Cara Guna Kiosk KWSP
Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu skim simpanan buat pekerja di Malaysia yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Skim ini diperkenalkan bagi membantu para pekerja mempunyai wang simpanan setelah berpencen bagi kegunaan di hari tua nanti. Setiap majikan perlu membuat sumbangan setiap bulan kepada akaun KWSP pekerja tanpa gagal dan sumbangan yang perlu dibuat majikan adalah sebanyak 13% dari gaji kasar pekerja. Kadar sumbangan pekerja pula adalah sebanyak 8% dan bergantung kepada arahan pihak kerajaan. Sekiranya pekerja telah mencapai umur 55 tahun, mereka boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP berdasarkan beberapa kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP. Walau bagaimana pun, wang simpanan boleh dikeluarkan sepenuhnya setelah pekerja berumur 60 tahun tanpa sebarang syarat tambahan. Selain mendapat dividen setiap tahun, pewaris pemegang akaun boleh menuntut bayarah ihsan dari KWSP sekiranya pemegang akaun meninggal dunia atau tidak lagi mampu bekerja.
Suatu tika dahulu, KWSP hanya menggunakan sistem manual bagi kesemua urusan akaun KWSP. Namun, kini selaras dengan perkembangan dunia digital, KWSP juga telah menggunakan pelbagai kemudahan yang lebih baik termasuklah kemudahan secara atas talian dan juga penggunaan kiosk di cawangan yang disediakan. Kemudahan kiosk ini boleh digunakan oleh para pekerja untuk beberapa kemudahan yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut.
Kemudahan Kiosk KWSP
Antara kemudahan yang boleh dilakukan menggunakan kiosk KWSP adalah seperti berikut :
- Permohonan nombor TAC
- Pendaftaran Keahlian
- Pencetakan Penyata
- Pendaftaran i-Akaun
Cara Mendaftar Ahli KWSP
Berikut merupakan beberapa cara untuk mendaftar sebagai ahli iaitu :
- Melalui cawangan kaunter KWSP
- Melalui i-Akaun Majikan
- Melalui kiosk KWSP
Cara Mendaftar Ahli Menggunakan Kiosk KWSP
- Pengguna boleh mendaftar sebagai ahli menggunakan kiosk yang terdapat di cawangan pejabat KWSP atau cawangan bank RHB yang berdaftar
- Pendaftaran dibuat menggunakan kad pengenalan dan cap jari
- Sebaik berjaya mendaftar, pengguna akan menerima slip pengesahan bersama nombor keahlian KWSP
Cara Guna Kiosk KWSP
Berikut merupakan cara menggunakan kiosk KWSP yang begitu mudah iaitu :
Langkah 1
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Masukkan nombor telefon bimbit yang masih aktif
- Masukkan cap jari anda sebagai tujuan pengesahan
- Dalam tempoh 10 saat, anda akan menerima slip pengesahan akaun yang memaparkan nombor ID
- Kata laluan akan dihantar oleh sistem ke nombor telefon bimbit pengguna melalui SMS
Langkah 2
- Masukkan nombor kad pengenalan serta cap jari
- Pilih butang Semak Penyata
- Satu slip pengesahan akan dicetak dengan maklumat penyata akaun pertama, kedua serta baki keseluruhan akaun
Langkah 3
- Muat turun i-Akaun Mobile menggunakan Google PlayStore atau Apple Store
- Masukkan nombor ID dan kata laluan
- Masukkan sekali lagi nombor ID dan masukkan kata laluan baharu
- Pilihan kata laluan boleh dimasukkan menggunakan kata kekunci atau menggunakan fingers print
Waktu Operasi Kiosk KWSP
Waktu pengoperasian kiosk KWSP adalah bergantung kepada waktu bekerja negeri seperti berikut :
- Ahad – Khamis: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
- Isnin – Jumaat: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau hadir ke cawangan pejabat KWSP yang berhampiran.