didaftarkan di laman web mestilah betul dan tepat supaya mesej dapat dihantar melalui aplikasi WhatsApp. Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi Air Selangor di telefon pintar menerusi GooglePlay atau Appstore bagi mendapatkan bil air bulanan atau maklumat terkini berkenaan Air Selangor.
Cara Mendaftar e-Bil
- Layari laman web rasmi Air Selangor di https://crisportal.airselangor.com
- Tekan link Sign Up pada kotak login Air Selangor
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti :
- Full Name ( nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan)
- Email Address ( alamat emel mestilah masih aktif)
- Mobile Phone Number ( masukkan kod negara Malaysia, +60 dan masukkan nombor telefon bimbit yang aktif dan boleh dihubungi)
- IC/Police/Military/Passport/Company Reg No. (masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) tanpa tanda ‘-‘, atau nombor pengenalan polis / tentera atau nombor passport
- Password ( masukkan kata laluan akaun anda dan mestilah terdiri dari aksara dan alphanumeric )
- Klik butang Register dan klik butang Sign Up
- Klik butang Agree untuk teruskan proses pendaftaran
- Satu SMS akan dihantar ke telefon pintar yang mengandungi kod 6 digit.
- Masukkan kod tersebut dalam ruangan Profile Verification yang tertera dan klik butang Confirm
- Sekiranya tidak menerima SMS, klik link Didn’t receive any SMS? Resend
- Pendaftaran anda telah berjaya dan log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang betul, seterusnya klik butang Login
- Anda akan memasuki akaun setelah berjaya login dan boleh menyemak maklumat akaun, bil terkini serta informasi dari pihak Air Selangor
Kelebihan Menggunakan e-Bil
- Tiada lagi kelewatan menerima bil air bulanan
- Mengurangkan penggunaan kertas serta dapat menjaga alam sekitar
- Pelanggan akan sentiasa peka terhadap setiap bil bulanan yang diterima
- Mudah menguruskan bil yang diterima melalui emel dan boleh direkod serta disimpan dengan lebih tersusun
Bil air Selangor boleh dibuat secara dalam talian menggunakan perkhidmatan Maybank2u, CIMB Clicks, DuitNow, JomPay dan sebagainya. Malah, pelanggan juga boleh membuat pembayaran menerusi laman web Air Selangor yang juga cukup memudahkan. Pelanggan juga boleh membuat pembayaran lebih dari kadar yang tertera pada bil dan ianya akan dikreditkan semula pada bil akan datang. Air Selangor begitu menggalakkan para pelanggannya untuk beralih kepada penggunaan e-Bil yang ternyata lebih mudah, pantas serta menjimatkan dari penggunaan kertas.
Maklumat Lanjut
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi pihak Air Selangor di talian 15300 atau WhatsApp 019 – 2816793 / 019 – 2800919 / laman web Air Selangor di www.airselangor.com atau melalui media sosial Facebook / Twitter / Instagram.