Cara guna Boost wallet
Boost merupakan satu aplikasi e-wallet yang telah dibangunkan oleh Axiata. Ia adalah satu revolusi dalam urusan seharian yang semakin maju dengan teknologi digital yang sentiasa berkembang. Aplikasi Boost membolehkan pengguna meninggalkan dompet di rumah sahaja dan hanya dengan sebuah telefon bimbit, aplikasi Boost boleh membuat pelbagai urusan pembayaran dan berkaitan kewangan. Transaksi harian lebih mudah, pantas serta selamat, malah pengguna turut mendapat ganjaran kerana menggunakan aplikasi Boost ini. Dengan hanya memasukkan PIN 6 angka, anda boleh menyelesaikan segala urusan pembayaran dengan pantas. Pengguna yang belum menggunakannya boleh mula memuat turun aplikasi Boost ke telefon bimbit masing – masing samada menggunakan OS Android atau iPhone.
Boost menggunakan sistem teknologi QR Code dan tidak sama seperti Samsung Pay yang bergantung kepada NFC atau MST. Konsep Boost adalah sangat mudah digunakan kerana wang dalam ewallet boleh ditambah menggunakan sistem perbankan online, kad debit atau kad kredit. Pengguna Boost perlu nombor PIN 6 angka sebagai pengesahan sekuriti semasa melakukan transaksi. Setiap baki yang tinggal dalam Boost ewallet boleh dipindahkan kembali ke akaun bank pengguna, namun pengguna mestilah memiliki akaun Boost Premium yang boleh dinaiktaraf secara percuma sahaja.
Cara Guna Boost Mobile E-Wallet
- Muat turun aplikasi Boost di telefon bimbit menggunakan Play Store atau App Store
- Login ke akaun Boost anda. Jika tidak mempunyai akaun, anda perlu SIGN UP akaun Boost dan ikuti sahaja langkah – langkah seterusnya
- Setelah berjaya login, nama anda akan dipaparkan dalam Profile anda.
- Klik ikon Scan Me yang terdapat di sebelah kanan atas
- Masukkan Pin Code atau Fingerprint anda sebagai pengesahan
- Barkod akan dipaparkan dan anda sudah boleh membuat pembayaran menggunakan ewallet di kaunter pembayaran kedai / restoran / kiosk
- Pilih samada They Scan Me atau I Scan Them
- Setelah pembayaran berjaya dilakukan, anda akan menerima satu notifikasi dari Boost yang memaklumkan pembayaran sudah dilakukan dan anda akan menerima Shake Reward
Kelebihan Boost
- Pembayaran di kedai – kedai serta restoran seperti Tealive, Nandos, Speedmart dan banyak lagi
- Membuat pindahan wang kepada pengguna Boost lain
- Pembeli kredit prabayar seperti Celcom, Digi, Maxis dan Umobile dengan cashback
- Pembelian voucher kedai online sepserti Shopee, Lazada, 111street serta banyak lagi
- Diskaun pembelian di kedai – kedai terpilih seperti Tealive yang memberi diskaun
- Cashback pembelian samada kedai online atau offline
Boost juga memperkenalkan kempen “Your bill is on us, 100% cashback” membolehkan pengguna memenangi rebat tunai sehingga 100% pada setiap hari Selasa apabila pengguna membayar bil telefon Celcom mulai hari Isnini hingga Ahad.
Boost yang mula dilancarkan beberapa tahun yang lalu telah semakin popular dan mendapat perhatian ramai di kalangan rakyat Malaysia. Malah, di kedai – kedai runcit serta pasar malam turut menggunakan Boost sebagai alternative pembayaran selaras dengan konsep cashless.