Cara Guna Aplikasi Gerak Malaysia
Pada sidang media yang lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa terdapat kelonggaran pergerakan bagi para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke pangkuan keluarga masing – masing. Pergerakan ini juga turut diberikan kepada mereka yang terkandas di kampung sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 untuk pulang ke kediaman masing – masing. Bagi membolehkan perjalanan ini dibuat, pemohon perlu membuat pendaftaran serta permohonan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Walau bagaimana pun, pelajar IPT tidak perlu membuat sebarang permohonan.
Aplikasi Gerak Malaysia diwujudkan bagi memudahkan pemohon yang ingin pulang ke tempat masing – masing membuat permohonan sebelum memulakan pergerakan. Dengan adanya aplikasi ini, kerajaan boleh mengesan pergerakan kedudukan terkini individu atau juga dikenali sebagai pengesanan kontak. Ia membolehkan pihak kerajaan menangani serta membendung wabak Covid-19 dari tersebar dengan meluas.
Permohonan melalui aplikasi ini boleh dilakukan mulai 26 April 2020 dan boleh membuat pengesahan destinasi perjalanan pada 29 April 2020. Sekiranya pemohon tiada aplikasi Gerak Malaysia, permohonan boleh dibuat secara bertulis di Balai Polis berhampiran. Tempoh pergerakan yang dibenarkan adalah mulai 1 Mei hingga 3 Mei 2020 berpandukan jadual yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sepanjang perjalanan dalam tempoh ini, tiada sebarang kemudahan makanan dibenarkan beroperasi di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan surau juga ditutup. Walau bagaimana pun, tandas awam tetap dibuka serta ruang parkir dibenarkan bagi tujuan pengguna untuk berehat tanpa keluar dari kenderaan.
Cara Membuat Permohonan Gerak Malaysia
- Muat turun aplikasi Gerak Malaysia melalui Apple Store atau Google Play
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi Gerak Malaysia
- Skrin akan memaparkan beberapa gambar beserta penerangan dan lihat sehingga selesai
- Klik butang Let’s get started
- Di ruangan Verify your mobile number, masukkan nombor telefon bimbit anda
- Anda akan menerima One Time Password (OTP) melalui SMS di nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
- Pastikan anda membuat pengesahan dengan memasukkan Verification Code yang diterima
- Anda perlu membuat pendaftaran di ruangan Register dengan memasukkan maklumat berikut :
- Nama Penuh seperti dalam kad pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
- Alamat tempat tinggal semasa anda berada di ruangan Residental Address
- Kemudian, masukkan alamat rumah anda dan bukannya alamat rumah di kampung
- Pilih jenis pengenalan diri dan masukkan nombor kad pengenalan / passport di ruangan Identification Type
- Masukkan alamat emel di ruangan Email, sekiranya tiada emel, abaikan sahaja
- Klik butang Continue
- Klik butang Yes untuk kongsikan lokasi peranti anda
- Klik butang Allow untuk memberi kebenaran kepada aplikasi Gerak Malaysia menjejaki lokasi terkini peranti anda
- Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
- Anda akan diminta untuk menekan butang Generate QR Code bagi membuat permohonan permit
- Terdapat beberapa pilihan permit seperti :
- Membeli makanan dan keperluan harian
- Rawatan perubatan
- Kecemasan
- Aktiviti – aktiviti perlu
- Memberi barangan dapur
- Pergerakan antara negeri
- Bagi pergerakan antara negeri, setelah berjaya Generate QR Code, anda akan menerima mesej berikut: ‘Terima kasih. Permohonan perjalan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.’
- Pihak PDRM akan membuat imbasan terhadap QR Code ini di setiap road-block yang diadakan sepanjang jalan
Jadual Perjalanan Semasa PKP
Perjalanan boleh dibuat berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh PDRM sahaja mengikut ketetapan negeri masing – masing seperti berikut :
1 Mei 2020
Perjalanan dibenarkan bagi pemohon dari negeri Perak, Johor dan Kelantan
2 Mei 2020
Perjalanan dibenarkan bagi pemohon dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
3 Mei 2020
Perjalanan dibenarkan bagi pemohon dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Terengganu
Permohonan rentas negeri semasa tempoh PKP ini bukanlah untuk anda yang berada di bandar untuk pulang ke kampung. Ia hanya dibenarkan kepada mereka yang terkandas di kampung untuk pulang ke bandar atau rumah masing – masing kerana pergerakan ini hanya membenarkan pergerakan sehala sahaja.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan perkara ini anda boleh menghantar emel ke alamat berikut :
- info@gerakmalaysia.gov.my
- feedback@gerakmalaysia.gov.my
- maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
- aduan@gerakmalaysia.gov.my
- complaint@gerakmalaysia.gov.my
Anda juga layari laman web rasmi Gerak Malaysia dia https://gerakmalaysia.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini.