Cara Dapat Dekoder Mytv Percuma

Selaras dengan perkembangan teknologi di seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali menuju ke arah teknologi yang lebih maju ke hadapan. Oleh yang demikian, kerajaan turut memperkenal siaran tv digital digunakan di seluruh negara bagi menggantikan siaran tv analog yang tidak lagi relevan dengan teknologi hari ini. Penggunaan dekoder mytv menjadi salah satu hasrat kerajaan yang mahukan Malaysia selari dengan perkembangan teknologi dan menggunakan siaran digital secara sepenuhnya.

 

Permohonanan

www.mytvbroadcasting.com.my/B40

Set dekoder mytv yang digunakan membolehkan pengguna mendapat siaran tv yang lebih terang dan jelas, berkualiti serta pilihan chanel percuma yang lebih banyak untuk tontonan. Ia boleh diperolehi secara percuma dan juga dibeli dari pihak mybroadcasting. Walau bagaimana pun, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebenarnya adalah layak menerima set decoder mytv secara percuma. 

Tiada sebarang cara untuk mendapatkan dekoder mytv secara percuma kerana ia sememangnya diberikan khas untuk penerima BSH dan tiada sebarang permohonan diperlukan. Sekiranya anda bukan penerima BSH, anda boleh mendapatkan dekoder ini melalui mybroadcasting dengan harga yang begitu berpatutan. Bagi anda yang menerima BSH dan belum menerima dekoder mytv secara percuma, anda boleh membuat semakan menggunakan beberapa kaedah berikut yang begitu mudah.

Cara Membuat Semakan Secara Online

  • Anda boleh membuat semakan melalui laman web rasmi mybroadcasting di mybroadcasting.my/b40/ dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak. 
  • Sekiranya anda layak menerima set dekoder mytv secara percuma, satu notifikasi ‘Tahniah! Anda adalah penerima Set Dekoder Percuma’ akan dipaparkan.
  • Sekiranya anda tidak layak menerima, notifikasi ‘MAAF. Anda tidak terpilih’ akan dipaparkan.
  • Anda boleh membeli dekoder mytv dari wakil penjual yang sah. 
  • Sekiranya anda layak tetapi masih belum menerima dekoder tersebut, anda perlu menghubungi talian 1800-18-1088 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.
  • Anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook MYTV atau emel ke careline@mytvbroadcasting.my

Cara Membuat Semakan Melalui SMS dan Talian Hotline

  • Anda boleh membuat semakan secara SMS dengan menaip mesej <MYTV Dekoder><No Kad Pengenalan> dan hantar ke 15888
  • Anda juga boleh menghubungi talian hotline di 1 300 80 6988 atau 1 800 18 1088 untuk maklumat lanjut 
  • Anda juga boleh menghantar mesej melalui Whatsapp di nombor 0115 200 6988

Terdapat sebanyak 18 siaran tv dan radio yang diberikan secara percuma iaitu :

  1. TV1
  2. TV2
  3. TV Okey
  4. RTM HD Sports
  5. RTM BES
  6. TV3 HD
  7. Tv Al Hijrah
  8. NTV7
  9. 8TV
  10. TV9
  11. Bernama News Channel (BNC)
  12. Channel W
  13. Radio Nasional FM
  14. Radio Klasik FM
  15. Radio Asyik FM
  16. Radio Ai FM
  17. Radio Minnal FM
  18. Radio Traxx FM

 

Penerima set dekoder mytv ini adalah tergolong dalam senarai B40 dan berada di lokasi yang mendapat liputan myFreeview. Peralihan penggunaan siaran tv digital ini merupakan sebahagian dari agenda nasional negara untuk mentransformasi industri penyiaran yang juga bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Ia juga adalah penting bagi merealisasikan inisiatif yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-11. Selepas suatu tempoh, pengguna tidak lagi dapat menonton tv menggunakan siaran analog kerana penggunaannya akan ditutup sepenuhnya pada tempoh masa yang telah ditetapkan.