Cara Guna Google Classroom

Tahun 2020 begitu mencabar serta memberi kejutan besar kepada seluruh dunia dengan kehadiran wabak Covid19 yang tersebar begitu meluas sehingga menyebabkan kematian. 

Orang ramai diarahkan untuk tinggal di rumah sahaja jika tiada urusan penting. Malah, tiada siapa pun yang dibenarkan untuk bekerja di pejabat melainkan kakitangan yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan sahaja. Semua sekolah dan IPT ditutup buat seketika bagi mengekang wabak ini.

 

Walau pun para pelajar terpaksa dicutikan buat seketika, namun ia bukanlah halangan untuk para pelajar terus mendapat ilmu dari sang pendidik. Pembelajaran tetap diteruskan dari rumah secara atas talian. Kemudahan teknologi pada hari ini membolehkan para pelajar bertemu muka dengan pendidik secara alam maya sahaja. Pihak Google yang telah pun menghasilkan aplikasi Google Classroom telah membolehkan para pelajar menghadiri kelas tanpa perlu keluar dari rumah. Corak pembelajaran adalah sama cumanya pelajar tidak dapat berjumpa dengan para pendidik secara nyata.

 

Pada awalnya, Google Classroom tidaklah begitu popular seperti hari ini. Namun kini ia antara aplikasi yang sering digunakan bagi tujuan pembelajaran. Selain dijadikan platform mengajar, Google Classroom juga membolehkan orang ramai membuat perkongsian fail, gambar, video, dokumen dan sebagainya.

 

A: Cara Mendaftar Kelas

  1. Taip classroom.google.com di pelayar internet 
  2. Log masuk menggunakan akaun gmail 
  3. Klik butang simbol + dan pilih Create Class
  4. Namakan kelas dan tambahkan nama seksyen dan sebagainya jika perlu
  5. Tekan butang Create dan tunggu sehingga kelas berjaya didaftarkan

 

B: Cara Mendaftar Murid

  1. Taip classroom.google.com di pelayar internet
  2. Klik butang Join Class
  3. Masukkan kod kelas seperti mana yang diberikan oleh guru 
  4. Nama murid boleh disemak oleh guru di bahagian People
  5. 5. Penambahan nama murid boleh dilakukan oleh guru dengan menekan butang Add 

    Students dan memasukkan alamat emel murid

 

C: Cara Memberi Tugasan

  1. Klik pada bahagian Classwork
  2. Klik butang Create dan pilih butang Assignment
  3. Masukkan nama tugasan, arahan dan sebarang maklumat yang berkaitan 
  4. Senaraikan nama murid yang akan menyiapkan tugasan tersebut dan tempoh masa serta 

    tarikh akhir penyiapan tugasan perlu dimasukkan 

  1. Klik butang Assign dan lihat tugasan yang diberikan
  2. Semak calendar dan senarai tugasan murid dalam folder Google Drive

 

D: Cara Membuat Penandaan

  • Menanda menerusi laman web
  1. Buka tugasan yang telah diberikan
  2. Terdapat 3 pilihan tugasan iaitu Assigned (sudah diberikan), Turned In (sudah dihantar) dan Graded (telah ditandakan)
  3. Pilih nama pelajar dan klik untuk menyemak kertas jawapan yang telah dihantar
  4. Setelah menyemak, guru akan memberi markah serta komen dan Return kepada pelajar
  5. Kembali semula ke halaman asal untuk menyemak bilangan pelajar serta kategori Assigned, Turned In dan Graded 

 

  • Menanda menerusi aplikasi telefon pintar atau tablet
  1. Buka tugasan yang telah diberikan
  2. Terdapat 3 pilihan tugasan iaitu Assigned (sudah diberikan), Turned In (sudah dihantar) dan Graded (telah ditandakan)
  3. Pilih nama pelajar dan klik untuk menyemak kertas jawapan yang telah dihantar
  4. Klik pada ikon pen dan penandaan boleh dilakukan menggunakan pen stylus atau jari
  5. Klik butang Save dan berikan markah serta komen
  6. Kemudian, klik butang Return dan tugasan akan dikembalikan semula kepada pelajar dalam fail .pdf dengan tajuk Edited

 

  1. Cara Melihat Rekod Murid
  1. Klik pada bahagian People
  2. Pilih nama pelajar dan lihat rekod tugasan yang telah diberikan
  3. Untuk memudahkan pencarian, gunakan kaedah Filter

 

  1. Cara Memasukkan Bahan Rujukan
  1. Klik pada bahagian Classwork
  2. Klik butang Create dan pilih Material
  3. Masukkan tajuk, maklumat berkaitan dan kemudian klik butang Post

 

  1. Cara Membuat Pentaksiran Bilik Darjah
  1. Klik pada bahagian Grades
  2. Scroll ke bawah dan rekod markah pelajar dipaparkan secara melintang

 

  1. Cara Membuat Pengajaran Bersama (Co-Teaching)
  1. Klik pada bahagian People kemudian klik Teachers
  2. Klik ikon orang dan masukkan alamat emel guru tambahan untuk menjemput mengajar bersama
  3. Guru jemputan akan menerima emel untuk penyertaan

 

  1. Cara Membuat Pembelajaran Terbeza
  1. Klik pada bahagian Classwork
  2. Klik butang Create dan pilih butang Assignment
  3. Masukkan tajuk serta maklumat tugasan
  4. Pilih senarai murid yang akan menerima tugasan ini berdasarkan tahap keupayaan pembelajaran terbeza dan klik butang Post

 

  1. Cara Menyemak Diari Guru
  1. Klik Menu Bar dan klik bahagian Teaching, kemudian klik To-Do
  2. Semak bahagian To-Review dan Reviewed

 

  1. Cara Menyemak Diari Murid
    1. Klik Menu Bar dan klik bahagian Enrolled, kemudian klik To-Do

 

  • Semak bahagian To-Do dan Done

 

 

Kelebihan Google Classroom
1. User Friendly

Aplikasi ini sangat ramah pengguna dan sangat mudah dikendalikan biarpun pertama kali menggunakannya.

2. Mudah Mengendalikan Tugasan Yang Diterima 

  • Para pelajar mudah melihat tugasan yang diberikan oleh para guru di halaman tugas.
  • Tugasan yang diberikan boleh dalam bentuk dokumen, tulisan, gambar, video dan banyak lagi.

 

  1. Fail Disimpan Dalam Google Drive

 

  • Sebarang fail dalam format mp3, mp4, doc, pdf, zip dan lain-lain fail akan disimpan secara automatik ke akaun Google Drive
  • Google Classroom juga secara automatik selarikan antara akaun Gmail dengan akaun Google Classroom yang telah digunakan

 

 

  1. Semakan Sebelum Penghantaran Tugasan

 

  • Pelajar boleh membuat semakan terlebih dahulu sebelum menghantar tugasan

 

  1. Pengumuman Atau Informasi Dari Pengajar Mudah Dilakukan
  • Pengumuman mudah dilakukan oleh pengajar dengan memasukkan ke halaman Google Classroom


Kesimpulan

Google Classroom menjadi platform yang mudah untuk para pelajar dan guru berinteraksi antara satu sama lain secara atas talian. Biarpun terpaksa bercuti di atas faktor keselamatan dan kesihatan dari dijangkiti wabak Covid19, namun pembelajaran masih boleh diteruskan tanpa sebarang masalah. Para pelajar tidak akan ketinggalan dan silibus pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.