cara daftar undi online
Setiap warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas adalah berhak membuat pemilihan wakil rakyat yang diadakan setiap lima (5) tahun sekali. Sistem pemerintahan demokrasi membolehkan rakyat membuat pilihan ke atas pemimpin negara. Namun, masih terdapat segelintir anak muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi dan ini sangat merugikan kerana penubuhan sesebuah kerajaan adalah berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh rakyat semasa Pilihanraya Umum diadakan.
Bagi yang ingin mendaftar sebagai pemilih pada Pilihanraya Umum akan datang, permohonan boleh dibuat dengan mudah iaitu secara dalam talian sahaja. Tidak perlu lagi membuat permohonan di kaunter – kaunter Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan permohonan boleh dilakukan di mana sahaja. Walau bagaimana pun, permohonan secara manual juga masih boleh dilakukan sekiranya pemilih tidak mempunyai rangkaian internet untuk membuat pendaftaran. Setiap permohonan mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh SPR.
Syarat Kelayakan
Pemilih perlu memenuhi syarat berikut antaranya :
- Mestilah berumur 21 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia
- Mestilah bermastautin atau tinggal di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak hilang kelayakan atau tiada tindakan oleh undang-undang pihak berkuasa
Cara Daftar Mengundi Secara Online
Individu yang ingin membuat pendaftaran boleh mendaftar secara dalam talian yang lebih mudah serta menjimatkan masa. Cara mendaftar adalah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SPR di https://mysprdaftar.gov.my
- Klik butang Permohonan Akaun Baru
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti :
- Nombor kad pengenalan
- Nama penuh seperti di kad pengenalan
- Nombor telefon bimbit
- E-mel
- Kata laluan dan pengesahan katalaluan
- Soalan keselamatan serta jawapan keselamatan
- Alamat seperti dalam kad pengenalan
- Muat naik gambar kad pengenalan
- Muat naik gambar swafoto bersama kad pengenalan
- Masukkan kod Captcha
- Tandakan pada kotak pengakuan syarat – syarat kelayakan
- Klik butang Hantar dan satu notifikasi akan dipaparkan
Pengaktifan Akaun Pengguna
Pemohon perlu mengaktifkan akaun pengguna terlebih dahulu sebelum boleh mendaftar sebagai pengundi. Untuk mengaktifkan akaun, pengguna hanya perlu melakukan beberapa langkah berikut :
- Setelah pegawai SPR membuat pengesahan, emel pengaktifan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan
- Klik link pengaktifan yang diberikan dan skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan
- Lakukan sehingga selesai
Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengundi
Setelah selesai mendaftar akaun, pemohon boleh mendaftar sebagai pengundi dengan cara berikut :
- Log masuk ke akaun pengguna di mysprdaftar.spr.gov.my
- Klik butang Status Saya dan skrin akan memaparkan status anda
- Klik butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)
- Skrin akan memaparkan Borang A (Pendaftaran Baru) untuk dilengkapkan
- Masukkan maklumat berikut dengan lengkap :
- Masukkan nombor rumah pemohon dan sekiranya tiada, hanya letakkan (-)
- Sekiranya ingin mendaftar alamat lain, klik butang “DAFTAR ALAMAT LAIN”
- Pilih jantina, bangsa dan agama
- Pastikan anda telah tandakan pada kotak “Saya mengaku bahawa ..”
- Tandakan juga pada kotak pemakluman penalti sekiranya membuat pernyataan palsu
- Klik butang “Syarat – syarat saksi”
- Masukkan nama dan nombor kad pengenalan saksi
- Masukkan alamat saksi seperti dalam kad pengenalan
- Tandakan pada kotak pengakuan saksi
- Klik butang “HANTAR”
- Skrin akan memaparkan Dialog Notifikasi
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Klik butang “MOHON TAC”
- Sistem akan menghantar kod TAC melalui SMS ke telefon bimbit pengguna
- Masukkan kod TAC tersebut dan klik butang “HANTAR”
- Sistem akan membuat pengesahan dan skrin akan memaparkan “Status Saya”
- Klik butang “HANTAR/CETAK BORANG A” dan cetakan Borang A akan dipaparkan
- Pendaftaran sebagai pengundi telah selesai
- Permohonan yang diterima mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, akan diproses pada hari yang sama
- Permohonan selepas jam 12.00 tengahari samada hari bekerja atau hari cuti akan diproses pada hari bekerja berikutnya
Pendaftaran Secara Manual
Pendaftaran juga boleh dibuat secara manual dengan berkunjung ke kaunter pendaftaran pemilih seperti di lokasi berikut :
-
Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya - Cawangan pejabat Pilihan Raya negeri (semakan lokasi boleh disemak melalui https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr)
-
Pejabat Malaysia seluruh negara
-
Kaunter SPR yang dibuka di kawasan tumpuan orang ramai melalui Program Outreach
-
Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di luar negeri
Cara Semakan Daftar Pemilih Online
Semakan daftar pemilih boleh dilakukan secara dalam talian iaitu seperti berikut :
- Log masuk ke laman web di https://pengundi.spr.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan
- Klik butang “Semak”
- Skrin akan memaparkan maklumat peribadi dan kawasan mengundi pemilih dengan terperinci
- Anda boleh mencetak dan simpan slip maklumat untuk rujukan
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi pejabat SPR di talian 03-88927018 atau melalui portal rasmi di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.