Cara guna Shopee Pay Wallet
Shopee merupakan sebuah platform mobile market place yang berasal dari Singapura. Ia juga merupakan syarikat spinoff by Garena iaitu internet platform provider. Shopee menjalankan urusniaga seakan Lazada yang juga popular, namun Shopee memiliki kelebihan yang tersendiri di mana ia menyediakan platform antara pembeli dan penjual dengan adanya butang ‘Chat Now’ pada setiap produk yang dijual.
Daftar Shopee
Pada satu sidang media, Shopee Malaysia telah mengumumkan ciri – ciri baru Shopee iaitu ShopeePay. Ia merupakan Shopee wallet di mana ciri – cirinya telah dipertingkatkan bagi penggunaan yang lebih efisien dan dikenali sebagai ShopeePay. Wallet terbaru ini membolehkan pengguna membuat pembayaran segera bagi pembelian di Shopee. Ciri – ciri ini diuruskan oleh AirPay dan ShopeePay hanya terhad bagi transaksi penambahan serta pengeluaran wang sahaja. Penambahan wang hanya boleh dilakukan secara online dan tidak boleh menggunakan kad kredit / debit. Pengguna akan menerima semula wang mereka pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang pembatalan pesanan melalui Shopee wallet anda. Wang tersebut boleh dikeluarkan melalui akaun bank pilihan anda, namun ianya terhad kepada pemegang akaun premium sahaja.
Mencipta Nombor PIN Shopee Wallet
- Klik Log In akaun Shopee, masukan email / nombor telefon / username dan password akaun Shopee anda.
- Klik ikon ‘Me’ untuk mengakses Shopee wallet.
- Sekiranya ini merupakan pertama kali anda mengakses Shopee wallet, anda perlu mencipta 6 digit nombor PIN terlebih dahulu sebelum meneruskan penggunaan Shopee wallet.
- Nombor PIN yang disetkan akan digunakan bagi membolehkan anda membuat sebarang pengeluaran dari Shopee wallet.
- Klik ikon ‘Create Wallet PIN’ dan nombor PIN anda telah dicipta. Sebaik sahaja nombor PIN telah diset, anda boleh menggunakan Shopee wallet dengan mudah.
Segala maklumat dan transaksi jualan serta refund akan dikreditkan terus ke wallet anda. Jumlah keseluruhan wang yang ada akan dipaparkan di ‘Wallet Balance’. Setiap pengeluaran menggunakan Shopee wallet dibenarkan hanya sekali dalam satu hari. Anda boleh menyemak maklumat berkaitan akaun bank di ‘Bank Account details’. Sekiranya anda ingin melihat sebarang transaksi berkaitan jualan dan pengeluaran, anda boleh klik ikon ‘Transaction History’.
Anda boleh menggunakan kaedah ‘filter’ bagi melihat transaksi yang dilakukan. ‘Filter’ boleh dilakukan berdasarkan tarikh dan anda boleh menjejak transaksi akaun secara harian, mingguan atau bulanan. Transaksi akan dipaparkan berdasarkan tarikh yang anda masukkan. Anda juga boleh menjejaki transaksi pengeluaran wang ke akaun bank anda dengan hanya klik butang ‘Transaction History’. Maklumat berkaitan pengeluaran akan dipaparkan dan ianya termasuklah jumlah pengeluaran, akan bank penerima serta status pengeluaran.
Shopee mewujudkan Shopee wallet bagi memudahkan proses jual beli dan refund wang yang terdapat dalam akaun Shopee. Namun, Shopee telah menaiktaraf penggunaan Shopee wallet yang dikenali sebagai ShopeePay. Terdapat dua jenis akaun ShopeePay iaitu ShopeePay dan juga ShopeePay Premium.
Cara Setkan Akaun ShopeePay
- Klik Log In akaun Shopee, masukan email / nombor telefon / username dan password akaun Shopee anda.
- Klik ikon ‘Me’ untuk mengakses ShopeePay.
- Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan seperti dalam myKad serta klik butang bagi persetujuan Terma dan Syarat.
- Klik butang ‘Next’.
- Tunggu kod verifikasi 6 digit.
- Masukkan kod verifikasi yang dihantar melalui SMS dan klik ‘Continue’.
- Masukkan nombor PIN anda (yang mudah dihafal).
- Masukkan nombor PIN sekali lagi dan klik ‘Confirm’ dan akaun ShopeePay anda telah berjaya dicipta.
- Anda boleh membuat tambah nilai dengan klik butang ‘Top Up’ dan boleh memilih nilai yang ingin ditambah. Ia boleh ditambah serendah RM 5 hingga RM 500.
- Setelah membuat pilihan tambah nilai, anda perlu memilih kaedah pembayaran dan kaedah pembayaran yang tersedia adalah online banking sahaja. Klik ikon ‘Confirm’ setelah benar – benar membuat pilihan dan proses tambah nilai anda telah selesai.
- Bagi mengaktifkan ShopeePay Premium pula, anda perlu memuatnaik gambar myKad dan gambar selfie bersama myKad ke dalam apps.
- Tanda / pada kotak kecil dan klik butang ‘Confirm’.
Anda hanya perlu memilih ShopeePay semasa proses membuat pembayaran bagi pembelian yang dilakukan. ShopeePay telah memudahkan urusan pembayaran biasa dan anda boleh berbelanja dengan bijak tanpa perlu log masuk ke akaun bank serta menunggu kod OTP sebagai pengesahan akaun. Walau bagaimanapun, sebelum pengguna boleh menggunakan ShopeePay ini, pengguna perlu memasukkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan juga nombor kad pengenalan bagi mendapatkan wallet asas yang boleh menyimpan sehingga RM 500 dalam akaun Shopee. Bagi akaun asas, pengguna boleh membuat tambah nilai serendah RM5 hingga RM 500. Sekiranya pengguna ingin menaik taraf akaun premium, mereka boleh menyimpan wang dalam akaun sehingga RM 1500 dan mestilah melengkapkan proses e-KYC dengan memuat naik gambar myKad serta gambar selfie ke aplikasi Shopee kerana ia merupakan mandatori yang dikenakan oleh pihak Bank Negara.
Pada masa kini, ShopeePay hanya membenarkan pembayaran pesanan yang tidak melebihi wang yang terdapat dalam wallet.