Cara download video dari Facebook

Video di facebook boleh ditonton secara offline dan dapat menjimatkan data internet anda. Ia boleh ditonton pada bila – bila masa sahaja. Selain Twitter dan Instagram, Facebook antara salah satu sosial media yang paling popular dan mendapat sambutan ramai. Setiap hari, pastinya ada yang melayari lama web facebook dan membuat pelbagai posting. Ia bukan sahaja bercirikan status dan gambar sahaja, namun terdapat video – video menarik dikongsi bersama di laman sosial ini. Bagi anda yang gemar menonton video di facebook, anda boleh memuat turun video tersebut ke peranti elektronik samada telefon bimbit, computer mahupun laptop anda. Berikut merupakan cara – cara untuk memuat turun video di facebook dengan cepat, tanpa sebarang aplikasi diperlukan. Facebook bukan lagi sesuatu yang asing di zaman global ini.

 

Cara Download Video di Facebook

Cara download video di Facebook ke dalam telefon bimbit mahupun komputer peribadi tidak jauh beza. Namun, bagi memudahkan anda memahami cara download video Facebook, artikel ini akan memberi info serta langkah – langkah berguna untuk anda melakukan proses memuat turun video dari Facebook.

 

1. Download Video Facebook Secara Online

  1. Login ke akaun Facebookanda terlebih dahulu melalui browser (Chrome saja)
  2. Buka video Facebook yang ingin anda download
  3. Kemudian, copy link video tersebut
  4. Buka laman web FBdown.net, pastekan link video tadi pada kotak yang tersedia

kemudian butang Download. Terdapat dua jenis pilihan video yang boleh anda pilih iaitu HD Quality (kualiti lebih baik) ataupun Normal Quality (kualiti biasa)

  1. Dalam tempoh beberapa saat, video pilihan anda akan mula dipaparkan
  2. Untuk simpan di dalam komputer peribadi anda, klik tanda tiga titik di sebelah kanan, dan pilih download untuk download video ke dalam komputer anda
  3. Video anda akan dimuat turun dalam beberapa minit dan setelah proses download selesai, anda boleh menonton video tersebut

 

2. Download Video Facebook dengan Aplikasi Telefon Bimbit

  1. Download dan install aplikasi Video Downloader for Facebook by InShot Inc.melalui

Playstore. Setelah install, pilih Browse Facebook

  1. Login in ke akaun facebookanda seperti biasa
  2. Klik atau buka video yang ingin anda download. Anda akan mendapatkan notifikasi samada untuk menonton online ataupun download video tersebut. Klik butang download
  3. Tunggu sehingga proses download hingga selesai. Video yang telah berjaya dimuat turun boleh dilihat di tab History
  4. Lokasi sebenar video yang telah didownload biasanya boleh diperiksa di dalam folder Download, namun lokasi ruang penyimpanan ini mungkin berbeza – beza bergantung kepada setting telefon anda

 

3. Download Video Facebook dengan IDM

  1. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi IDM terlebih dahulu.
  2. Klik link tarikh video tersebut diposting dalam Facebook.
  3. Setelah halaman video terbuka, anda hanya perlu mengubah url video tersebut dari

www. facebook.com kepada m.facebook.com. Klik enter.

  1. Mengubah url video supaya videonya berubah dari versi desktop menjadi versi mobile.

Seterusnya, mainkan video tersebut supaya butang download. Klik butang Download This video untuk memuat turun video tersebut. Kemudian klik butang Download.

 

Sebaik – baiknya untuk memuat turun video dari facebook, anda disarankan menggunakan kaedah pertama kerana ianya lebih mudah.