Cara Delete Page Dalam Microsoft Word

Microsoft Word menyediakan fungsi yang membolehkan pengguna menulis, mengedit dan sebagainya. Kadang kala semasa sedang menyiapkan teks menggunakan Microsoft Word akan berlaku secara tidak sengaja memasuki halaman kosong yang disebabkan oleh perenggan tambahan atau pecahan halaman. Situasi ini mungkin akan memberikan pemandangan yang kurang menarik. Sekiranya ini berlaku, anda boleh memadamkan halaman tersebut dengan beberapa kaedah.

 

Cara Menghapus Pages Tambahan dalam Word (Pages Kosong)

       Bagi menghapuskan pages tambahan dalam Word, pengguna hanya perlu menggunakan   

       butang di papan kekunci iaitu seperti berikut :

  • Buka dokumen Word yang mengandungi halaman berlebihan di akhir kandungan
  • Tekan butang Ctrl + End di papan kekunci pada masa yang sama dan anda akan dibawa ke akhir dokumen dengan segera
  • Tekan butang Backspace/Delete dan halaman yang berlebihan akan dipadamkan dari Word anda

 

Cara Menghapus Pages Yang Tidak Diingini (Tajuk dan Kandungan)

       Bagi menghapuskan halaman yang tidak diingini dengan kandungan, anda boleh 

       menggunakan kaedah berikut : 

  • Buka dokumen Word tersebut dan klik ikon View di bahagian panel atas
  • Kemudian, tandakan pada Navigation Pane dan anda dapat melihat menu navigasi yang akan menyenaraikan semua bahagian yang telah anda tambahkan dalam dokumen Word
  • Klik kanan pada tajuk halaman yang ingin dihapuskan
  • Klik butang Delete dan halaman tersebut akan dipadamkan terus

 

Cara Menghapus Beberapa Pages di Word

       Anda boleh menghapuskan beberapa halaman dalam Microsoft Word sekali gus dan 

       kaedahnya adalah seperti berikut :

  • Buka dokumen Word tersebut 
  • Tekan butang F5 pada papan kekunci bagi mengaktifkan tetingkap dialog Find and Replace . Klik butang Go To>Go To What>Page dan masukkan nombor halaman untuk ke halaman tersebut untuk dihapuskan dan klik butang Go To
  • Kemudian, tutup tetingkap tersebut dan anda akan berada pada halaman yang ingin dipadamkan 
  • Tekan butang Ctrl+Shift+End 
  • Kemudian, tekan butang Delete dan semua halaman tersebut akan segera dipadamkan dari dokumen Word

 

Kesimpulan

Kini, anda boleh memadam, menghapuskan page atau halaman yang tidak diingini di Microsoft Word dengan mudah. Tiada lagi halaman kosong di Word dan anda boleh meneruskan penulisan dengan lancar.